05/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐A๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
5 Mac 2026 |Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berangkat ke Majlis kurniaan Hari Raya, berbuka puasa dan Solat Tarawih di Masjid Bandar Permaisuri, Setiu. Turut mengiringi Paduka Adinda, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Datoโ Sri Muhammad Muaโaz.
Kurniaan adalah berbentuk wang tunai, persalinan pakaian dan Hamper Kurma adalah sempena Sambutan Aidilfitri yang tiba tidak lama lagi. Seramai 100 pelajar sekolah Menengah dan Rendah dan 200 Asnaf fakir miskin telah menerima Kurnian Agihan Raya melibatkan Daerah Setiu dan Besut.
Keberangkatan Baginda disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datoโ Haji Mohd Nor Hamzah yang hadir mewakili YAB Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham dan YBhg. Datoโ Ab Rasid Jusoh, Pengarah Tanah & Galian Terengganu.
Turut iringi Baginda YBrs. Tuan Haji Yusaini Amir Bin Mohamad Nor, Pegawai Daerah Setiu dan YBrs. Encik Ahmad Rizal Bin Mamat, Pegawai Daerah Besut.
Majlis turut diserikan dengan Majlis berbuka puasa bersama-sama penerima Kurniaan serta Solat Tarawih bersama berjemaah Masjid Bandar Permaisuri.