24/02/2025
24 Februari 2025 (Isnin)
Rumah Ngaji: Martabat Orang Berpuasa
Imam Ghazali mengklasifikasikan martabat dan darjat puasa ini kepada tiga bahagian:
1. Puasa al-Umum iaitu hanya menahan perut dan syahwatnya daripada tuntutan nafsunya sahaja. Ini dikhususkan kepada golongan puasa awwam
2. Puasa al-Khusus iaitu menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan serta seluruh panca inderanya daripada melakukan kemaksiatan dan dosa. Dan martabat puasa ini adalah puasa para Solihin. Mereka ini menundukkan pandangan daripada apa yang membalikkan hatinya daripada mengingati Allah SWT. Menjaga percakapan daripada berbohong, mngumpat, mencela dan memaki. Dan mereka selalu memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.
3. Puasa Khusus al-Khusus iaitu menjaga hatinya daripada mengingati hal keduniaan. Dan menumpukan sepenuh hatinya hanya kepada Allah SWT dan hari akhirat. Dan memikirkan dunia hanya untuk tuntutan agama sahaja. Dan ini merupakan puasa para Anbiaโ, Sadiqin dan Muqarrabin.
Selain itu Imam Ghazali juga menyatakan perkara yang harus dilakukan ketika berpuasa bagi menjaga serta meningkatkan amalan, di antaranya ialah:
Menundukkan pandangan daripada melakukan kemaksiatan dan tidak melihat kepada perkara yang membalikkan hatinya daripada Allah SWT.
Menjaga percakapan daripada bercakap perkara yang sia-sia, berbohong, mengumpat dan mencela. Serta lazim memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT.
Menjaga pendengaran daripada perkara yang dilarang. Ini kerana bagi setiap perkara yang haram diucapkan maka haram juga didengar.
Menjaga panca indera daripada melakukan dosa dan maksiat. Begitu juga melakukan perkara yang syubhat ketika berbuka puasa. Puasa tidak menjadi bermakna sekiranya berbuka puasa dengan pembaziran. (Lihat: Ihyaโ Ulum al-Din, 1/234-235)
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3453:irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-150-adakah-terdapat-darjat-tingkatan-bagi-orang-yang-berpuasa-ramadhan&catid=92&Itemid=423&lang=ms