MPN Keadilan Terengganu

MPN Keadilan Terengganu Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Terengganu Sesi 2022 - 2025

26/04/2026
Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen KEADILAN Terengganu yang dipengerusikan oleh Dr Zainudin Awang Omar, Pengerusi MPN Ter...
09/04/2026

Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen KEADILAN Terengganu yang dipengerusikan oleh Dr Zainudin Awang Omar, Pengerusi MPN Terengganu.

Di hari kemenangan ini, kita eratkan silaturrahim, kita lupakan perbezaan dan kita bina kekuatan bersama demi rakyat dan...
20/03/2026

Di hari kemenangan ini, kita eratkan silaturrahim, kita lupakan perbezaan dan kita bina kekuatan bersama demi rakyat dan negeri tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Barisan Kepimpinan Majlis Pimpinan Keadilan Terengganu

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN NEGERI TERENGGANU Isu Penahanan Exco Terengganu: Integriti Pentadbiran Mesti Dipertahank...
23/02/2026

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN NEGERI TERENGGANU

Isu Penahanan Exco Terengganu: Integriti Pentadbiran Mesti Dipertahankan.

AIMAN WAN ALIAS
Ketua Penerangan
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu

23 Februari 2026

https://www.suarakeadilan.my/post/isu-penahanan-exco-mb-t-ganu-perlu-pertahan-integriti-pentadbiranPenahanan seorang Exc...
23/02/2026

https://www.suarakeadilan.my/post/isu-penahanan-exco-mb-t-ganu-perlu-pertahan-integriti-pentadbiran

Penahanan seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa disifatkan sebagai tamparan serius terhadap kredibiliti pentadbiran negeri.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, *Aiman Wan Alias* berkata, isu tersebut bukan sekadar melibatkan individu, sebaliknya menyentuh soal budaya tadbir urus serta tahap akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Isu ini bukan sekadar melibatkan individu, tetapi menyentuh budaya tadbir urus dan tahap akauntabiliti pentadbiran.

"KEADILAN Terengganu menegaskan bahawa Exco berkenaan wajar digantung tugas atau dicutikan sementara siasatan dijalankan, bagi memastikan proses berjalan secara bebas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar merangkap Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu perlu tampil menyatakan pendirian rasmi berhubung isu tersebut.

*Jabatan Penerangan KEADILAN Terengganu*

Ramadan bakal menjengah tiba.Bulan yang mendidik jiwa, menyatukan hati dan mengajar kita erti sabar serta keikhlasan dal...
18/02/2026

Ramadan bakal menjengah tiba.

Bulan yang mendidik jiwa, menyatukan hati dan mengajar kita erti sabar serta keikhlasan dalam berkhidmat.

Marhaban Ya Ramadan.

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keberkatan dan kekuatan buat kita semua.

Selamat Tahun Baru Cina 2026Gong Xi Fa Cai.Semoga tahun ini membawa kemakmuran yang berpanjangan, kesihatan yang baik da...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026

Gong Xi Fa Cai.

Semoga tahun ini membawa kemakmuran yang berpanjangan, kesihatan yang baik dan kejayaan dalam setiap amanah yang dipikul.

Moga semangat perpaduan terus kukuh, dan kita melangkah ke hadapan dengan tekad membina masa depan yang lebih sejahtera untuk semua.

Ikhlas daripada : Pengerusi & Majlis Pimpinan Keadilan Terengganu

Pandangan yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada petang semalam, 3 Januari, wajar dilihat sebagai sebahagian daripa...
04/01/2026

Pandangan yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada petang semalam, 3 Januari, wajar dilihat sebagai sebahagian daripada dinamika perbincangan dan perbezaan pandangan yang lazim berlaku dalam mana-mana gabungan politik yang bersifat inklusif.

Kerajaan Perpaduan yang terbentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan hasil kesepakatan parti-parti politik yang berbeza latar dan ideologi, namun berkongsi komitmen bersama untuk memastikan kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat. Sepanjang tempoh ini, kerjasama antara rakan-rakan gabungan telah menyumbang kepada suasana politik yang lebih stabil dan pemulihan ekonomi negara di bawah kerangka Kerajaan MADANI.

Dalam konteks tersebut, sebarang pandangan atau cadangan yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak sewajarnya ditangani secara berhemah, berlandaskan semangat muafakat serta saling menghormati antara rakan gabungan. Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang normal dan boleh menjadi ruang untuk penambahbaikan, asalkan ia disalurkan melalui saluran yang konstruktif dan tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, adalah penting untuk semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terus mengutamakan komunikasi yang matang, selari dengan pendirian dan hala tuju pimpinan utama parti masing-masing, demi memastikan fokus kerajaan kekal kepada agenda reformasi, kestabilan politik dan kebajikan rakyat.

Akhirnya, kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memelihara keharmonian negara serta memastikan Malaysia terus ditadbir secara berintegriti, berwibawa dan berteraskan kepentingan rakyat.

Dr Mohd Johari Mohamad
Timbalan Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu

Penggantian Asrama Yayasan Terengganu Kemaman kepada Sekolah Menengah Imtiaz Swasta: Akses Pendidikan B40 Perlu Dijamin....
16/12/2025

Penggantian Asrama Yayasan Terengganu Kemaman kepada Sekolah Menengah Imtiaz Swasta: Akses Pendidikan B40 Perlu Dijamin.

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu memandang serius cadangan penggantian Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) kepada Sekolah Menengah Imtiaz (Swasta) dan berpandangan bahawa langkah ini tidak wajar disokong selagi tiada jaminan jelas bahawa pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya golongan B40, akan terus mendapat peluang pendidikan yang adil dan setara.

Asrama Yayasan Terengganu selama ini berperanan sebagai instrumen mobiliti sosial yang penting kepada pelajar luar bandar dan keluarga B40 dengan menyediakan kemudahan asrama dan sokongan pendidikan yang mampu diakses. Penggantian kepada institusi berstatus swasta menimbulkan persoalan serius berkaitan kemampuan ibu bapa menanggung kos yuran, penginapan dan perbelanjaan lain yang lazimnya lebih tinggi berbanding institusi pendidikan awam atau separa awam.

Walaupun permintaan ke Sekolah Menengah Imtiaz dilaporkan mencecah sekitar 5,000 permohonan setiap tahun, jumlah permohonan yang tinggi tidak boleh dijadikan alasan untuk memperkenalkan model pendidikan yang berpotensi mengehadkan akses kepada golongan kurang berkemampuan. Pendidikan berkualiti tidak seharusnya menjadi hak eksklusif kepada mereka yang mampu, sebaliknya perlu dijamin secara inklusif kepada seluruh rakyat Terengganu.

Lebih membimbangkan, kerajaan negeri sendiri telah menyatakan semasa pembentangan Belanjawan Terengganu 2026 bahawa negeri mencatat lebihan kewangan sebanyak RM1.938 bilion. Persoalan yang wajar ditanya ialah: lebihan besar ini digunakan untuk tujuan apa, dan mengapa ia tidak dimanfaatkan untuk mengekalkan serta memperkukuh kemudahan pendidikan awam seperti Asrama Yayasan Terengganu demi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk pelajar B40 terus terjamin?

KEADILAN Terengganu menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu menjelaskan secara terbuka pelan penggunaan lebihan belanjawan ini, termasuk justifikasi mengapa pilihan dibuat untuk beralih kepada model pendidikan swasta sedangkan negeri mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh untuk memperkukuh sistem pendidikan awam dan kebajikan pelajar kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, KEADILAN Terengganu mencadangkan agar kerajaan negeri menilai semula keputusan ini dan mempertimbangkan pendekatan yang lebih inklusif, sama ada dengan mengekalkan fungsi awam Asrama Yayasan Terengganu atau mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA). Model kerjasama seperti MRSM–Yayasan Terengganu yang pernah dilaksanakan sebelum ini membuktikan bahawa pendidikan berkualiti boleh diperluaskan tanpa mengorbankan prinsip keadilan sosial.

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu percaya bahawa dasar pendidikan negeri mesti berpaksikan kebajikan pelajar, kesaksamaan peluang dan penggunaan sumber kewangan negeri secara bertanggungjawab. Masa depan anak-anak Terengganu, khususnya daripada keluarga B40, tidak boleh dipertaruhkan melalui dasar yang berisiko melebarkan jurang pendidikan.

DR ZAINUDDIN BIN AWANG @ OMAR
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Terengganu

16 Disember 2025

Selamat menduduki peperiksaan SPM buat semua pelajar yang mendudukinya. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjawa...
25/11/2025

Selamat menduduki peperiksaan SPM buat semua pelajar yang mendudukinya. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan.

Address

Kampong Pinang Baik

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPN Keadilan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share