JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan Facebook Rasmi JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮) - JKR Cawangan Kejurute...
30/04/2026

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮) - JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan bagi membincangkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada status semasa kualiti udara, faktor-faktor pencemaran serta langkah pemantauan dan kawalan yang lebih berkesan.

Sesi ini telah dihadiri oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Kelantan, Ir. Wan Zulkifli bin Wan Ramli. Turut hadir wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, En. Mohamad Zamzani bin Ibrahim serta Pn. Nor Fatin binti Alias, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Ketua Unit Bahagian Operasi 1 Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara agensi dalam memastikan pengurusan kualiti udara dilaksanakan secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) – Telah berlang...
26/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍

𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Penggantian Lif dan lain-lain kerja berkaitan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan.

Projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian lif di Bangunan Pentadbiran IPD Kota Bharu (2 unit), Kuarters IPD Kota Bharu (2 unit) serta Kuarters IPD Pasir Mas (2 unit). Pelaksanaan projek ini bertujuan memastikan kemudahan lif yang lebih selamat, efisien dan selesa untuk kegunaan warga PDRM.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Ir. Hj. Suhaili bin Mansor; Pengarah JKR Negeri Kelantan, Nik Badlihisham bin Nik Ismail; Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Kelantan, Ir. Wan Zulkifli bin Wan Ramli; wakil CKE Kelantan, Ir. Ts. Nurasyima binti Saiyuti; wakil Kementerian Dalam Negeri, En. Daniel Faez bin Abu Hasan; wakil IPK Kelantan, SPT Zainuddin bin Md. Yusuf; wakil IPD Kota Bharu, ASP Suhairi bin Ismail; wakil IPD Pasir Mas, INSP. Muhammad Amar bin Mohd Asri; serta wakil kontraktor, Zika Enterprise Sdn Bhd, Pn. Nuraidah binti Mohd Saleh.

Majlis penyerahan ini menandakan projek telah siap dilaksanakan dengan jayanya serta mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kerja Raya dalam menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna.

Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi keselesaan kepada semua pihak.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋, 𝐉𝐊𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝟐𝟑.𝟎𝟒.𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) - Telah berlangs...
26/04/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋, 𝐉𝐊𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝟐𝟑.𝟎𝟒.𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) - Telah berlangsung dengan jayanya sesi libat urus bersama Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir. Haji Suhaili bin Mansor, bersama kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan.

Sepanjang program berlangsung, lawatan ke bengkel-bengkel telah diadakan bagi meninjau operasi serta pelaksanaan kerja, di samping sesi perbincangan yang melibatkan pegawai dan kakitangan berkaitan.

Turut diadakan sesi soal jawab bersama kakitangan sebagai platform perkongsian pandangan serta membincangkan perkara berkaitan bidang kejuruteraan mekanikal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊𝟏𝟗.𝟎𝟒.𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐇𝐀𝐃) - Satu sesi mesyuarat penyelarasan...
20/04/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊

𝟏𝟗.𝟎𝟒.𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐇𝐀𝐃) - Satu sesi mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi Program Libat Urus bersama Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia serta Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Penggantian Lif Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan.

Mesyuarat ini melibatkan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Kelantan, Ir. Wan Zulkifli bin Wan Ramli serta kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan bagi membincangkan persiapan pelaksanaan program yang akan diadakan pada 23 April 2026 (Khamis).

Perbincangan mesyuarat meliputi penyelarasan atur cara program, pembahagian tugas, keperluan logistik serta persiapan teknikal bagi memastikan kelancaran perjalanan program.

Semoga segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀Pada 𝟲-𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲, bertempat di Bilik Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Kelantan, ...
07/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀

Pada 𝟲-𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲, bertempat di Bilik Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Kelantan, telah berlangsung Majlis Tandatangan Surat Setuju Terima yang melibatkan kontraktor berikut yang berjaya:

𝟏) 𝗧𝗭𝗔 𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
Sistem Pencegah Kebakaran Dan Pam Penggalak Untuk Daif Kelantan (2023) - Pembinaan Semula Bangunan Daif Di SMK Bachok, Bachok, Kelantan.

𝟐) 𝗗𝗜𝗟 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗣𝗥𝗜𝗦𝗘
Sistem Penyaman Udara Dan Pengudaraan Mekanikal Untuk Daif Kelantan (2023) - Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Address

JABATAN KERJA RAYA CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI
Kampong Panji
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097736650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share