Majlis Daerah Pasir Puteh

Majlis Daerah Pasir Puteh LAMAN RASMI MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH Jajahan Pasir Puteh wujud sejak tahun 1905 dan mempunyai keluasan 433.8 kilometer persegi (167.2 batu persegi).

Jajahan ini merupakan jajahan yang kelima luasnya berbanding dengan jajahan-jajahan lain di dalam negeri Kelantan. Jajahan ini bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah Utara, jajahan Machang di sebelah Barat, jajahan Bachok di sebelah Timur Laut dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Besut, negeri Terengganu.

31/05/2026

Hentikan sikap tidak bertanggungjawab. Membakar tong sampah awam bukan sahaja satu kesalahan, malah membebankan kos penyelenggaraan dan merugikan masyarakat.

Kemudahan awam bukan untuk dimusnahkan. Marilah kita bersama memelihara tong sampah yang disediakan demi kebersihan dan keselamatan kawasan.

Lokasi : Tong Sampah di Jalan ke PPD, Pasir Puteh.

30/05/2026

Ops Kebersihan Hari Raya AidilAdha yang ke-26.



25 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci longkang di kawasan jalan masuk ke Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh.
26/05/2026

25 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci longkang di kawasan jalan masuk ke Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh.



𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 kepada seluruh umat Islam.
25/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 kepada seluruh umat Islam.





23 Mei 2026 | Sabtu | Kerja-kerja mencuci kawasan di sekitar Hadapan Sek. Men. Sains Pasir Puteh, Jalan Jeram Pasu, Pasi...
24/05/2026

23 Mei 2026 | Sabtu | Kerja-kerja mencuci kawasan di sekitar Hadapan Sek. Men. Sains Pasir Puteh, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh.



23 Mei 2026 | Sabtu | Kerja-kerja membersih sampah di sekitar kawasan tong sampah di Belakang Pej. Pertanian Daerah Pasi...
23/05/2026

23 Mei 2026 | Sabtu | Kerja-kerja membersih sampah di sekitar kawasan tong sampah di Belakang Pej. Pertanian Daerah Pasir Puteh.



21 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci kawasan longkang di Bandar Lama, Pasir Puteh.
21/05/2026

21 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci kawasan longkang di Bandar Lama, Pasir Puteh.



20 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci kawasan longkang di Bulatan Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh.
20/05/2026

20 Mei 2026 | Kerja-kerja mencuci kawasan longkang di Bulatan Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh.



PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN MEI 2026 Pasir Puteh, 20 Mei 2026, Rabu – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP...
20/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN MEI 2026

Pasir Puteh, 20 Mei 2026, Rabu – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi Bulan Mei 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 8.30 pagi.

Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MDPP.

Majlis dimulakan dengan Taklimat Mengenai Potongan Gaji Wakaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK oleh wakil MAIK. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua warga MDPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YABrs. En. Zulkarnean bin Isa, Setiausaha MDPP yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh YABrs. En. Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Yang Dipertua MDPP yang turut menekankan kepentingan kerjasama, integriti dan semangat berpasukan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat setempat.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Mei sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja MDPP.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDPP.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aduan Rasmi
https://eaduan.kelantan.gov.my/
Media Rasmi
FB : Majlis Daerah Pasir Puteh
YouTube :
Instagram : majlisdaerahpasirputehofficial
Tiktok :
Website :https://mdpputeh.kelantan.gov.my

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan





Address

Kampong Pasir Puteh

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Tuesday 09:00 - 15:00
Wednesday 09:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+6097855800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Pasir Puteh:

Share