Pemuda Perikatan Nasional Pasir Salak

Pemuda Perikatan Nasional Pasir Salak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda Perikatan Nasional Pasir Salak, Political organisation, No 1, Lorong I, Taman Mawar, Kampung Langkap.

Pemuda Perikatan Nasional Pasir Salak merupakan sayap pemuda bagi Parti Perikatan Nasional Kawasan Pasir Salak hasil kerjasama diantara Dewan Pemuda PAS Pasir Salak, BERSATU Pasir Salak dan Gerakan Pasir Salak yang diketuai oleh Ustaz Zafarul Azhan

12/02/2023
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah d...
19/04/2022

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

Surah As-Sad : 29

14/04/2022

Siri 11 | '𝗜𝗸𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗼𝗿𝗲𝗵' @ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗜𝗵𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻

Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kelebihan dan kemuliaan kepada orang yang berpuasa. Terdapat banyak hadith yang menyebutkan tentang kelebihan tersebut. Antaranya ialah hadith:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Tirmizi (696)

Di dalam hadith di atas, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika dia bertemu Allah SWT di akhirat kelak.

Para ulama’ telah memberi syarahan terhadap maksud dua kegembiraan tersebut.

Pertama, kegembiraan ketika berbuka puasa ialah kerana tabiat dan fitrah manusia cenderung kepada perkara syahwat daripada makan, minum, jima’ dan sebagainya. Justeru, apabila ia dilarang pada sesuatu masa kemudian ia dibolehkan semula selepas daripada itu, maka ia akan menimbulkan kegembiraan apabila dia boleh kembali melakukannya. Khususnya bagi orang yang sangat merasa kesusahan dan kekangan dalam menjalani ibadah puasa tersebut. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif Fiima Lil Mawasim al-‘Amm Min al-Wazhaif: 215)

Kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya p**a bermaksud, ganjaran balasan kebaikan yang diperolehnya daripada ibadah puasa yang dilaksanakan ketika dia bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzammil: 20)

Begitu juga firman Allah SWT:

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُّحْضَرًا

Maksudnya: (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia dibentangkan (kepadanya dalam surat-surat amalnya).

(Surah Ali Imran: 30)

Justeru, apabila orang yang telah berpuasa tersebut melihat ganjaran yang bakal diperolehinya daripada Allah SWT, maka dia merasa gembira dengan puasa yang telah dilaksanakannya itu dengan sebaiknya. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif Fiima Lil Mawasim al-‘Amm Min al-Wazhaif: 216-217)



_____________________

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

12/04/2022

Siri 9 | '𝗜𝗸𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗼𝗿𝗲𝗵' @ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗜𝗵𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻

لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُوا خِمَاصاً وَتَرُوْحُ بِطَاناً

"Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan p**ang sore hari dalam keadaan kenyang"
(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).

Penjelasan:

Dalam hadis yang mulia ini, Rasulullah SAW menjelaskan bahwa orang-orang yang bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya akan dicukupkan rezekinya oleh Allah sebagaimana Dia mencukupi rezeki burung-burung. Betapa tidak, Allah adalah Dzat Yang Mahahidup, dan Yang tidak pernah mati.

Kerana itu, barangsiapa bertawakal kepada-Nya, niscaya Allah SWT akan mencukupi segala kebutuhannya. Dalam QS. Ath-Thalaq ayat 3, Allah SWT berfirman:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا “

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Tawakal terambil dari kata wakala-yakilu yang berarti mewakilkan, dan dari kata ini terbentuk kata wakil. Kata wakil bisa diartikan dengan "pelindung".

Dalam beberapa ayat ditegaskan bahwa: وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ “ Dan Dia (Allah) atas segala sesuatu menjadi wakil (QS Al-An'am: 102).

وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا “Dan cukuplah Allah sebagai wakil (QS An-Nisa: 81).

Dari sini kita dapat menyimpulkan bahwa menjadikan Allah sebagai wakil, berarti menyerahkan kepada-Nya segala persoalan (Shihab: 2000: 124).

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin mendefinisikan tawakal sebagai "penyandaran hati hanya kepada wakil (yang ditawakali) semata.



_____________________

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

08/04/2022

Siri 6 | '𝗜𝗸𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗼𝗿𝗲𝗵' @ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗜𝗵𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻

Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh semua makhluk yang hidup tanpa terkecuali. Bahkan saban hari, kita akan dikejutkan dengan pelbagai berita kematian yang tidak kita sangkakan. Tanpa kita sedar, sebenarnya kematian semakin hari, semakin menghampiri kita.

Bahkan, kematian boleh berakhir dengan pelbagai situasi sama ada pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Namun, semua itu hanyalah di dalam pengetahuan Allah Swt, kita sebagai manusia tidak boleh sewenang-wenangnya menilai berdasarkan cara kematian seseorang. Oleh yang demikan, satu hal yang dapat mengingatkan kita untuk kembali kepada keimanan dan ketakwaan adalah mengingati kematian sebagaimana sabda Rasulullah SAW bersabda,

أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah mengingati pemutus kelezatan” (Riwayat An-Nasai)

Bahkan Nabi Saw juga, memberikan jaminan bahawa sesiapa yang paling banyak mengingat kematian dan mempersiapkan diri adalah mereka yang paling cerdas.

Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Yang paling baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”, ia kembali bertanya. Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (Riwayat Ibnu Majah- Hasan).



_____________________

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

03/04/2022

Siri 1 | '𝗜𝗸𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗼𝗿𝗲𝗵' @ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗜𝗵𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻

Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


_____________________

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

AlhamdulillahSelesai sudah Funrace Motocross Labu Kubong 2022 Terima Kasih kepada Labu Kubong Dirt Riders Club (LKDRC), ...
27/03/2022

Alhamdulillah

Selesai sudah Funrace Motocross Labu Kubong 2022

Terima Kasih kepada Labu Kubong Dirt Riders Club (LKDRC), Kelab Belia Sejagat, Dewan Belia Negeri Perak N.49 Sungai Manik dan Pertubuhan Anak Melayu Pasir Salak (PAMIS) selaku Teknikal Program

Terima Kasih juga kepada Penaja Utama, Pusat Khidmat ADUN Sungai Manik, Daqwat Station dan Halo Delivery Hilir Perak

InshaAllah, Permulaan untuk Program yang lebih besar bagi tahun 2022

11/03/2022
02/03/2022

𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥!

Ketahui apakah tawaran yang diikrarkan Perikatan Nasional bagi membantu masyarakat dan membangun negeri Johor atas tekad khidmat dan prihatin 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥!

Muat turun 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 JOHOR dalam bentuk PDF dengan mengimbaas KOD QR di bawah bla bla bla

MUDAH SAJA!

𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
𝗨𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗠𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮
#𝗗𝗲𝗺𝗶𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝗣𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

01/03/2022

𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 dan dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan bermula esok hari. Ucapan dengan iringan doa kejayaan ini kami titipkan buat adinda-adinda yang dikasihi generasi penerus bangsa dari seluruh tanah air.

Kalian mestilah yakin pada diri, ingat pada yang Esa, teruskan ulangkaji untuk pecutan akhir dan semestinya 'TENANG IS GOOD!'...

Buat ibu bapa, berilah sokongan moral yang terbaik buat anak-anak kita. Keprihatinan emosi kita mampu menjadi 'Mental and Emotional Booster' buat anak-anak untuk yakin dan melakukan yang terbaik!

Kepada adik-adik yang terkesan dengan banjir, ada hikmah di sebalik ujian. In shaa Allah, moga Allah permudahkan perjalanan sepanjang peperiksaan yang kalian hadapi

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞𝗜 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟭

𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗢𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔!

#𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗮𝘆𝗮
#𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗔𝗻𝗮𝗸𝗠𝘂𝗱𝗮
#𝗦𝗣𝗠
#𝗦𝗣𝗠𝟮𝟬𝟮𝟭
#𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
______
Perikatan Nasional

28/02/2022

PERIKATAN NASIONAL adalah 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔!
______________
Teras kestabilan yang menjaga keharmonian dalam pada terus berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak Bumiputera dan pelbagai kaum di Malaysia!

Perikatan Nasional dan Muhyiddin telah menyelamatkan negara daripada tangan-tangan yang membawa kepada kehancuran, keduanya sama ada daripada kemungkaran Barisan Nasional sebegitu kerosakan Pakatan Harapan!

𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
𝗨𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

#𝗠𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮
#𝗗𝗲𝗺𝗶𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝗣𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗞𝗜𝗧𝗔
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

- 𝗣𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗦 -
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

Address

No 1, Lorong I, Taman Mawar
Kampung Langkap
36700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Perikatan Nasional Pasir Salak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share