Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah salah satu agensi di bawah KPKT Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan status adalah setaraf dengan Jabatan/bahagian di Kementerian. Penubuhan Institut ini telah dipersetujui oleh Kerajaan pada Januari 2008 dengan cadangan penempatan 10 orang kakitangan Pasukan Teras. Secara amnya, core business Institut ialah menyediakan latihan kepada P

egawai/Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala dalam jangka masa panjang, Institut akan berperanan sebagai pusat pengump**an maklumat, Pusat Rujukan (referral center) dan Khidmat Nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (dalam bidang teknologi, perkembangan produk dan perkhidmatan, pengubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan program / projek). Pelanggan utama Institut ialah semua anggota kerja Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala pelanggan sokongan ialah jabatan teknikal yang terlibat secara langsung dalam pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Pertubuhan Profesional (seperti Jururancang Bandar, Arkitek, Jurutera, Arkitek Landskap dan lain-lain), Pertubuhan Bukan Kerajaan, pemaju perumahan dan semua badan yang terlibat dalam pembangunan penempatan manusia dan perumahan. Tujuan Penubuhan
Penubuhan Institut ini bertujuan untuk:

Memberi kefahaman terhadap dasar-dasar semasa kerajaan yang secara langsung menyentuh pembangunan penempatan manusia dan kerajaan tempatan seperti Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan lain-lain. Memberi kefahaman terhadap undang-undang dan kaedah penguatkuasaan akta dan garis panduan yang berkait dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1984 (Akta 133). Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Garis panduan Perancangan Bandar, Landskap dan Perumahan.

DIRGAHAYU TUANKUโ€‹Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Y...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

โ€‹Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

โ€‹Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT).

โ€‹Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

๐Ÿ“Œ KURSUS PENGENALAN KEPADA BEHAVIOURAL INSIGHTS DALAM PENGGUBALAN DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATANI-KPKT dibawah pusat Peng...
21/05/2026

๐Ÿ“Œ KURSUS PENGENALAN KEPADA BEHAVIOURAL INSIGHTS DALAM PENGGUBALAN DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN

I-KPKT dibawah pusat Pengajian Pemahaman Perundangan Dan Penguatkuasaan telah mengadakan KURSUS PENGENALAN KEPADA BEHAVIORAL INSIGHTS DALAM PENGGUBALAN DASAR AWAM PBT pada 18-20 Mei 2026 bertempat di Bilik Kuliah Pengurusan Perumahan. Kursus ini disampaikan oleh Tuan Muhammad Bin Abdul Hamid Perunding bahavioural insight.

Kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada peserta konsep asas Behavioural Insights dan peranannya dalam meningkatkan keberkesanan dasar awam. Selain itu, didedahkan juga faktor tingkah laku manusia yang mempengaruhi pematuhan masyarakat terhadap peraturan dan perkhidmatan PBT. Tambahan p**a dapat juga mengaplikasikan pendekatan Behavioural Insights dalam merangka program, kempen atau inisiatif yang berkaitan dengan fungsi PBT.

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini dihadiri seramai 15 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Terima Kasih dan tahniah diucapkan kepada semua

๐’๐ˆ๐’๐€ ๐Š๐„ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘:๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐Ž๐›๐ฃ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ :1. Memperluas pemahaman peserta terhadap strategi,...
13/05/2026

๐’๐ˆ๐’๐€ ๐Š๐„ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘:๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐

๐Ž๐›๐ฃ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ :
1. Memperluas pemahaman peserta terhadap strategi, dasar dan teknologi inovatif dalam mengurus serta memanfaatkan sisa makanan sebagai sumber baharu yang memberi nilai ekonomi dan alam sekitar

2.Memperkasa peserta untuk merancang dan melaksanakan inisiatif pengurangan serta rawatan sisa makanan melalui kolaborasi pelbagai pihak dan amalan terbaik yang berimpak tinggi ke arah pengurusan sisa makanan yang mampan.

๐Œ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐Ÿ‘‰https://emas.kpkt.gov.my/login

13/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Dengan penuh rasa hiba, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Anasuria binti Ayoub, Pembantu Tadbir (Bahagian Kewangan, Jabatan Perumahan Negara) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Rabu, 13 Mei 2026 bersamaan 25 Zulkaedah 1447H.

Semoga segala amal bakti Allahyarhamah diterima sebagai amal soleh, diampuni segala khilaf, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Surah Al-Fatihah.

11/05/2026
๐Ÿ“Œ KURSUS SERAHAN SAMAN DAN PENYEMPURNAAN WARAN TANGKAPI-KPKT dibawah pusat Pengajian Pemahaman Perundangan Dan Penguatku...
04/05/2026

๐Ÿ“Œ KURSUS SERAHAN SAMAN DAN PENYEMPURNAAN WARAN TANGKAP

I-KPKT dibawah pusat Pengajian Pemahaman Perundangan Dan Penguatkuasaan telah mengadakan KURSUS SERAHAN SAMAN DAN PENYEMPURNAAN WARAN TANGKAP Kursus ini disampaikan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Encik Mohd Irwan Bin Mat sambil dibantu Moderator En Muhammad Aiman Bin Maarof selaku Ketua Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan.

Kursus ini diadakan bagi mendedahkan kepada peserta kaedah serta memahami secara tepat prosedur penulisan notis dan pemberitahuan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan DI Akhir kursus para peserta dapat menyenaraikan
Menyenaraikan prosedur serahan saman dan
penyempurnaan waran tangkap serta dapat mengenalpasti perbezaan saman dan waran tangkap.

Kursus yang diadakan selama 4 jam ini mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 400 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Terima Kasih diucapkan kepada semua.

UNDANGAN PENYERTAAN KURSUS SECARA FIZIKAL DI I-KPKTSukacita dimaklumkan bahawa pusat pengajian pemahaman perundangan dan...
04/05/2026

UNDANGAN PENYERTAAN KURSUS SECARA FIZIKAL DI I-KPKT

Sukacita dimaklumkan bahawa pusat pengajian pemahaman perundangan dan penguatkuasaan akan mengadakan KURSUS PENGENALAN KEPADA BEHAVIOURAL INSIGHTS DALAM PENGGUBALAN DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN pada 18-20 Mei 2026 secara fizikal di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) .

Kursus ini diadakan bagi membantu peserta meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep asas behavioural insights serta peranannya dalam meningkatkan keberkesanan dasar awam.

Di samping membolehkan peserta mengenal pasti faktor tingkah laku manusia yang mempengaruhi tahap pematuhan masyarakat terhadap peraturan dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta mengaplikasikan pendekatan tersebut dalam merangka program, kempen dan inisiatif yang lebih berkesan selaras dengan fungsi PBT.

Pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dibuat melalui pautan:-
https://emas.kpkt.gov.my/utama
Tarikh tutup permohonan selewat-lewatnya pada 11 mei ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (Isnin).

๐Ÿ“ŒSekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan kursus ini, pegawai berikut sedia untuk membantu:
i)En Muhammad Zakri Aiman
Tel : 09-233 2034
E-mel : [email protected]
J๐จ๐ฆ ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ !!!

KURSUS ASAS KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI PEGAWAI PENYIASATI-KPKT dibawah pusat Pengajian Pemaham...
29/04/2026

KURSUS ASAS KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI PEGAWAI PENYIASAT

I-KPKT dibawah pusat Pengajian Pemahaman Perundangan Dan Penguatkuasaan telah mengadakan Kursus Asas Kemahiran Dan Pengetahuan Melaksanakan Tugas Sebagai Pegawai Penyiasat. Kursus ini disampaikan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Encik Mohd Irwan Bin Mat sambil dibantu Moderator En Muhammad Aiman Bin Maarof selaku Ketua Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan.

Kursus ini diadakan untuk memberi pengatahuan tentang asas -asas sebagai pegawai penyiasat di pihak berkuasa tempatan. DI Akhir kursus para peserta dapat menyenaraikan peranan pegawai penyiasat dalam penyediaan kertas siasatan . Peserta juga dapat mengenalpasti perbezaan pegawai penyiasat Pihak Berkuasa Tempatan dengan pegawai penyiasat Polis serta menyenaraikan dokumen/perkara dalam kertas
Siasatan.

Kursus yang diadakan selama 4 jam ini mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 350 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Terima Kasih diucapkan kepada semua.

Address

KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
Kampung Bukit Tinggi
28750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092229000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:

Share