14/06/2026
Kuih Loklik β Warisan Manis Terengganu π΄
Lembut, manis dan berlemak, itulah keunikan Kuih Loklik yang menjadi antara kuih tradisional kebanggaan rakyat Terengganu. Dihasilkan daripada gabungan tepung pulut, kelapa muda parut dan manisan nisan atau gula Melaka, kuih ini bukan sahaja enak dinikmati malah melambangkan kekayaan warisan kulinari negeri.
π₯₯ Teksturnya yang lembut serta disaluti kelapa parut menjadikan Kuih Loklik pilihan ramai sebagai hidangan minum petang dan pencuci mulut.