EKSA PTJ JELI -Promosi-

EKSA PTJ JELI -Promosi- PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN JELI
JAWATANKUASA EKSA (PROMOSI)
HEBAHAN EKSA
PROMOSI EKSA

Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah selesai menjalankan audit dalam hari kedua pada 21 November...
04/12/2023

Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah selesai menjalankan audit dalam hari kedua pada 21 November 2023 jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi di 3 Zon iaitu Amethyst, Emerald dan Ruby.

Terima kasih kepada semua ketua Zon dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli di atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses audit dalam berlangsung.

Logo Rasmi EKSA
20/11/2023

Logo Rasmi EKSA

Pemenang bagi pertandingan logo EKSA Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
20/11/2023

Pemenang bagi pertandingan logo EKSA Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.

Pelaksanaan audit dalam EKSA siri 1/2023 hari pertama telah selesai diadakan pada 20 November 2023 jam 10.00 pagi hingga...
20/11/2023

Pelaksanaan audit dalam EKSA siri 1/2023 hari pertama telah selesai diadakan pada 20 November 2023 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di 3 Zon iaitu Diamond, Firus dan Topaz oleh Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli

PENGUMUMAN BAGI AUDIT DALAMAN EKSA
20/11/2023

PENGUMUMAN BAGI AUDIT DALAMAN EKSA

09/11/2023

Check out Eksa Promosi Ptj Jeli's video.

Latihan Awal Penerangan Mengenai EKSA Kepada Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Latihan EKSA01 NOVEMBER 2023
06/11/2023

Latihan Awal Penerangan Mengenai EKSA Kepada Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Latihan EKSA

01 NOVEMBER 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bil.1 EKSA PTJJMasa : 10 pagi IsninTarikh : 23/10/23Tempat : Bilik Gerakan 2
25/10/2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bil.1 EKSA PTJJ

Masa : 10 pagi Isnin
Tarikh : 23/10/23
Tempat : Bilik Gerakan 2

APA ITU EKSA?Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan...
19/10/2023

APA ITU EKSA?
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)


MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

meningkatkan imej korporat;
menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Address

Kampung Jeli
17600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKSA PTJ JELI -Promosi- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share