PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA Halaman ini merupakan halaman rasmi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Pulau Pinang

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—น. ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒGELUGOR, 27 April 2026 - Telah berlangsung Mes...
27/04/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—น. ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

GELUGOR, 27 April 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Bilangan 4 bagi tahun 2026.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan dihadiri oleh barisan kakitangan pejabat. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah perancangan program-program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping memperkemas aspek pentadbiran pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.

Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini diharapkan dapat memperkukuh gerak kerja pasukan serta memastikan setiap program yang dirancang dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Tahniah Kelab Olahraga URBP @ Perlis International Marathon 2026
25/04/2026

Tahniah Kelab Olahraga URBP @ Perlis International Marathon 2026

Alhamdullilah Syukur! Finisher HM Perlis International Marathon 2026

Tahniah Datoโ€™ Azizulhasni Awang
25/04/2026

Tahniah Datoโ€™ Azizulhasni Awang

Kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Anugerah Perdana Belia Negara ๐Ÿ”ฅโœจKejayaan tidak datang bergolek. Ia lahir dari usaha yang berterusan, keinginan yang memb...
25/04/2026

Anugerah Perdana Belia Negara ๐Ÿ”ฅโœจ

Kejayaan tidak datang bergolek. Ia lahir dari usaha yang berterusan, keinginan yang membara dan semangat yang tidak pernah luntur. ๐Ÿ’ช

Kini, giliran anda p**a untuk melakar kejayaan. APBN Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 menanti pencalonan anda. ๐Ÿ’ป

Hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya di talian 04-6689474 untuk maklumat lanjut. โ˜Ž๏ธ๐Ÿ“ž

24/04/2026

Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 ๐ŸŒพ๐ŸŒฑ

Kami kongsikan satu program pengurusan kewangan yang akan dijalankan di daerah Barat Daya๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขJom sertai:โœจGENERASI BIJAK ME...
24/04/2026

Kami kongsikan satu program pengurusan kewangan yang akan dijalankan di daerah Barat Daya๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Jom sertai:
โœจGENERASI BIJAK MENGURUS KEWANGAN๐ŸŒฟโœจ
"Bijak Urus Wang, Cerah Masa Depan"

๐Ÿ—“ 26 April 2026 (Ahad)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan SMK Pondok Upeh, Balik Pulau
https://maps.app.goo.gl/npfLhJemaUkNTija8?g_st=ic

Apa yang anda akan dapat?
๐Ÿ’ธ Tips urus kewangan dari usia muda
๐Ÿšซ Cara elak hutang tidak perlu
๐Ÿ“ˆ Bina masa depan lebih stabil & yakin

๐ŸŽค Panel jemputan inspirasi & berpengalaman
๐ŸŽ Sijil penyertaan + goodies + cabutan bertuah lumayan!
๐ŸŒธ Tema: Matcha Strawberry (Jika Ada)

Scan QR code di poster untuk daftar sekarang ๐Ÿ‘‡
https://shorturl.at/hZkn0

Jom jadi generasi yang bijak urus kewangan! ๐Ÿ’–

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—œ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—”๐—ฉ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—˜๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒGELUGOR, 22 April 2026 - Pejabat Be...
24/04/2026

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—œ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—”๐—ฉ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—˜๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

GELUGOR, 22 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada En. Coolman Khoo, Pengarah I Smart AV Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan acara, dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung hari ini.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhamad Fahim bin Suhaimi. Sesi ini memberi fokus kepada penerangan awal berkaitan perancangan penganjuran acara sukan berkonsepkan larian ultra, Balik Pulau Endurance 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai akan datang.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya amat mengalu-alukan inisiatif penganjuran program seumpama ini yang mampu memperkasa gaya hidup sihat serta merancakkan lagi pembangunan sukan di peringkat daerah.

**au

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ก๐—ฒ๐˜๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—–๐—น๐˜‚๐—ฏ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—•๐—ฆ๐—— ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎGELUGOR, 23 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bara...
23/04/2026

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ก๐—ฒ๐˜๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—–๐—น๐˜‚๐—ฏ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—•๐—ฆ๐—— ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎ

GELUGOR, 23 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini menerima kunjungan daripada Presiden Balik Pulau Netball Club, Pn. Haniza bagi sesi perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhamad Fahim bin Suhaimi.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan teknikal penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek penyelarasan pertandingan, pengurusan pasukan serta pelaksanaan program yang lebih tersusun dan berimpak kepada komuniti setempat.

Selain itu, pihak kelab turut mendapatkan penerangan lanjut berkaitan permohonan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan, sebagai usaha memperkukuh penglibatan serta pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Diharapkan kerjasama ini dapat memastikan penganjuran liga berjalan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam memperkasakan sukan bola jaring di daerah Barat Daya.

**au

PEMAKLUMAN ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขNotis Penutupan Sementara bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Dewan Muhibah dan Dewan Wira Kompleks Belia dan ...
22/04/2026

PEMAKLUMAN ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Notis Penutupan Sementara bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Dewan Muhibah dan Dewan Wira Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.

Makluman kepada semua pengguna Kombes Pulau Pinang, tempahan dan bayaran kemudahan Dewan Muhibah (Gelanggang Terbuka Pelbagai Guna) dan Dewan Wira (Gelanggang Bola Tampar) akan dihentikan sementara mulai 22 April 2026 sehingga 31 Ogos 2026 di Sistem Tempahan Fasiliti dan penutupan sementara operasi kedua-dua dewan akan dihentikan penggunaannya mulai 11 Mei 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilaksanakan.
Kepada pengguna yang telah melakukan tempahan dan selesai bayaran tempahan tuan / puan akan dibawa ke hadapan setelah kerja-kerja penyelenggaraan selesai sepenuhnya. Sila hubungi Pejabat Kombes untuk sebarang pertanyaan lanjut.

๐Ÿ”ฅ ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—š๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ถ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ !๐Ÿ†Berita baik untuk seluruh warga Pula...
21/04/2026

๐Ÿ”ฅ ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—š๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ถ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ !๐Ÿ†

Berita baik untuk seluruh warga Pulau Pinang! Kami menjemput hangpa semua untuk menyertai cabaran sukan paling dinanti-nantikan tahun ini. Kumpulkan pasukan, asah bakat yang ada dan tunjukkan kehebatan sebenar di gelanggang!

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)

๐Ÿ… Acara dipertandingkan:
๐ŸBola Tampar Lelaki
โšฝ๏ธFutsal Lelaki
๐ŸBola Jaring Wanita

๐Ÿ’ฐ Hadiah Wang Tunai Lumayan! (Bagi setiap acara) :
๐Ÿฅ‡ Johan: RM500
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM300
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga Bersama: RM200

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bergelar juara dan meriahkan semangat kesukanan komuniti kita! Slot mungkin terhad, jadi cepat-cepat kumpul rakan sepasukan hangpa.

๐Ÿ’ธ Yuran Komitmen: Hanya RM50 sahaja setiap pasukan!

๐Ÿ‘‰ Cara Mendaftar: Sila klik pautan di bawah atau imbas kod QR yang tertera pada poster untuk menghantar penyertaan pasukan anda sekarang:
๐Ÿ”— https://forms.gle/h9VKhThFb99zvdKF8

**au

Address

D/A Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Jalan Sultan Azlan Shah
Kampong Sungai Gelugor
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048668244

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA:

Share