Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang Department of Fisheries

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

25/05/2026
Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Puan Azimah Binti Ju...
22/05/2026

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Puan Azimah Binti Jumatli sebagai Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang. Semoga di bawah pimpinan puan industri perikanan di negeri ini terus maju.

PROGRAM MITIGASI IKAN ASING DI PERAIRAN NEGERI PULAU PINANGJalan Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang | 20 Mei 2026Pe...
20/05/2026

PROGRAM MITIGASI IKAN ASING DI PERAIRAN NEGERI PULAU PINANG

Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang | 20 Mei 2026

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Mitigasi Ikan Asing di Perairan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2026 bertempat di Perairan Sungai, Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Program ini diadakan sebagai usaha berterusan dalam mengawal populasi spesies ikan asing yang berpotensi mengganggu keseimbangan ekosistem perairan sungai di negeri ini.

Sepanjang program berlangsung, aktiviti penangkapan ikan asing telah dijalankan dengan penglibatan bersama Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya Cawangan Perikanan Darat,Institut Penyelidikan Glami Lemi,MPKK Bandar Cassia, Kariah Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia & komuniti nelayan setempat. Hasil daripada program tersebut, sebanyak 82.75 kilogram hasil tangkapan berjaya direkodkan melibatkan beberapa spesies ikan. Daripada jumlah tersebut, tangkapan Tilapia Hitam mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 65.95 kilogram, diikuti Tilapia Dagu Hitam (Blackchin) sebanyak 9.2 kilogram serta spesies lain sebanyak 7.6 kilogram.

Antara spesies lain yang berjaya ditangkap termasuk ikan Bulan, Kitang, Duri dan Siakap. Program seperti ini penting dalam membantu mengurangkan populasi ikan asing invasif yang boleh memberi kesan terhadap habitat semula jadi dan sumber perikanan tempatan sekiranya tidak dikawal.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memelihara kelestarian ekosistem perairan darat serta memastikan keseimbangan biodiversiti akuatik dapat dikekalkan secara mampan demi manfaat komuniti dan generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta yang telah meluangkan masa, tenaga dan memberikan komitmen sepanjang menjayakan Program Mitigasi Ikan Asing Negeri Pulau Pinang.






19 Mei 2026 - 20 Mei 2026 | Pangkalan Nelayan ChangkatSESI LIBAT URUS DAN GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN CHANGKA...
20/05/2026

19 Mei 2026 - 20 Mei 2026 | Pangkalan Nelayan Changkat

SESI LIBAT URUS DAN GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN CHANGKAT (MYKP) SEMPENA PROGRAM PENGUKUHAN KUMPULAN SASAR TAHUN 2026

Cawangan Pengembangan Perikanan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi libat urus dan gotong royong bersama komuniti nelayan Changkat. Program ini merupakan perjumpaan dua hala antara pihak Jabatan dan kumpulan sasar perikanan untuk menyampaikan maklumat terkini secara jelas dan perbincangan bersama bagi memajukan lagi industri perikanan. Program gotong royong dan memperindahkan lagi kawasan sekitar dengan penanaman pokok bunga dapat mengeratkan hubungan antara Jabatan dan komuniti nelayan setempat.

15 Mei 2026 | Pantai Kerachut, Telok Bahang  Program Pemantauan Khas Ketua Menteri Pulau Pinang ke Pusat Konservasi dan ...
19/05/2026

15 Mei 2026 | Pantai Kerachut, Telok Bahang

Program Pemantauan Khas Ketua Menteri Pulau Pinang ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP), Pantai Kerachut yang dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang yang Diiringi YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol serta delegasi yang terlibat.Program ini bertujuan meninjau operasi dan usaha konservasi penyu yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di Pantai Kerachut, selain memperkukuhkan agenda pemeliharaan alam sekitar, eko-pelancongan, pendidikan awam dan pembangunan lestari di negeri Pulau Pinang.
Dalam lawatan tersebut, YAB Ketua Menteri turut dimaklumkan bahawa kawasan pantai di bahagian barat Pulau Pinang seperti Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Teluk Ketapang dan Teluk Kampi merupakan kawasan utama pendaratan penyu Agar dan Lipas serta kawasan sensitif dari sudut ekologi kerana kurang gangguan cahaya dan bunyi bising. Usaha konservasi penyu di Pantai Kerachut telah dilaksanakan secara konsisten sejak tahun 1995 hasil kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Kerajaan Negeri dan komuniti setempat. Sejak tahun 2021 sehingga kini, lebih 15,000 anak penyu berjaya ditetaskan dan dilepaskan semula ke laut melalui program konservasi yang dijalankan di pusat ini.
Selain itu, pusat ini turut mencatat peningkatan jumlah pelawat tempatan dan antarabangsa dari tahun ke tahun sekali gus membuktikan potensi besar Pantai Kerachut sebagai aset eko-pelancongan bertaraf antarabangsa yang unik di Pulau Pinang.
Turut dibincangkan ialah cabaran semasa konservasi penyu seperti pencemaran sampah sarap di laut, gangguan manusia, penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang, perubahan cuaca serta pembangunan pesisir pantai. Bagi memperkukuhkan usaha pemuliharaan, pelbagai inisiatif akan terus dipertingkatkan termasuk program pendidikan konservasi, kesedaran awam, kerjasama bersama NGO serta penyelidikan bersama institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan.
Sebagai simbolik sokongan terhadap usaha konservasi marin di negeri Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang turut melepaskan sebanyak 50 ekor anak penyu Agar ke laut sempena program tersebut.
Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkasakan usaha konservasi penyu demi kelestarian khazanah marin untuk generasi akan datang.

13 Mei 2026 | Butterworth LAWATAN PENDARATAN TUNA DI DERMAGA AIR DALAM, BUTTERWORTH, PULAU PINANGYang Amat Mulia Tengku ...
16/05/2026

13 Mei 2026 | Butterworth

LAWATAN PENDARATAN TUNA DI DERMAGA AIR DALAM, BUTTERWORTH, PULAU PINANG

Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dan Yang Mulia Tengku Puan Laksamana Perlis, Dato’ Paduka Datin Seri Sharipah Hishmah Shahabudin telah mengadakan lawatan ke Dermaga Dalam, Pulau Pinang pada 13 Mei 2026 bagi meninjau proses pendaratan ikan tuna bagi vesel Ibu Wira 7 yang di daftarkan di negeri ini dan cara kerja yang dilaksanakan sepanjang operasi pendaratan berlangsung.
Sepanjang lawatan tersebut, beliau dan rombongan telah diberikan penerangan mengenai proses pengendalian hasil tangkapan tuna, kaedah pemunggahan, kawalan kualiti serta aspek keselamatan pekerja ketika operasi dijalankan di pelabuhan.
Lawatan ini juga memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri kecekapan Jabatan Perikanan serta peranan penting Penang Port dalam menyokong industri perikanan dan logistik negara.
Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah YBhg. Dato' Hj. Muhazli Bin Hj. Muhamad (Presiden Kumpulan Syarikat Glide), Tuan Khirel Anuar Bin Ismail (Setiausaha sulit Tengku Syarif Laksamana Perlis), Yang Mulia Raja Hilmy bin Raja Idris, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH DI PANGKALAN TAMAN ILMUPangkalan Taman Ilmu, Nibong Tebal, Pulau Pinang | 14 Mei 202...
15/05/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH DI PANGKALAN TAMAN ILMU

Pangkalan Taman Ilmu, Nibong Tebal, Pulau Pinang | 14 Mei 2026

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Pelepasan Benih Udang Galah pada 14 Mei 2026 bertempat di Pangkalan Taman Ilmu, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif pemuliharaan dan penambahbaikan sumber perikanan darat khususnya bagi spesies udang galah di perairan Sungai Kerian dan kawasan sekitarnya.Sebanyak 58,800 ekor benih udang galah bersaiz PL25 telah dilepaskan sepanjang program berlangsung. Pelepasan benih ini bertujuan meningkatkan populasi udang galah di habitat semula jadi selain membantu memastikan kelestarian sumber perikanan darat untuk manfaat komuniti nelayan dan masyarakat setempat.Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam usaha memperkukuh pengurusan sumber perikanan secara mampan di samping memelihara keseimbangan ekosistem perairan darat. Inisiatif seperti ini diharap dapat memberi impak positif terhadap kelangsungan sumber perikanan serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.






PROGRAM KAJIAN INVENTORI PERIKANAN DARAT DI PANGKALAN TAMAN ILMU, SUNGAI KERIAN, PULAU PINANGPangkalan Taman Ilmu, Nibon...
15/05/2026

PROGRAM KAJIAN INVENTORI PERIKANAN DARAT DI PANGKALAN TAMAN ILMU, SUNGAI KERIAN, PULAU PINANG

Pangkalan Taman Ilmu, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan | 11 – 13 Mei 2026

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Kajian Inventori Perikanan Darat yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2026 bertempat di Pangkalan Taman Ilmu, Sungai Kerian, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Program ini diadakan sebagai usaha mengenal pasti dan merekodkan spesies ikan yang terdapat dalam ekosistem Sungai Kerian serta mendapatkan data berkaitan biodiversiti perikanan darat di kawasan tersebut.Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti kajian lapangan telah dijalankan termasuk kerja-kerja persampelan ikan, pengumpulan data spesies serta pemantauan habitat perikanan darat di sekitar Sungai Kerian. Sebanyak 15kg ikan pelbagai spesies telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kajian inventori ini penting bagi membantu pihak jabatan memperoleh maklumat terkini berkaitan kepelbagaian spesies ikan dan status sumber perikanan darat di kawasan berkenaan.Pelaksanaan program ini juga mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam usaha pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan darat secara mampan. Data dan maklumat yang diperoleh melalui kajian ini diharap dapat membantu dalam perancangan pengurusan sumber perikanan, pemeliharaan habitat serta memastikan kelestarian ekosistem sungai untuk manfaat generasi akan datang.






14 Mei 2026 | Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang*KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA*Sebutharga adalah dipelawa kepada pembe...
15/05/2026

14 Mei 2026 | Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

*KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA*

Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi perkara yang berikut:

Sebutharga Cadangan Kerja-kerja Menaiktaraf Pagar Perimeter Kawasan di Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang

Tarikh Taklimat: 19 Mei 2026
Tempat: Bilik Mesyuarat Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung
Jam: 10.00 pagi

Tarikh Tutup Sebutharga: 26 Mei 2026 (Selasa)
Jam: 12.00 PM

Mohon rujuk maklumat terperinci pada kenyataan yang telah dikemukakan.

Sekian, terima kasih.

Address

Jalan Akuarium
Kampong Sungai Gelugor
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046572777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang:

Share