AADK Daerah Larut Matang & Selama

AADK Daerah Larut Matang & Selama Gabungan 3 Unit Utama dalam Memerangi Penagihan Dadah
�Pencegahan�Rawatan dan Pemulihan�Pengua

Agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggung jawab dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di Malaysia.

16/04/2026

JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN : PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH (JABD) AADK DAERAH SEPANG TAHUN 2026

Syawal bakal berlabuh namun auranya masih Terasa !! Jom Kita Meriahkan Program JABD Sambil Membina Komuniti Bebas Dadah!

Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Labu Lanjut, Ahli Majlis Zon Labu dan Surau An Nur, Desa RTB Kg Labu Lanjut seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: Bermula 7.30 pagi
📍 Tempat: Perkarangan Surau An Nur, Desa RTB Kg Labu Lanjut, Sepang

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga!..Antaranya:

🎣 Pertandingan memancing paya
🏕️ Pameran bersama Rakan Srategik
✨Perkhidmatan Bas MRT (Mobilisasi Rawatan Pemulihan Tanpa Sempadan)
🚶‍♂️Aktiviti PESADA
✅Pendaftaran SKUAD Antidadah
🩵 Aktiviti Rewang bersama komuniti Kg Labu Lanjut
🩷Aktiviti Sosial Klien RPDK bersama Komuniti
🛍️ Aktivit jualan produk IKS
🌟 Cabutan bertuah

🍹 ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG:
🆓Minuman Air Sunquick PERCUMA untuk 500 pengunjung terawal sahaja!
🌈 DAN BANYAK LAGI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama mendengar Ceramah Kerohanian; Jiwa Kuat, Komuniti Hebat: Sama-sama Jelajah Rohani bersama Penceramah Selebriti oleh Faizal Ismail (FBI)💪

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa keluarga dan rakan-rakan, kita sama-sama sokong komuniti sihat, harmoni & bebas dadah!

Ayuh hadir beramai-ramai dan untuk jayakan aspirasi komuniti bebas dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




16/04/2026
16/04/2026
16/04/2026

🚨 𝗔𝗪𝗔𝗦! 𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗬𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗜𝗡𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗛𝗜𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 🚨

Dalam suasana santai bersama rakan di pusat-pusat hiburan, segelas minuman mungkin kelihatan biasa. Namun hakikatnya, ia boleh menjadi ancaman tersembunyi apabila dicemari bahan terlarang tanpa pengetahuan kita. Modus operandi ini semakin licik dan sering mensasarkan golongan remaja serta belia yang mudah terdedah dalam pergaulan sosial di pusat pusat hiburan.

Apa yang membimbangkan, minuman yang telah dicampur dadah lazimnya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara—tiada bau mencurigakan, tiada rasa pelik. Dalam sekelip mata, mangsa boleh mengalami khayal, hilang kawalan diri dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk gangguan kesihatan serius, kemungkinan overdos dan juga kemalangan jalan raya.

Situasi ini bukan sahaja mengancam keselamatan individu, malah boleh membuka ruang kepada jenayah lain. Justeru, kesedaran dan sikap berhati-hati adalah benteng utama dalam melindungi diri.

Sentiasa berwaspada dengan apa yang diminum. Elakkan menerima minuman daripada individu yang tidak dikenali dan jangan sesekali meninggalkan minuman tanpa pengawasan semasa berhibur. Jika terdapat sebarang keraguan, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

Ibu bapa dan penjaga juga memainkan peranan penting dalam memantau pergaulan serta keselamatan anak-anak agar tidak terjebak dalam situasi berisiko diluar rumah. Bersama kita tingkatkan kesedaran dan saling melindungi antara satu sama lain. Ancaman ini mungkin tidak kelihatan jelas, namun kesannya mampu merosakkan masa depan.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. JSJN komited memastikan generasi kini dan akan datang terus dilindungi.” Maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh disalurkan melalui Hotline JSJN: 012-208 7222.

- JSJN Perangi Dadah, Lindungi Generasi -




゚viralシ

“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemu...
31/03/2026

“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara s**arela kepada individu yang menghadapi masalah penagihan dadah dan bahan.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) bagi membantu individu kembali menjalani kehidupan yang sihat, produktif dan bebas daripada pengaruh dadah.

Melalui pendekatan model i-PULIH AADK yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual, program pemulihan dirancang mengikut keperluan individu dengan penglibatan keluarga serta sokongan komuniti.

Perkhidmatan ini juga dilaksanakan secara selamat, rahsia, tanpa tindakan perundangan dan percuma, bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

AADK komited menyediakan fasiliti rawatan dan pemulihan di seluruh negara melalui rangkaian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Pusat Khidmat AADK bagi memastikan akses kepada perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh dan berkesan.

Sekiranya anda atau insan tersayang memerlukan bantuan, hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233.

Kepulihan Anda, Matlamat Kami.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




PENCAPAIAN PROGRAM TVET KLIEN AADK 2020–2025AADK terus komited menyediakan peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan V...
19/01/2026

PENCAPAIAN PROGRAM TVET KLIEN AADK 2020–2025

AADK terus komited menyediakan peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada klien sebagai persediaan membina masa depan yang lebih stabil, produktif dan berdaya saing.

Melalui pelaksanaan kursus kemahiran bersistem (modular) di 10 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), program TVET menawarkan latihan dalam empat bidang utama iaitu pertanian, penternakan, pembuatan dan perkhidmatan.

Sepanjang tahun 2020 hingga 2025, seramai 3,143 klien telah berjaya mengikuti latihan TVET, dengan penyertaan menunjukkan trend peningkatan positif setiap tahun.

Kejayaan ini membuktikan bahawa program kemahiran yang diterapkan mampu melahirkan klien yang lebih bersedia memasuki pasaran kerja serta memiliki kemahiran yang relevan untuk kehidupan selepas rawatan dan pemulihan.

AADK kekal teguh dalam mandat memperkasa klien, memupuk keyakinan diri dan membuka lebih banyak peluang ke arah pengekalan pemulihan dan kehidupan yang lebih sejahtera.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




𝕀ℕ𝕊𝕋𝕀𝕋𝕌𝕋 ℙ𝔼ℕ𝔻𝕀𝔻𝕀𝕂𝔸ℕ 𝔹𝔼𝔹𝔸𝕊 𝔻𝔸𝔻𝔸ℍ / ℂ𝔼ℝ𝔸𝕄𝔸ℍ 𝔸ℕ𝕋𝕀𝔻𝔸𝔻𝔸ℍ 📍Sek Men Keb , Kamunting Bakti Taiping Perak🗓️ 16 Disember 2025 (Sel...
16/12/2025

𝕀ℕ𝕊𝕋𝕀𝕋𝕌𝕋 ℙ𝔼ℕ𝔻𝕀𝔻𝕀𝕂𝔸ℕ 𝔹𝔼𝔹𝔸𝕊 𝔻𝔸𝔻𝔸ℍ / ℂ𝔼ℝ𝔸𝕄𝔸ℍ 𝔸ℕ𝕋𝕀𝔻𝔸𝔻𝔸ℍ

📍Sek Men Keb , Kamunting Bakti Taiping Perak
🗓️ 16 Disember 2025 (Selasa)

Hari ini AADK LMS hadir ke Sekolah atas jemputan pihak sekolah bagi mengadakan ceramah antidadah.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mior Mohamad Zamri bin Meor Seperon, Penolong Pegawai Antidadah.

Terima kasih kepada guru-guru dan juga murid-murid yang memberi kerjasama kepada kami pagi ini.

Semoga anak-anak dijauhkan daripada gejala tidak sihat🤗.

__________________________________________________

Lebih Baik Cegah!
Katakan Tak Payah Tak Nak pada dadah. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau whatsapp 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

#

"𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘨𝘦𝘳𝘩𝘢𝘯𝘢, 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘰𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛, 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘣𝘪𝘳, 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦...
12/09/2025

"𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘨𝘦𝘳𝘩𝘢𝘯𝘢, 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘰𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛, 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘣𝘪𝘳, 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘥𝘦𝘬𝘢𝘩."

(𝘏𝘙. 𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪)

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 Dat𝘰' 𝘙𝘶𝘴𝘭𝘪𝘯 𝘑𝘶𝘴𝘰𝘩,𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘈𝘯𝘵𝘪𝘥𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘢𝘯.






Kawan Betul, Hidup Terus Melaju. Kawan Salah, Hidup Boleh TergangguPernah tak kita terfikir, siapa kita hari ni banyak d...
25/08/2025

Kawan Betul, Hidup Terus Melaju. Kawan Salah, Hidup Boleh Terganggu

Pernah tak kita terfikir, siapa kita hari ni banyak dipengaruhi dengan siapa yang kita selalu bersama? Circle kita ni macam cermin masa depan. Kalau circle kita jenis yang s**a angkat semangat, tolong bila kita jatuh, jujur bila menegur, dan meraikan bila kita berjaya, insyaAllah kita akan jadi lebih kuat dan terus melangkah jauh. ✅

Tapi kalau circle tu jenis yang s**a buat kita rasa kecil, memperlekeh usaha, hilang bila kita susah, malah normalisasikan benda yang berisiko, lama-lama semangat kita boleh hilang. Kita mula ragu-ragu dengan diri sendiri, dan dari situ mudah sangat terjebak dengan pengaruh yang salah contohnya dadah. ❌
👉 Ingat, dadah selalu masuk melalui ruang kosong dalam keyakinan diri dan salah pilih kawan. Jadi, pilihlah lingkungan rakan yang baik di sekeliling kita kita, jaga masa depan kita.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

AKTA PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH DAN BAHAN (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 [AKTA 283] MULA KUATKUASA 22 OGOS 2025Akta P...
23/08/2025

AKTA PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH DAN BAHAN (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 [AKTA 283] MULA KUATKUASA 22 OGOS 2025

Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) berkuat kuasa secara rasmi hari ini, setelah diwartakan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Akta 283 ini diperluas bagi membolehkan penangkapan, akses rawatan dan pemulihan diambil terhadap penyalahgunaan bahan larangan selain dadah termasuk gam dan ketum.

Akta pindaan 2024 ini memperluaskan akses rawatan dan pemulihan kepada penagih dan penyalah guna dadah serta bahan, selaras dengan pendekatan kesihatan awam dan pemulihan menyeluruh.

Antara penambahbaikan utama:
- Rawatan dan pemulihan dilaksanakan secara
s**arela dan lebih komprehensif
- Peningkatan profesionalisme Pegawai
Pemulihan AADK
- Jadual baharu diwujudkan bagi tujuan
rawatan dan pemulihan
- Kawal selia pusat pemulihan persendirian

Transformasi ini adalah seiring dengan teras Malaysia MADANI antaranya sesejahteraan, daya cipta dan ihsan dalam memastikan pemulihan yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan berkesan demi melahirkan masyarakat bebas dadah.






Address

No. 29, Jalan Medan Saujana
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Larut Matang & Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Larut Matang & Selama:

Share