Muslimat PAS Dun Pasir Pekan N03

Muslimat PAS Dun Pasir Pekan N03 Muslimat Dun Pasir Pekan adalah salah satu Organisasi di bawah Parti Islam Se-Malaysia PAS.

06/06/2026
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Himpunan Jentera Muslimat dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat DUN...
16/05/2026

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Himpunan Jentera Muslimat dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat DUN Pasir Pekan bertempat di Wisma Ibadurrahman pagi tadi. 💚🤍

Kehadiran dan komitmen daripada barisan Muslimat serta Ameerah DUN dan cawangan amat dihargai dalam memperkukuhkan gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera menghadapi pilihanraya.

Semoga segala usaha yang digerakkan dipermudahkan Allah dan terus istiqamah dalam perjuangan.



Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Pertandingan Marhaban & Nasyid DUN Pasir Pekan bertempat di Wisma Ibad...
08/05/2026

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Pertandingan Marhaban & Nasyid DUN Pasir Pekan bertempat di Wisma Ibadurahman, Paloh.

Suasana penuh meriah dengan alunan marhaban dan nasyid yang begitu indah serta menyentuh hati. Terima kasih kepada semua muslimat dan para peserta yang hadir memeriahkan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Ab Hamid, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Sehingga bertemu lagi di lain masa. InshaAllah.

Assalamualaikum.JEMPUTAN KE PROGRAM PERTANDINGAN MARHABAN & NASYID DUN PASIR PEKAN🗓️ 8 Mei 2026 ( Jumaat )🕰️ 8.00 pagi 🏢...
06/05/2026

Assalamualaikum.

JEMPUTAN KE PROGRAM PERTANDINGAN MARHABAN & NASYID DUN PASIR PEKAN

🗓️ 8 Mei 2026 ( Jumaat )
🕰️ 8.00 pagi
🏢 Wisma Ibadurahman , Paloh

🌻Nak tengok persembahan terbaik ?
🌻Nak rasa suasana penuh meriah & islami ?

🪷 Dijemput kepada semua muslimat pakat hadir ramai - ramai ke pertandingan Marhaban dan Nasyid DUN Pasir Pekan

🔖 Cabutan bertuah menanti anda

4 zulkaedah 1447H/ 22 April 2026Mesyuarat Muslimat DUN Pasir Pekan telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh s...
22/04/2026

4 zulkaedah 1447H/ 22 April 2026

Mesyuarat Muslimat DUN Pasir Pekan telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh semangat ukhuwah dan komitmen.

Perbincangan yang diadakan menjadi medan penting dalam merancang gerak kerja yang lebih tersusun dan berkesan demi kebaikan bersama.

Moga Allah permudahkan segala perancangan yang telah disusun, serta memberkati setiap usaha dan langkah yang diambil. آمين 🤲

Alhamdulillah, Hari ini mesyuarat muslimat DUN Pasir Pekan telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh ukhuwah d...
21/01/2026

Alhamdulillah, Hari ini mesyuarat muslimat DUN Pasir Pekan telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan. Perbincangan berjalan dengan baik, berfokus dan komitmen para AJK sangat memberangsangkan.

Lebih manis, semangat potluck yang dibawa oleh para AJK benar-benar menceriakan mesyuarat, pelbagai juadah dikongsikan bersama.

Inilah wajah Muslimat yang ikhlas bekerja, berfikir, dan berkhidmat bersama dan saling menguatkan.

Terima kasih semua atas masa, tenaga dan sumbangan. Moga langkah kecil hari ini, insya-Allah membawa natijah besar untuk ummah 💪🌸

28 Rejab 1447H/18 Januari 2026 Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Program Ceramah Isra' & Mikraj anjuran bersam...
19/01/2026

28 Rejab 1447H/18 Januari 2026

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Program Ceramah Isra' & Mikraj anjuran bersama Muslimat Dun Pasir Pekan dan Halaqat Tumpat bertempat di Masjid Al Husna, Kampung Alor Durian.

Terima Kasih kepada semua AJK Muslimat Cawangan Alor Durian selaku tuan rumah. Dan tidak dilupakan kepada semua Muslimat yang hadir.


Usai usrah, muslimat berkesempatan menziarahi Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Abd Hamid di kediaman beliau di Alo...
14/01/2026

Usai usrah, muslimat berkesempatan menziarahi Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Abd Hamid di kediaman beliau di Alor Pasir.

Ziarah ini sebagai tanda ingatan dan sokongan, di samping mendoakan agar Datin dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan urusan rawatan susulan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

14 Januari 2026, Rabu [USRAH]Hasil usrah mengingatkan kami bahawa isu-isu semasa bukan sekadar ujian akhir zaman, tetapi...
14/01/2026

14 Januari 2026, Rabu [USRAH]

Hasil usrah mengingatkan kami bahawa isu-isu semasa bukan sekadar ujian akhir zaman, tetapi peringatan agar generasi hari ini kembali kepada iman, akhlak dan tanggungjawab sebagai hamba Allah swt yang sentiasa berjalan di atas jalan syariatNya

Alhamdulillah, AJK Muslimat DUN Pasir Pekan turut hadir bagi membantu menjayakan Majlis Pelancaran Sukarelawan dan Kutip...
05/12/2025

Alhamdulillah, AJK Muslimat DUN Pasir Pekan turut hadir bagi membantu menjayakan Majlis Pelancaran Sukarelawan dan Kutipan Sumbangan Banjir Khidmat Malaysia Tumpat.

Semoga sumbangan tenaga, masa dan usaha yang dicurahkan oleh semua pihak, khususnya AJK Muslimat DUN Pasir Pekan dan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya.

Mudah-mudahan program ini berjalan lancar dan segala bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

Teruskan menyumbang!


Address

Kampong Pasir Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat PAS Dun Pasir Pekan N03 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share