Persatuan Ziarah Sahabat Kanser

Persatuan Ziarah Sahabat Kanser Program Amal Bagi Merealisasikan Impian Anak-anak Kanser Dan Ziarah Sambil Memberi Motivasi Buat Sahabat Kanser.

Tok Abah kongsi apa hari ini...Ini yang akan Tok Abah akan coretkan didalam grup ini...Tok Abah akan banyakkan posting-p...
13/08/2026

Tok Abah kongsi apa hari ini...
Ini yang akan Tok Abah akan coretkan didalam grup ini...
Tok Abah akan banyakkan posting-posting berkaitan kanser yang lebih kepada perkongsian motivasi dan informasi...
Bukan tentang rawatan atau perubatan... Tok Abah bukan seorang doktor tetapi perkongsian Tok Abah dari kacamata seorang pesakit yang pernah menjalani rawatan...
Dari kacamata seorang pejuang kanser yang pernah berjuang melawan kanser dan berjuang selepas rawatan...
Dari kacamata seorang aktivis kanser yang telah menziarahi sahabat-sahabat kanser...
Jom ikuti di pages persatuan ziarah sahabat kanser...
Follow link dibawah...
Boleh follow fb/TikTok media sosial Tok Abah

https://www.facebook.com/share/1Lp7kcJ6AT/

https://www.tiktok.com/?_t=8WTDJKzqncQ&_r=1

Untuk rujukan aktiviti persatuan Ziarah Sahabat Kanser dan Tok Abah... Boleh add atau follow medsos Tok Abah...
Terima kasih

Tok Abah sekadar berkongsi...Tujuan perkongsian ini bukan untuk menunjukkan kehebatan atau kebanggaan buat diri Tok Abah...
12/08/2026

Tok Abah sekadar berkongsi...
Tujuan perkongsian ini bukan untuk menunjukkan kehebatan atau kebanggaan buat diri Tok Abah tetapi sekadar perkongsian buat semua sahabat-sahabat didalam grup ini untuk dijadikan inspirasi didalam perjuangan ini... Berkongsi semangat dan inspirasi...
Ini kisah Tok Abah...
2 tahun didalam rawatan dan pemulihan kesan rawatan banyak mengajar Tok Abah erti pengorbanan dan perjuangan...
Dalam keadaan fizikal dan mental yang masih lemah dan kesakitan... Allah gerakkan Tok Abah untuk lakukan sesuatu yang diluar kotak fikiran Tok Abah...
Tok Abah mulakan ziarah sahabat-sahabat yang pernah bersama dalam rawatan... Dari menziarahi mereka Tok Abah mendapat permintaan untuk menziarahi mereka yang Tok Abah tidak pernah kenal atau jumpa...
Menziarahi seorang anak kecil yang menghidap kanser tulang adalah permulaan dan bermulanya Persatuan Ziarah Sahabat Kanser ...
Dan itu juga lahirnya program menunaikan impian anak-anak kanser...
Sewaktu Tok Abah cuba menunaikan impian anak ini Tok Abah tiada persatuan... Tiada dana dan tiada apa-apa kerana waktu itu Tok Abah sendiri memerlukan bantuan...
Tetapi apabila Tok Abah bertemu anak ini dan dia ada impian Tok Abah tidak cuba untuk menolak atau melupakan permintaan nya...
Pelbagai usaha Tok Abah lakukan dan Tok Ma paling banyak berkorban untuk menyokong usaha Tok Abah untuk kami bergerak didalam usaha ini...
Sewaktu itu Tok Abah langsung tidak memikirkan tentang keadaan Tok Abah...
Alhamdulillah Allah permudahkan usaha Tok Abah walaupun ada beberapa cabaran dan ujian yang menimpa kami sepanjang usaha menjadikan impiannya satunya kenyataan...
Bermulanya impian seorang anak kanser yang ingin merasai menaiki sebuah jentera impiannya akhirnya tertubuhnya persatuan ziarah sahabat kanser yang berjaya menunaikan impian 9 orang anak kanser...
Walaupun 4 daripada anak-anak ini telah tiada... Tok Abah lega kerana sebelum mereka pergi selamanya impian mereka dapat ditunaikan...
Perkongsian ini bukan tentang usaha Tok Abah dan persatuan tetapi yang Tok Abah hendak kongsikan kepada semua sahabat-sahabat yang sedang berjuang melawan kanser lakukan sesuatu mengikut kemampuan masing-masing... Kadangkala tindakan yang kecil semasa kita sedang berjuang melawan kanser akan menjadi kesan yang besar buat kita...
Allah bagi Tok Abah peluang kali kedua dalam kehidupan ini mungkin inilah sebabnya dan Tok Abah masih berjuang melawan kesakitan...
Tok Abah bukan siapa-siapa tetapi Allah hantar insan-insan hebat untuk membantu Tok Abah didalam usaha ini...
Tidak perlu kaya untuk membantu kerana belum tentu apabila kaya kita mampu untuk memberi...
Jangan minta dengan manusia kerana belum tentu manusia akan datang untuk membantu tetapi mohon pada Allah dan sudah tentu Allah tidak akan datang kepada kita tetapi Allah akan hantar hambanya untuk membantu...
Setiap senyuman anak-anak yang kami dapat tunaikan impian mereka memberi seribu makna buat Tok Abah...
Program terakhir menunaikan impian ialah pada tahun 2025 persatuan ziarah sahabat kanser dapat membawa 2 orang anak kanser bersama keluarga mereka menaiki kapal terbang dan bercuti di Langkawi...
Kadangkala impian mereka tidak besar tetapi impian itu menjadi sangat mewah bila mereka dapat mencapainya...
Jadi kepada semua sahabat-sahabat Tok Abah didalam grup ini sentiasa positif dan teruskan perjuangan kerana kadangkala kita tidak tahu setiap perjalanan kehidupan ini apakah yang Allah telah rencanakan...
Kita hanya teruskan kehidupan kerana kanser bukan penamat dalam kehidupan tetapi permulaan baru dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik...
Ziarah Tanpa Sempadan

11/08/2026

πŸ’œ DOAKAN YANG BAIK-BAIK…

Mohon sahabat semua titipkan doa buat sahabat kita ini. 🀲

Minggu depan beliau akan menjalani pembedahan usus.

Bukan mudah melalui perjalanan sebagai seorang pejuang kanser. Ada rasa sakit, ada kebimbangan, ada air mata β€” tetapi dalam setiap ujian itu, insya-Allah sentiasa ada ruang untuk doa, kekuatan dan harapan.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan pembedahannya. Berikan ketenangan dan kekuatan kepadanya serta keluarganya. Kurniakan kebijaksanaan kepada pasukan doktor yang merawat dan jadikanlah rawatan ini asbab kepada kesembuhan yang sempurna. 🀲

110 pesakit kanser dikesan setiap hari.
Di sebalik setiap angka, ada seorang insan. Ada sebuah keluarga. Ada sebuah perjuangan.

Sebab itu kita teruskan usaha Persatuan Ziarah Sahabat Kanser β€” hadir, menziarahi, memberi semangat dan mengingatkan mereka bahawa mereka tidak berjuang sendirian.

πŸ’œ Doakan yang baik-baik.
Semoga yang baik-baik juga kembali kepada kita semua.







11/08/2026

πŸ’œ TERIMA KASIH USTAZ HANAFI MALEK | ZIARAH 5 SAHABAT KANSER

Alhamdulillah, satu lagi misi kasih dan kemanusiaan dapat dilaksanakan dengan menziarahi 5 orang Sahabat Kanser yang sedang melalui ujian kehidupan yang cukup besar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Ustaz Hanafi Malek yang sudi bersama-sama turun padang, meluangkan masa, berkongsi kata-kata semangat, doa dan kekuatan buat para pejuang kanser serta keluarga mereka. πŸ€²πŸ’œ

Kanser bukan penyakit yang mudah.
Kanser juga bukan penyakit yang murah.

Di sebalik perjuangan melawan penyakit ini, ada kos rawatan, ubat-ubatan, perjalanan ke hospital, keperluan harian dan pelbagai beban lain yang perlu ditanggung oleh pesakit serta keluarga.

Kadangkala mereka tidak meminta banyak. Mereka cuma mahu tahu bahawa mereka tidak berjuang sendirian.

Sebab itulah kita hadir. Kita ziarah. Kita dengar. Kita beri semangat. Dan semampu kita, kita bantu meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu Sahabat Kanser.
Walaupun sedikit sumbangan daripada kita, mungkin besar ertinya buat mereka yang sedang berjuang.

Semoga setiap langkah ziarah ini menjadi asbab hadirnya kekuatan, harapan dan senyuman buat mereka. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan serta memberi kekuatan kepada semua pejuang kanser dan keluarga mereka.

Teruskan ziarah. Teruskan peduli. Teruskan memberi harapan. πŸ’œ








Address

Telok Panglima Garang
Kampong Sijangkang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ziarah Sahabat Kanser posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Ziarah Sahabat Kanser:

Shortcuts

Share

Category