14/05/2026
𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 (𝗢𝗣𝗦 𝗭𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛)
📍 𝗞𝗮𝗻𝗴𝗮𝗿 📅 𝟭𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
SWCorp dan E-Idaman telah menjalankan Operasi Pembersihan Khas Kawasan Tumpuan Awam & Pengunjung telah dilaksanakan di Dataran Sena Indah yang menjadi antara lokasi tumpuan utama orang ramai dan pelancong. Operasi ini melibatkan tindakan pembersihan menyeluruh merangkumi cucian permukaan interlocking menggunakan kaedah water jet, aktiviti sapuan kawasan, litter picking serta pemantauan tahap kebersihan persekitaran bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan terurus.
Pelaksanaan operasi ini turut disertai dengan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala terhadap aspek pematuhan kebersihan awam khususnya melibatkan pembuangan sampah merata-rata, pengurusan sisa oleh premis perniagaan serta tahap kebersihan kawasan sekitar. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara imej dan kebersihan kawasan awam.
Selain kerja-kerja pembersihan, sesi libat urus bersama orang awam dan peniaga turut diadakan bagi memberi penerangan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan, amalan pelupusan sisa pepejal yang betul serta pematuhan terhadap peraturan kebersihan yang ditetapkan. Pendekatan bersepadu ini bukan sahaja memberi fokus kepada aspek pembersihan fizikal, malah memperkukuh elemen pendidikan, pemantauan dan pematuhan dalam kalangan komuniti setempat.
Operasi ini merupakan inisiatif berterusan dalam memperkukuh tahap kebersihan kawasan tumpuan awam agar lebih bersih, selesa dan kondusif untuk pengunjung serta masyarakat setempat. Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), aspek kebersihan awam dan pengurusan sisa pepejal terus diperkasakan melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif, berintegriti dan berfokuskan rakyat, termasuk pengukuhan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kesejahteraan persekitaran awam sentiasa terpelihara.