22/08/2026
LAPORAN POLIS KE ATAS PENGHINAAN BENDERA SARAWAK.
Rentetan isu viral penghinaan sesorang penama memijak Bendera pada sesi Live di akaun TikTok beliau, Pemuda PBB Zon 8 di ketuai KP N45 Repor Sdr Fadilah, KP N46 Meradong Qalam Iko dan KP N41 Kuala Rajang Mornurazli Morshidi telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Sarikei.
Kami memohon perkara ini di siasat sepenuhnya dan membawa pihak-pihak berkenaan ke muka Pengadilan. Negeri Sarawak Yang Aman makmur ini harus di kekalkan dari segi keharmonian walaupun terdapat pihak yang cuba menyimbah minyak kepada api kemarahan rakyat Sarawak walaupun hakikat nya, api kemarahan tersebut tidak wujud sebenarnya melainkan sengaja di bakar oleh isu-isu seperti ini.
Akan ada isu-isu yang sengaja di wujudkan dalam masa terdekat ini di negeri kita, memandangkan pilihanraya hampir tiba. Pemuda dan rakyat Sarawak secara am nya sudah pasti cukup matang menilai antara Isu rakyat dan naratif sempit yang hanya muncul ketika pilihanraya hampir tiba.
Pemuda PBB Sarawak
Pemuda PBB Cawangan N45 Repok
Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang