Pemuda PAS Kempadang Baru

Pemuda PAS Kempadang Baru Page ini ditubuhkan bagi menggalakkan pemuda2 Kg Kempadang untuk sama2 menjaga kebajikan penduduk s

19/05/2023

KES KEMALANGAN TERUS MENINGKAT: SPEED BREAKER HANYA WAYANG KEMPEN PRU-15?

Bertindaklah lebih pantas berkaitan isu di selekoh berhampiran Restoran Santai Tanjung Lumpur dan simpang Kempadang Makmur.

Tatkala tempoh berkempen PRU-15 yang lalu, semua agensi kerajaan turun meninjau di kedua-dua lokasi sering berlaku kemalangan ini.

Bukan sedikit angka kemalangan yang telah berlaku di dua lokasi ini. Terkini, kemalangan baru sahaja berlaku di dua lokasi ini iaitu 17 Mei 2023 di simpang Kempadang Makmur dan 18 Mei 2023 di selekoh berhampiran Restoran Santai Tanjung Lumpur.

Kemalangan yang sering berlaku di kedua-dua lokasi ini melibatkan nyawa orang ramai khususnya warga Kuantan.

Warga Kuantan mahukan penyelesaian berkaitan isu ini. Tiada guna isu ini hanya diwayangkan di musim kempen PRU-15 oleh pihak tertentu.

Terima kasih buat Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan Pusat Khidmat ADN Tanjung Lumpur yang telah membuat aduan isu ini melalui sistem SISPAA.

Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, sila bertindak! Jangan diam membisu isu ini! Jangan dijadikan modal politik dan janji-janji manis semasa pilihan raya sahaja!!

Alhamdulillah, penyerahan sumbangan kepada saudara Saha untuk mengalih & menyambung metre TNB pada minggu lepas. Semoga ...
18/05/2023

Alhamdulillah, penyerahan sumbangan kepada saudara Saha untuk mengalih & menyambung metre TNB pada minggu lepas. Semoga Allah mudahkan urusan Saudara Saha & keluarga

05/05/2023

ISU AIR PAHANG: ADAKAH PAIP DIAMBANG KEMUFLISAN? INI SALAH SIAPA?

PAIP merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang hasil pengkorporatan JBA Pahang seiring dengan dasar penswastaan yang dicetuskan oleh YAB PM ke 4.

Setelah 11 tahun PAIP beroperasi sebagai operator bekalan air untuk negeri Pahang, pihak Pemuda PAS Pahang melihat masalah air di Negeri Pahang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Penduduk kebanyakan tempat, rata-rata merintih meluahkan kekesalan mengenai isu air yang tidak pernah selesai sementelah kerajaan yang memimpin Pahang hari ini sudah lebih 60 tahun memegang tampuk Menteri Besar.

Adakah isu hutang PAIP yang agak ketara ini menjadi antara punca utama kepada masalah air di Pahang yang belum berkesudahan?

Jika diamati laporan audit bermula dari 2019 sehingga 2021 sahaja, hutang PAIP telah mencecah RM 936,643,068 yang mana RM 860,462,142 adalah merupakan pemiutang dagangan.

Bagi berlaku adil kepada YAB MB hari ini, kita melihat hutang PAIP yang telah di audit pada 2019 berjumlah 630,392,796 yang mana sebanyak RM 560,771,731 adalah pemiutang dagangan.

Kita menyaksikan berlaku kenaikan ketara hutang terutama kepada pemiutang dagangan dalam tempoh 3 tahun sebanyak RM 299,690,441.

Sehubungan itu, pihak kami ingin mempersoalkan adakah disebabkan hutang yang sebegini banyak menjadi punca utama menyebabkan masalah air di Pahang tidak selesai?

Kemana perginya sejumlah berbilion-bilion yang di peruntukkan untuk penyelesaian masalah air di Pahang?

Kenapa berlakunya begitu banyak hutang yang ditanggung PAIP sehingga tabungan kepada Pemegang Taruh PAIP iaitu Kerajaan Negeri Pahang setakat laporan beraudit 2021 adalah negatif RM 774,642,635? Hal ini bermaksud pemegang taruh telah merekodkan kerugian atas pelaburan.

INI SALAH SIAPA??

SIAPA YANG SEPATUTNYA BERTANGGUNGJAWAB???

ADAKAH INI PUNCA UTAMA KEPADA MASALAH AIR PAHANG YANG TIDAK BERKESUDAHAN DAN AKHIRNYA RAKYAT MENJADI MANGSA???

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang








04/05/2023
23/03/2023

Ramadan datang setahun sekali,
Bulan keagungan anugerah ilahi,
Ayuh kita gagahi diri,
Penuhi amalan ramadan kali ini.

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Bulan rahmat buat kita semua,
Ayuh kita berlumba-lumba,
Penuhi amalan pahala ganjarannya.

Murka Allah jangan dicari,
Kelak nanti binasa diri,
Tautkan diri kepada ilahi,
Ganjaran Pahala itu yang dijanji.

Ayuh pemuda, kita tautkan tali hubungan dengan Allah dengan amalan-amalan baik dibulan Ramadan ini.

Ramadan Kareem

Ikhlas Daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

14/03/2023

𝗠𝗨𝗞𝗧𝗔𝗠𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG KALI KE-41

Muktamar adalah satu medan muhasabah untuk seluruh pimpinan dan ahli PAS. Sepanjang setahun sudah pastinya ada langkah penambahbaikkan dan cadangan yang perlu diambil tindakan.

Jadi, simpan tarikh ni buat para perwakilan semua!

📆 Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)
🕗 Masa: 9.00 Pagi
🏫 Tempat: Hotel Darul Makmur, Jerantut

Jumpa anda di sana! InsyaAllah..


01/03/2023

KENYATAAN RASMI
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUANTAN

TUTUP PREMIS JUDI : PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS

1 Mar 2023 | 18 Syaaban 1444H

1. Saranan tindakan tegas terhadap kegiatan perjudian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar wajar diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.

2. Dalam situasi ekonomi tidak menentu ini, sektor perjudian bukan satu keperluan dan tidak membantu terhadap keharmonian rakyat.

3. Judi adalah haram di sisi Islam. Penutupan premis judi akan memberi manfaat kepada orang Islam dan orang bukan Islam.

4. Kuasa kerajaan mesti digunakan untuk meningkatkan penguatkuasaan dalam menangani premis judi yang semakin banyak beroperasi khususnya di kawasan yang penduduknya majoriti Melayu-Islam.

5. Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan atas tindakan awal terhadap premis judi yang semakin berleluasa di sekitar kawasan Pak Mahat.

6. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan percaya, Kuantan akan jauh lebih baik dan sejahtera tanpa operasi premis judi.

"Pemuda Generasi Sejahtera"

Ustaz Muhammad Shahril Safar
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan

Bersama sahabat-sahabat AJK Pemuda PAS Kempadang Baru ziarah suami salah seorang guru di PASTI Fawwaz yang diuji dengan ...
08/02/2023

Bersama sahabat-sahabat AJK Pemuda PAS Kempadang Baru ziarah suami salah seorang guru di PASTI Fawwaz yang diuji dengan ujian kesihatan.

Semoga Saudara Aris segera sembuh🤲.

Address

Kampung Kempadang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kempadang Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share