30/05/2026
ULASAN BUKU (30 Mei 2026): THE ART OF TikTok MARKETING
Tajuk: The Art of TikTok Marketing
Penulis: Ali Imran Haizad & Mohd Firdaus Jailan
Kategori: Dewasa
Penerbit: PUTEH PRESS
No. ISBN: 9789673697199
Tahun Terbitan: 2024
Buku The Art of TikTok Marketing merupakan sebuah panduan komprehensif yang membincangkan strategi pemasaran melalui platform TikTok yang semakin popular dalam era digital masa kini. Buku ini sesuai dibaca oleh usahawan, peniaga dalam talian, pencipta kandungan, pelajar serta individu yang ingin membina personal branding dan mengembangkan perniagaan melalui media sosial.
Kandungan buku ini menerangkan langkah-langkah membina pengaruh di TikTok, menghasilkan kandungan yang menarik, mendapatkan pengikut berkualiti serta menukar pengikut kepada pelanggan. Penulis turut berkongsi pelbagai strategi pemasaran yang praktikal berdasarkan kajian dan pengalaman pakar-pakar TikTok tempatan.
Antara keistimewaan buku ini ialah penerangan mengenai penggunaan TikTok Shop, TikTok Ads, teknik penyuntingan video menggunakan CapCut, serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan yang lebih kreatif dan berkesan. Selain itu, buku ini menyediakan kod QR yang membolehkan pembaca mendapatkan maklumat tambahan berkaitan aspek teknikal yang sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi.
Gaya penulisan yang mudah difahami dan penggunaan contoh-contoh yang relevan menjadikan buku ini sesuai untuk pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia pemasaran digital. Strategi yang dikongsikan juga boleh diaplikasikan pada platform media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Secara keseluruhannya, The Art of TikTok Marketing merupakan sebuah buku yang sangat bermanfaat dan praktikal untuk sesiapa yang ingin memahami serta menguasai pemasaran digital melalui TikTok. Buku ini bukan sahaja memberi pengetahuan teori, malah menyediakan panduan yang boleh terus dipraktikkan bagi meningkatkan jenama dan jualan dalam talian.
Boleh dapatkan buku ini di Perpustakaan Desa Tmn Seri Damai atau perpustakaan desa yang berhampiran kerana kandungannya relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat masa kini.