13/03/2018
BERMULANYA ISU AIR.....
Krisis air di Selagor bermula pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar memberitahu rakyat bahawa sumber bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga tahun 2020. Kenyataan ini dibuat tak lebih sekadar ingin meredakan tekanan dalam kalangan rakyat Selangor sambil menyembunyikan hakikat sebenar tentang krisis yang sedang melanda negeri ini.
PENDERITAAN RAKYAT.....
Sebailiknya pada tahun 2012, Timbalan Presiden Persatuan Bekalan Air Selangor (SWAn), Aldric Loong Kim Yew mengeluarkan amaran bahawa penduduk-penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis bekalan air yang teruk.
Beliau memetik data-data mingguan yang dikeluarkan oleh SYABAS dan Puncak Niaga iaitu operator agihan dan pengendalian pengeluaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menunjukkan permintaan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini kerana:
i) Pertumbuhan pesat di KL, Putrajaya dan Selangor
ii) Penggunaan tertinggi iaitu 209 liter/kapita Berdasarkan data-data tersebut, permintaan air secara purata di ketiga-tiga kependudukan ini meningkat ke tahap 4, 329 juta liter sehari berbanding kapasiti pengeluaran air maksimum semua.
iii) Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor yang hanya mampu membekalkan sehingga 4, 371 liter air sehari sahaja.
PERCATURAN POLITIK BERLAKU.....
Pada 27 Januari 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh mengumumkan peletakan jawatan sekaligus membuka ruang kepada satu pilihanraya kecil diadakan dalam usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar. Strategi yang dikenali sebagai Langkah Kajang ini antara lain bertujuan menaikkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de’ facto PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas beberapa keputusan pentadbiran Khalid Ibrahim yang dilihat semakin membelakangkan kehendak partinya sendiri.
Isu air menjadi lebih sukar lagi apabila MB Khalid Ibrahim menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru. Ini terbukti apabila isu tawaran membeli SPLASH sebanyak RM2.975 Billion yang dikemukakan oleh MB Selangor Datuk Sri Azmin Ali adalah10 kali ganda jumlahnya yang pernah di tawarkan oleh mantan MB Selangor Khalid Ibrahim sebanyak RM250 juta sahaja.
JALAN PENYELESAIAN TERBUKA LUAS.....
Isu air ini terus berlarutan dan lebih malang sekali apabila pihak kerajaan negeri Selangor tidak menunjukkan kesungguhan didalam menangani isu ini. Ini jelas sehingga Tan Sri Noh Omar terpaksa mencabar Azmin Ali supaya tampil membahaskan masalah bekalan air di negeri ini termasuk isu penstrukturan industri perkhidmatan air di Parlimen.
Tan Sri Noh dengan tegasnya berkata “jangan nak jadi jaguh bercakap di luar, kelirukan rakyat. Saya cabar MB Selangor bawa isu air dan penstrukturan ini ke Parlimen, berdepan dengan Menteri Ke TTHA. Jangan hanya beri alasan dan tuding jari menyalahkan pihak lain dalam isu ini.” Ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.
Sama-sama kita nantikan apakah penjelasan dari Azmin Ali dan beranikah beliau menyahut cabaran Tan Sri Noh Omar untuk membawa isu ini ke Parlimen.
www.bnselangor.net
Maafkan Kami, Doakan Kami...