Perpustakaan Desa Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan

Perpustakaan Desa Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

PERINGATAN MESRA:📱📵 Katakan “TIDAK” kepada penggunaan telefon semasa memandu! ❌Jangan biarkan telefon anda menjadi punca...
14/06/2026

PERINGATAN MESRA:
📱📵 Katakan “TIDAK” kepada penggunaan telefon semasa memandu! ❌
Jangan biarkan telefon anda menjadi punca tragedi di jalan raya.
Setiap mesej boleh ditangguhkan, setiap panggilan boleh dibalas kemudian, tetapi nyawa yang hilang tidak akan kembali.
Mari bersama jadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.
Jadilah pemandu yang bertanggungjawab dan tunjukkan sikap yang baik.
✅Simpan telefon
✅Tutup notifikasi
✅Pandu dengan tumpuan penuh.
Anda mampu menggubahnya! 🫵

Sumber : Majlis Keselamatan Jalan Raya

🤗 Luahkan, jangan pendam 💙Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai bukan tanda kelemahan, tetapi langkah untuk ra...
14/06/2026

🤗 Luahkan, jangan pendam 💙
Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai bukan tanda kelemahan, tetapi langkah untuk rasa lebih lega dan bahagia. ✨

sumber : Jabatan Penerangan Malaysia




Cabaran terbesar kesihatan awam dalam menjejak warga asing seperti Rohingya dan warga lain yang tanpa dokumen bukan sema...
14/06/2026

Cabaran terbesar kesihatan awam dalam menjejak warga asing seperti Rohingya dan warga lain yang tanpa dokumen bukan semata-mata penyakit.
Cabaran sebenarnya ialah manusia yang bergerak, tetapi tidak dapat dijejak.
Dalam kerja kesihatan awam, penyakit seperti tibi, HIV, malaria dan penyakit berjangkit lain memerlukan satu perkara penting iaitu pengesanan awal, rawatan berterusan dan susulan kontak.
Masalahnya, sebahagian warga asing tanpa dokumen tidak mempunyai penempatan tetap.
Hari ini di satu rumah kongsi.
Minggu depan di tapak kerja lain.
Bulan depan berpindah ke negeri lain.
Ada yang rumah, baru dirobohkan pagi tadi. Ada yang tinggal di penempatan tidak rasmi. Ada yang menyewa secara berkump**an. Ada yang berlindung di kawasan yang sukar dimasuki. Dan jika ada alamat sekalipun, bukan semua sanggup berterus terang kerana takut ditangkap, dihantar p**ang atau berdepan tindakan penguatkuasaan.
Di sinilah kesihatan awam menjadi sangat mencabar.
Bukan sekadar merawat seorang pesakit.
Tetapi mencari siapa kontak rapatnya.
Di mana dia tinggal.
Dengan siapa dia bekerja.
Siapa berkongsi bilik.
Siapa menaiki van yang sama.
Siapa makan, tidur dan bergerak bersamanya.
Jika semua ini tidak dapat dijejak, penyakit boleh terus bergerak senyap dalam komuniti.
Tibi contohnya bukan penyakit yang selesai dengan satu kali rawatan. Ia memerlukan rawatan berbulan-bulan. Jika rawatan terputus, risiko jangkitan berterusan dan risiko rintangan ubat boleh meningkat.
HIV p**a memerlukan kesinambungan rawatan, kaunseling dan pemantauan. COVID-19 pernah menunjukkan kepada kita bahawa kawasan padat, sempit dan mobiliti tinggi boleh mempercepatkan penularan.
Isunya bukan mahu menakutkan masyarakat.
Isunya ialah sistem kita perlu jujur melihat risiko sebenar.
Apabila seseorang tinggal tanpa rekod, bekerja tanpa pemantauan, berpindah tanpa maklumat dan berada di luar jaringan kesihatan, maka penyakit juga akan berada di luar radar.
Ini bukan lagi sekadar isu warga asing.
Ini isu sempadan.
Isu majikan.
Isu penempatan.
Isu penguatkuasaan.
Isu kesihatan awam.
Dan akhirnya, isu keselamatan komuniti.
Kesihatan awam tidak boleh berfungsi jika manusia yang berisiko tidak dapat dikenal pasti, tidak dapat dikesan dan tidak dapat disusuli.
Dalam penyakit berjangkit, apa yang kita tidak nampak selalunya lebih berbahaya daripada apa yang sudah kita kesan.

Sumber: Public Health Malaysia

13/06/2026

Kaup duit 💵💵💵






13/06/2026

Kaup duit 💵💲






13/06/2026

Kaup Duit 💵 💲






Aktiviti Fizikal Jun 2026 💐Aktiviti : Kaup DuitTarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)Jumlah : 12 org
13/06/2026

Aktiviti Fizikal Jun 2026 💐

Aktiviti : Kaup Duit
Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Jumlah : 12 org






Aktiviti fizikal Jun 2026 🌹Aktiviti : Kuiz Awal MuharramTarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)Jumlah : 11 org
13/06/2026

Aktiviti fizikal Jun 2026 🌹

Aktiviti : Kuiz Awal Muharram
Tarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)
Jumlah : 11 org






Lawatan dari Tabika Kemas Kuala Long, JeliAktiviti : Mewarna Keselamatan Semasa BerbasikalTarikh : 7 Jun 2026 (Ahad)Juml...
13/06/2026

Lawatan dari Tabika Kemas Kuala Long, Jeli

Aktiviti : Mewarna Keselamatan Semasa Berbasikal
Tarikh : 7 Jun 2026 (Ahad)
Jumlah : 7 org






Fakta DarahDr Karl Leindsteiner merupakan individu pertama yang menemukan Sistem Kump**an Darah ABO.Hari Penderma Darah ...
13/06/2026

Fakta Darah
Dr Karl Leindsteiner merupakan individu pertama yang menemukan Sistem Kump**an Darah ABO.
Hari Penderma Darah Sedunia dirailan pada 14 Jun sempena tarikh kelahiran beliau.
Setitis Darah, Demi Kemanusiaan,
Derma Darah, Selamatkan Nyawa.

sumber : Pusat Darah Negara KKM


Address

Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category