Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH LARUT MATANG

🌟PROGRAM INSPIRE iTALENT DAERAH LARUT MATANG 2026 🌟Ada bakat dalam sukan? Inilah peluang anda untuk menyerlah!Program IN...
09/06/2026

🌟PROGRAM INSPIRE iTALENT DAERAH LARUT MATANG 2026 🌟

Ada bakat dalam sukan? Inilah peluang anda untuk menyerlah!

Program INSPIRE iTALENT merupakan inisiatif bagi mengenal pasti bakat asas dan keupayaan sukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

πŸ“… Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.30 Pagi
πŸ“ Lokasi: Kompleks Rakan Muda Larut Matang

πŸ‘₯ Kriteria Penyertaan
βœ… Berumur 13 hingga 35 tahun
βœ… Kategori OKU:

- OKU Anggota Fizikal
- OKU Penglihatan
- OKU Kerusi Roda
- OKU Masalah Pembelajaran

✨ Apa yang anda akan perolehi?
πŸ… Pengenalpastian bakat dan potensi sukan
πŸ… Penilaian asas keupayaan sukan
πŸ… Pendedahan kepada sukan para

πŸ“ Pendaftaran:
https://forms.gle/mq79FLZKdNQap8P26

πŸ“ž Pertanyaan & Maklumat Lanjut
πŸ‘€ Coach Lawrence – 016-4107755
πŸ‘€ Pn. Raihani – 019-5450303

πŸ“’ Jangan biarkan bakat anda terpendam! Ayuh sertai Program INSPIRE iTALENT Daerah Larut Matang.

πŸ”₯ AYUH SERTAI LIGA SUKAN KOMUNITI 2026! πŸ”₯Peringkat Daerah Larut Matang🏐 BOLA TAMPAR (LELAKI)πŸ“… 13 Jun 2026πŸ“ Aulong Sport ...
03/06/2026

πŸ”₯ AYUH SERTAI LIGA SUKAN KOMUNITI 2026! πŸ”₯
Peringkat Daerah Larut Matang

🏐 BOLA TAMPAR (LELAKI)
πŸ“… 13 Jun 2026
πŸ“ Aulong Sport Arena

⚽ FUTSAL (LELAKI)
πŸ“… 14 Jun 2026
πŸ“ Astaka Bukit Gantang

🏐 BOLA JARING (WANITA)
πŸ“… 14 Jun 2026
πŸ“ Gelanggang Bola Jaring Kg Jambu

πŸ’° HADIAH KEMENANGAN
πŸ₯‡ Johan – RM500
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM300
πŸ₯‰ Ketiga Bersama – RM200

πŸ“ž PENDAFTARAN
🏐 Bola Tampar: 016-2121081 (En. Abdullah)
🏐 Bola Jaring: 013-4461439 (Pn. Yana)
⚽ Futsal: 012-3519396 (En. Suhaimi)

⏳ Tempat adalah TERHAD!

MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA DAERAH LARUT MATANG SIRI 2KAMUNTING, 19 Mei 2026 – Program Mobilisasi Sukarelawan Raka...
28/05/2026

MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA DAERAH LARUT MATANG SIRI 2

KAMUNTING, 19 Mei 2026 – Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Daerah Larut Matang Siri 2 telah diadakan dengan penglibatan sukarelawan belia bersama warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Taiping.

Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka intergenerasi dan aktiviti berkumpulan telah dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana mesra antara golongan belia dan warga emas.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut Matang dan Selama, PAWE Taiping serta Kelab Rakan Muda Daerah Larut Matang.

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAKKAMUNTING, 18 Mei 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Neg...
28/05/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

KAMUNTING, 18 Mei 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tuan Asmori bin Haji Sa'ahari telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang.

Lawatan tersebut turut melibatkan sesi suai kenal bersama seluruh warga kerja pejabat serta penyampaian amanat dan harapan dalam memperkukuh komitmen, kerjasama dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Lawatan ini diharap dapat megeratkan hubungan antara pengurusan dan kakitangan di samping meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan sukan di Negeri Perak.

SUKAN RAKYAT SEMPENA OSC SEJAHTERA SOSIAL DAERAH LMSBUKIT GANTANG, 16 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Ma...
28/05/2026

SUKAN RAKYAT SEMPENA OSC SEJAHTERA SOSIAL DAERAH LMS

BUKIT GANTANG, 16 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang turut membantu menjayakan aktiviti sukan rakyat sempena Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama yang berlangsung di Astaka Bukit Gantang.

Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti sukan rakyat, sesi senamrobik serta aktiviti β€œMari Mencuba” yang diadakan sepanjang program berlangsung.

Penganjuran aktiviti ini ini bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama, mengeratkan silaturahim dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Salam Aidiladha 1447H/2026 kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

21/05/2026
15/05/2026

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik 😊.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

14/05/2026

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK

Belia Perak, inilah masanya untuk kita bersatu, berkarya dan menyerlahkan potensi demi masa depan negara! πŸ’ͺ✨

Ayuh hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Negeri Perak dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan sukan, seni, kepimpinan, keusahawanan dan aktiviti belia sepanjang program berlangsung.

πŸ—“ 05 – 07 Jun 2026
πŸ“Œ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

πŸ”₯ β€œMenggerak Belia Madani” πŸ”₯

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada gelombang belia yang aktif, kreatif dan progresif demi Perak dan Malaysia yang lebih gemilang.






BeliaPerak
PerakSejahtera2030
MenggerakBeliaMadani

Address

Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Jalan Bukit Jana
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang:

Share