19/07/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
๐ง๐๐๐ฃ๐๐ก๐, ๐ญ๐ด ๐๐๐น ๐ฎ๐ฑ - Program Memasak Bubur Asyura anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD telah dilaksanakan di Rumah BAKAT MK RAJD 2 Div, Kem Sangro pada 18 Julai 2025. Penganjuran program ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekitaan sesama Ahli BAKAT MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD disamping dapat menyemarakkan lagi bulan Muharram tahun ini.
Aktiviti bermula dengan pembahagian tugas, kemudian diteruskan dengan penyediaan bahan-bahan serta proses memasak bubur asyura secara bergotong-royong yang melibatkan Ahli BAKAT.
Lebih 150 bekas bubur asyura telah berjaya dibungkus dan diagihkan kepada semua warga MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD. Program seumpama ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kerjasama, malah menyemai kesedaran tentang pentingnya mengekalkan tradisi Islam yang penuh hikmah.
Penganjuran aktiviti seperti ini bertepatan dengan aspek pengukuhan kerohanian dan pembangunan modal insan sebagaimana terkandung dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30.