Pemuda PAS Larut

Pemuda PAS Larut Islam Memimpin | Islam Jalan Penyelesaian

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi icapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memayungi rakyat dan memimpin negara ke arah kemakmuran dan perpaduan yang berterusan.

Sembah Takzim daripada Pemuda PAS Malaysia.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 10 Zulhijjah 1447H ๐Ÿ„Aidiladha mendidik kita tentang makna sebenar pengorbanan, ket...
27/05/2026

๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 10 Zulhijjah 1447H ๐Ÿ„

Aidiladha mendidik kita tentang makna sebenar pengorbanan, ketaatan dan perjuangan yang lahir daripada keimanan yang tulus kepada Allah SWT.

Perjuangan Islam bukan sekadar laungan di bibir, tetapi menuntut pengorbanan masa, tenaga, harta bahkan diri demi menegakkan agama Allah. Sepertimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, semoga semangat tersebut terus menyuburkan jiwa-jiwa pejuang yang istiqamah, ikhlas dan teguh memegang prinsip perjuangan Islam.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam."
(Surah Al-An'am: 162)

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah SWT menerima segala ibadah, pengorbanan dan amal kebajikan kita.

Ikhlas daripada
๐Ÿ’š Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut

27/05/2026

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga DUN Selama.

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga segala ibadah korban dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada kita semua.

Dalam kegembiraan menyambut hari mulia ini, marilah kita terus memperkukuhkan ukhuwah, saling membantu dan menjaga perpaduan demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan rahmat buat seluruh keluarga.

โœจ Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin โœจ

Ikhlas daripada,
YB Ustaz Akmal Hj Kamarudin
ADUN Selama

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILADHA 1447H Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILADHA 1447H

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam perjuangan. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS memberi panduan untuk kita membina jiwa yang sanggup meletakkan perintah Allah mengatasi segala-galanya.

Dalam suasana umat berdepan pelbagai cabaran hari ini, semoga semangat korban terus menyatukan hati-hati kita dengan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian terhadap masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat serta negara.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ุชุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุน ุงู„ุฃุนู…ุงู„๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sumber : Pemuda PAS Malaysia

25/05/2026

Rangkuman Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke 36 yang berlangsung dengan lancar pada 23 Mei 2026.

Terima kasih kepada semua perwakilan dan tetamu yang hadir. Semoga MAT kali ini adalah medan persediaan buat jentera PEMUDA PAS Kawasan Larut bagi siap siagaan menghadapi Pilihanraya akan datang.

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke 36 yang dirasmikan oleh Tuan Ust Ahmad...
23/05/2026

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke 36 yang dirasmikan oleh Tuan Ust Ahmad Faisal bin Mohd Puait, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Semoga perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan penuh jayanya dalam meluruskan saf kepimpinan di peringkat Pemuda PAS Kawasan Larut.

22/05/2026

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK USTAZ IDRIS BIN HJ AHMAD

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

HORMATI INSTITUSI RAJA DAN JANGAN CETUSKAN KETEGANGAN KAUM

PAS Negeri Perak memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP, Tony Pua, yang dilihat mempertikaikan titah serta nasihat DYMM Sultan Selangor berkaitan isu-isu yang menyentuh asas Perlembagaan Persekutuan, keharmonian kaum dan sensitiviti masyarakat majmuk negara ini.

Institusi Raja-raja Melayu merupakan payung kepada kestabilan negara dan lambang perpaduan rakyat. Justeru, sebarang respons terhadap titah atau pandangan Raja-raja Melayu hendaklah dilakukan dengan penuh adab, berhati-hati serta menghormati kedudukan institusi tersebut dalam kerangka Perlembagaan negara. Sikap mempertikaikan atau memberi reaksi secara terbuka dengan nada yang mengundang polemik hanya akan menambahkan keresahan rakyat dan mengeruhkan lagi hubungan antara kaum serta agama.

PAS Perak berpandangan bahawa isu-isu melibatkan Bahasa Kebangsaan, pendidikan, agama, perlembagaan dan hak-hak yang termaktub dalam kontrak sosial negara tidak boleh diperdebatkan secara emosional dan sempit. Semua pihak perlu mengutamakan pendekatan yang lebih matang dan bertanggungjawab demi memelihara keamanan serta keharmonian negara yang telah dibina sejak sekian lama.

Pada saat rakyat sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan cabaran global, negara memerlukan kepimpinan yang menenangkan keadaan serta memperkukuhkan perpaduan rakyat, bukannya terus mencetuskan kontroversi demi kontroversi yang tidak membawa manfaat kepada negara.

PAS Perak menyeru semua pihak agar kembali menghormati semangat Perlembagaan, menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum serta mengelakkan kenyataan yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK USTAZ IDRIS BIN HJ AHMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

Merangkap Naib Presiden PAS

22/05/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†

Sebentar tadi menerima khabar duka pemergian insan yang pernah kami ziarahi sebelum ini Allahyarham Ahmad Johari atau dikenali sebagai Cik Manja dan sempat menyampaikan bantuan katil hospital bagi kegunaannya di rumah.

Masih segar ingatan ketika hadir bertanya khabar keadaan arwah yang ketika itu sedang diuji dengan kesihatan. Hari ini Allah S.W.T lebih menyayanginya.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ”ฅ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ•Œ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LARUT KALI KE-36 ๐Ÿ•ŒAssalamuโ€™alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ayuh...
20/05/2026

๐Ÿ”ฅ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ•Œ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LARUT KALI KE-36 ๐Ÿ•Œ

Assalamuโ€™alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayuh seluruh saff kepimpinan, ahli dan pendokong Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut hadir memeriahkan dan menguatkan saf perjuangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36.

๐Ÿ—“ Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 Malam
๐Ÿ“ Tempat: PASTI Al Kurauwi, Pekan Batu Kurau

๐ŸŽ™ Dirasmikan oleh:
Tuan Ahmad Faisal Bin Mohd Puai
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak

Kehadiran semua ahli amatlah diharapkan bagi bersama-sama membawa suara, idea dan komitmen demi memperkasakan perjuangan Islam di bumi Larut.

โœŠ๐Ÿป โ€œPemuda adalah tenaga penggerak perjuangan. Kuatnya saf pemuda, kuatlah masa depan jamaah.โ€

๐Ÿ’š Mari hadir dengan semangat perjuangan.
๐Ÿ’š Satukan saf, kukuhkan jamaah.
๐Ÿ’š Generasi Sejahtera, Mengisi Kemenangan.






18/05/2026

Address

Kampung Sungai Limau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Larut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Larut:

Share