22/01/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲
Program Perspektif Sektor Keusahawanan MARA Siri 1/2026 akan berlangsung pada 22 Januari 2026 bertempat di Anjung Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah diperkenalkan sejak tahun 2021, dengan objektif utama untuk memperjelaskan hala tuju serta pelaksanaan program-program di bawah Sektor Keusahawanan MARA kepada seluruh warga kerja MARA.
Sesi perkongsian perspektif akan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz. Turut menyampaikan taklimat adalah pengarah - pengarah dari Sektor Keusahawanan iaitu Puan Nor Uyon binti Shoib, Puan Mimi Mazlin Mohamad Yusof serta Encik Timelow ak Jauk.
Penganjuran program ini bertujuan memperkasa kefahaman warga kerja khususnya dari warga Pejabat MARA Negeri (PMN) dan Pejabat MARA Daerah (PMD) dalam memperkemas penyampaian maklumat melalui Portal Keusahawanan MARA.