Cawangan Pantai Puteri

Cawangan Pantai Puteri Official page for Cawangan UMNO Pantai Puteri

Selamat Hari Raya Aidiladha di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pantai Puteri! Raya Aidiladha pada ta...
20/07/2021

Selamat Hari Raya Aidiladha di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pantai Puteri! Raya Aidiladha pada tahun ini agak berlainan dengan kelaziman kita menyambutnya pada tahun-tahun sebelum ini kerana negara masih dilanda wabak pandemic Covid-19. Diharapkan agar wabak pandemic Covid-19 ini akan segera berakhir.

Marilah bersama-sama kita mengingati dan mendalami cerita pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. semoga nilai pengorbanan dan ketaatan seutuhnya kepada Allah S.W.T. dapat kita pelajari.

10 Zulhijjah 1442H / 20.7.2021

Bersatu . Bersetia . Berkhidmat
UMNO Cawangan Pantai Puteri

Alhamdulillah, pada 19.6.2021, Team Cawangan UMNO Pantai Puteri bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda & Puteri Cawangan UMNO...
21/06/2021

Alhamdulillah, pada 19.6.2021, Team Cawangan UMNO Pantai Puteri bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda & Puteri Cawangan UMNO Pantai Puteri dapat sekali lagi turun padang membantu pendaftaran vaksin Covid-19 di sekitar kawasan Pantai Puteri, DUN Pantai Kundor.

Terima Kasih diucapkan kepada Datuk Abu Bakar Mohamad Diah (Timb. Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu) , Datuk Rais Yasin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu) dan saudara Khairulazni Baharuddin (Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Pantai Kundor) atas sumbangan yang dihulurkan. Sumbangan telah disalurkan kepada pendaftar-pendaftar vaksin Covid-19 di sekitar kawasan Pantai Puteri. Diharapkan agar sumbangan yg diberikan dapatlah serba sedikit menceriakan penerima di musim Lockdown 3.0 ini.

Syukur kehadrat Allah S.W.T. dari tinjauan yang dilakukan sewaktu kempen berjalan, rata-rata pendaftar vaksin terutamanya warga emas yang dibantu oleh Team Cawangan UMNO Pantai Puteri pada 12/6/2021 & 19/6/2021 ini telahpun mendapat temu janji bagi menerima suntikan vaksin di PPV sekitar Melaka Tengah.

Seluruh kempimpinan UMNO Cawangan Pantai Puteri mengharapkan agar kita dapat bersama-sama mencapai imuniti kelompok/Herd imunity dengan kadar segara!

21.6.2021 / 10 Zulqai'dah 1442H

Bersatu . Bersetia . Berkhidmat
UMNO Cawangan Pantai Puteri

Alhamdulillah. Hari ini, Team Cawangan UMNO Pantai Puteri turun padang membantu masyarakat setempat di Pantai Puteri mem...
12/06/2021

Alhamdulillah.

Hari ini, Team Cawangan UMNO Pantai Puteri turun padang membantu masyarakat setempat di Pantai Puteri membantu khususnya warga emas dalam proses pendaftaran pengambilan vaksin Covid-19.

Dari tinjauan yang dilakukan, masih banyak, khususnya golongan warga emas yang tidak tahu cara-cara pendaftaran pengambilan vaksin Covid-19. Dengan rasa penuh tanggungjawab, Cawangan UMNO Pantai Puteri pada hari ini turun padang bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Rata-rata individu yang dibantu hari ini amat gembira dan mengharapkan program pendaftaran ini akan berterusan sehingga seluruh komuniti setempat khususnya di pantai puteri dapat menerima vaksin Covid-19.

Diharapkan, pihak-pihak berkuasa dapat mengadakan program kempen pendaftaran vaksin Covid-19 ini secara besar-besaran dan menyeluruh agar kadar penerima vaksin dapat kita capai sehingga nilai yang maksimum.

12/6/2021 Bersamaan 1 Zulqai'dah 1442H

Bersatu . Bersetia . Berkhidmat
UMNO Cawangan Pantai Puteri

Address

Pantai Puteri
Kampong Tanjong Kling
76400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Pantai Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share