17/09/2023
PERUTUSAN PENGHARGAAN JPKK KG. BERHALA GANTANG
Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W...
Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa kerja Program Sambutan Bulanan Kebangsaan Peringkat Kampung Berhala Gantang Tahun 2023 mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua AJK JPKK, semua urusetia program , pihak Pasukan Kesihatan Daerah Temerloh, Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh, peserta pertandingan, seluruh Waris Berhala Gantang dan penduduk kampung sekitar yang menjayakan program pada hari semalam (16 September 2023) dalam suasana kekeluargaan, silatulrahim dan harmoni..
Kepada pihak penaja serta penyumbang kami ucapkan Jazzakallah Khiran Khasiran semoga Allah kurniakan lagi rezeki yang melipah ruah kepada tuan/puan...
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Berhala Gantang memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan, kelemahan dan kekhilafan sewaktu melaksanakan program tersebut.. kami akan perbaiki serta menambahbaik lagi perlaksanaan program dimasa depan...
Insha Allah... pihak JPKK akan menyusun dan mengatur penganjuran program yang lebih meriah lagi pada masa-masa akan datang....
Pihak JPKK juga berharap agar seluruh Waris Berhala Gantang dapat terus menyokong usaha JPKK ke arah kampung yang maju, sejahtera dan harmoni....
Yang menjalankan amanah,
HAJI MOHD FADZLI BIN MUSTAFFA
Ketua Kampung/Pengerusi JPKK
Kampung Berhala Gantang
Kemas kini: 17 September 2023