AADK Daerah Setiu

AADK Daerah Setiu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Setiu, Kampung Buluh.

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK, juga mengandungi perkongsian mengenai berita dan isu semasa.

Pernah terfikir kenapa sayur ada macam-macam warna? Setiap warna tu ada ‘kuasa’ nutrisi yang berbeza untuk badan kita!Ap...
03/06/2026

Pernah terfikir kenapa sayur ada macam-macam warna? Setiap warna tu ada ‘kuasa’ nutrisi yang berbeza untuk badan kita!

Apabila kita bijak mempelbagaikan pilihan hidangan, badan akan terasa lebih ringan dan fikiran menjadi lebih tenang untuk menguruskan tugasan harian yang mencabar.

Pastikan sumber tenaga dan kecerdasan kita datang daripada khasiat semula jadi yang bersih supaya kesihatan kita sentiasa terjaga.

Jom mula penuhkan pinggan kita dengan warna-warni sayur hari ini. Anda paling s**a sayur warna apa? Komen di bawah!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SESI LIBAT URUS PENGUSAHA PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN (PPP) BERSAMA AGENSI KERAJAAN2 Jun 2026, bertempat di Bilik Mesyu...
02/06/2026

SESI LIBAT URUS PENGUSAHA PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN (PPP) BERSAMA AGENSI KERAJAAN

2 Jun 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Lavender AADK Negeri Terenggan, Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Libat Urus Pengusaha Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) bersama agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Tuan Arzmi Abdullah, Pengarah AADK Negeri Terengganu.

Sesi ini bertujuan menyelaras, memperincikan serta mempermudah proses pendaftaran dan pengoperasian pusat pemulihan persendirian di negeri Terengganu.

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil pengusaha PPP iaitu:
✅ Pondok Remaja Inabah
✅ Baitul Cakna
✅ Rakan Islah
✅ Jenagor
✅ Perkampungan Darul Barakah

Turut hadir menjayakan sesi libat urus ini ialah wakil daripada:
🤝 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
🤝 Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan konstruktif ini telah membuka ruang kepada perkongsian pandangan, cadangan serta penambahbaikan berkaitan pengurusan dan pengoperasian pusat pemulihan persendirian.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara AADK, agensi kerajaan dan pengusaha pusat pemulihan persendirian dalam memperkasakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan reintegrasi sosial demi kesejahteraan masyarakat.




Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.Anda mempunya...
01/06/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



DUA EKOR LEMBU DIKORBANKAN, PUSPEN JELEBU SEMARAK AIDILADHAPusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu telah meng...
30/05/2026

DUA EKOR LEMBU DIKORBANKAN, PUSPEN JELEBU SEMARAK AIDILADHA

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu telah menganjurkan program ibadah korban sempena Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan.

Program ini melibatkan penyembelihan dua ekor lembu hasil sumbangan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Seawal pagi, seramai 30 orang kakitangan bersama klien PUSPEN Jelebu bergotong-royong melaksanakan proses melapah dan penyediaan daging korban.

Penglibatan secara langsung ini bukan sahaja menyemai nilai kerjasama, malah memberi peluang kepada klien untuk menghayati erti pengorbanan dan keinsafan.

Daging korban yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk komuniti setempat, sebagai usaha memperluas manfaat serta mengeratkan hubungan antara PUSPEN dan masyarakat sekitar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh yang hadir bagi menyempurnakan program tersebut.

Kehadiran beliau menjadi simbol sokongan berterusan terhadap usaha pemulihan dan pembangunan sahsiah klien.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK, Dr. Nor Azri Ahmad; Pengarah PUSPEN Jelebu, Norasiken Ahmad; dan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Ruziliza Ibrahim.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?Ibadah ini b...
28/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dun...
26/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5°C).
👉🏻 Anda naikkan suhu ke -4°C... tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -3°C... masih tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -2°C, kemudian -1°C... kiub ais masih beku.
👉🏻 Tiba-tiba, pada suhu 0°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5°C ke -1°C itu sia-sia? Tidak❌❗. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Pernah tak anda rasa malas sangat nak mula buat kerja sampai kerja sikit pun jadi bertimbun? Kemudian stres sendiri seba...
25/05/2026

Pernah tak anda rasa malas sangat nak mula buat kerja sampai kerja sikit pun jadi bertimbun? Kemudian stres sendiri sebab kerja tak jalan dan masa terbuang macam tu je.

Ada satu rahsia senang nak lawan rasa malas ni iaitu ‘teknik 2 minit’. Mudah je kalau sesuatu perkara tu boleh diselesaikan dalam masa bawah dua minit.

Bayangkan betapa kosongnya otak bila semua benda dah selesai awal. Anda akan rasa lebih bersemangat dan fokus untuk buat perkara yang lebih besar tanpa gangguan emosi yang negatif.

Jom cuba teknik ni sekarang. Jaga disiplin diri dan lindungi masa depan anda daripada perkara yang tidak berfaedah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT DAERAH SETIU Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) anjuran Agensi Antidadah...
24/05/2026

JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT DAERAH SETIU

Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Setiu telah berlangsung hari ini di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap, Sg Tong.

Penganjuran program ini merupakan inisiatif turun padang AADK dengan kerjasama rakan strategik Pejabat Daerah dan Tanah Setiu dibantu pemimpin masyarakat setempat dengan objektif memberi kesedaran kepada komuniti mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan telah diselia oleh Penolong Pengarah Cawangan Pencegahan AADK Negeri Terengganu Puan Norzira binti Mohamed.

Aktiviti Fun Walk sejauh 2 km telah dilaksanakan seawal 7.00 pagi dan turut membuat aktiviti PESADA sepanjang laluan yang ditetapkan. Kemuncak kemeriahan dan keterujaan komuniti Sg. Tong apabila pertandingan mewarna dan s**aneka kanak-kanak dimulakan serentak dengan pertandingan shoot bola jaring kategori wanita, sepakan penalti AADK, pertandingan musang berjanggut secara berpasangan dan pelbagai aktiviti lagi dengan kehadiran pengunjung hampir 600 orang. Selain ruang pameran dari agensi kerajaan dan swasta, aktiviti pendaftaran ahli SKUAD Antidadah, jualan Produk S**A AADK dan PUSPEN Besut serta interaksi sosial klien bersama komuniti turut diadakan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Setiu Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor diiringi Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu En Arzmi bin Abdullah.

AADK Daerah Setiu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




LAWATAN PEMANTAUAN FASA AKHIR PROJEK NAIK TARAF PUSPEN KARAKKetua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Rus...
24/05/2026

LAWATAN PEMANTAUAN FASA AKHIR PROJEK NAIK TARAF PUSPEN KARAK

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Ruslin Jusoh telah mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Membina, Meroboh dan Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, Pahang yang kini berada pada fasa akhir sebelum penyerahan rasmi dijadualkan pada Jun 2026.

Lawatan ini bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan akhir projek serta memastikan setiap komponen pembangunan berjalan mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan demi memberikan persekitaran rawatan dan pemulihan yang lebih kondusif kepada klien.

Projek pembangunan semula PUSPEN Karak ini merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuhkan sistem rawatan dan pemulihan dadah negara selaras aspirasi Agenda Malaysia MADANI dan matlamat Dadah Terkawal 2030.

Kemudahan yang dinaik taraf ini bakal menyediakan suasana pemulihan yang lebih moden, selesa dan holistik merangkumi aspek rawatan, pembangunan sahsiah, kemahiran serta kerohanian demi membantu klien kembali berfungsi dalam masyarakat secara lebih mampan dan produktif.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil bersama pegawai-pegawai kanan AADK, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta wakil pihak kontraktor projek.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Kementerian Dalam Negeri (KDN)








2 hari lagi!!!! Jemputan kepada semua warga Setiu, jom bawa keluarga ke Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Setiu di Dewan Komu...
21/05/2026

2 hari lagi!!!! Jemputan kepada semua warga Setiu, jom bawa keluarga ke Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Setiu di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap, Sg Tong. Jam 7.00 pagi.

Banyak aktiviti menanti anda😁😁

Jumpa anda disana........

Address

Kampung Buluh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Setiu:

Share