MKK Kg Guar Lobak & Kg Sentosa

MKK Kg Guar Lobak & Kg Sentosa Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Guar Lobak & Kampung Sentosa DUN Merbau Pulas

20/03/2026
ANAK JATI KG GUAR LOBAK, DATO' DR NADZMAN MUSTAFFA DILANTIK PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Pelantikan Dato’ Dr. Nadzman Mustaff...
20/03/2026

ANAK JATI KG GUAR LOBAK, DATO' DR NADZMAN MUSTAFFA DILANTIK PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

Pelantikan Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah berkuat kuasa 22 Mac 2026 bukan sekadar pengiktirafan terhadap pengalaman luas beliau, malah mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan dan keupayaannya dalam memperkukuh pengurusan kewangan negeri.

Dilahirkan pada 27 Januari 1968 di Padang Serai, Kulim, Kedah, beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik kepada pasangan Allahyarham Mustaffa Abd. Rahman dan Allahyarhamah Che Som Awang. Sejak awal, latar pendidikan beliau membentuk asas kukuh dalam disiplin ilmu apabila memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor, Pulau Pinang serta Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya.

Kecemerlangan akademik beliau diteruskan ke peringkat pengajian tinggi apabila memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Malaya. Minat mendalam terhadap bidang pengurusan awam mendorong beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Awam, seterusnya meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama pada tahun 2020.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 1 Oktober 1994, beliau telah meniti perjalanan panjang selama lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam negeri. Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Baling, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Penolong Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar serta beberapa jawatan kanan dalam Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim sebelum menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), iaitu jawatan terakhir sebelum pelantikan terkini.

Komitmen beliau dalam meningkatkan kompetensi diri jelas terserlah melalui penyertaan dalam pelbagai kursus dan latihan di peringkat antarabangsa. Antaranya termasuk Executive Management Seminar di Japan International Cooperation Agency (JICA) pada tahun 2006, kursus pengurusan organisasi berprestasi tinggi di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS), Tokyo pada tahun 2016 serta latihan berkaitan Digital Government di Tbilisi, Georgia. Beliau turut mengikuti Short Course on Regulations di London School of Economics and Political Science, London pada tahun 2019. Dedikasi beliau dalam perkhidmatan turut diiktiraf melalui penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006 dan 2017.

Selain kecemerlangan dalam pentadbiran, beliau juga aktif dalam organisasi profesional dan pembangunan masyarakat. Penglibatan beliau sebagai Timbalan Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah (PPTN) bagi sesi 2023 hingga 2024 serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Kedah mencerminkan komitmen tinggi terhadap pembangunan institusi dan negara. Di peringkat nasional p**a, beliau aktif dalam program anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), khususnya dalam mempromosikan amalan baik peraturan dan memudahcara perniagaan. Atas sumbangan tersebut, beliau telah diiktiraf sebagai Productivity Champion sejak 2019 serta Tokoh Amalan Baik Peraturan pada tahun 2022. Pada Julai 2025, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.

Minat mendalam terhadap bidang keilmuan turut mendorong beliau menghasilkan penulisan ilmiah dan penerbitan. Antaranya termasuk buku “KCS Mewarnai Zaman” sempena ulang tahun ke-100 Kedah Civil Service pada tahun 2013. Selain itu, artikel beliau bertajuk Going Agile With Construction Permits In Kulim turut diterbitkan dalam laporan antarabangsa oleh Asian Productivity Organization, Tokyo pada tahun 2024.

Beliau mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 1996 bersama Datin Siti Fatimah Ahmad Rosdi yang merupakan seorang pendidik. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan beliau, Dato’ Dr. Nadzman telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran negeri termasuk Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada tahun 2003, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 2009, dan Setia Diraja Kedah (S.D.K) pada tahun 2021. Kemuncak pengiktirafan diterima pada 30 Jun 2024 apabila beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’.

Dengan pengalaman luas, kepakaran mendalam serta rekod perkhidmatan cemerlang, pelantikan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah diyakini mampu memperkukuh tadbir urus kewangan negeri secara lebih efisien, telus dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau menggantikan Dato' Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin yang bersara wajib selepas menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama lebih tiga dekad.



Kita Jaga Kita
29/01/2026

Kita Jaga Kita

23/11/2025

𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon agihan zakat untuk pelajar di Institusi Pondok Dalam Negara dan Luar Negara.

𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗡𝗗𝗢𝗞 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
✅ Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah.
✅ Pelajar berumur antara 13 sehingga 25 tahun pada tahun 2025.
✅ Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara SEPENUH MASA sekurang-kurangnya setahun.
✅Institusi pengajian yang berdaftar dengan Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri atau JAKIM berstatus PONDOK sahaja.

𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗡𝗗𝗢𝗞 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
✅ Penduduk di Negeri Kedah.
✅ Pelajar berumur antara 13 sehingga 25 tahun.
✅ Sedang menuntut pengajian di Pondok secara SEPENUH MASA sekurang-kurangnya setahun.
✅ Tempat pengajian (Pondok) berdaftar dan diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan.

𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡
Permohonan boleh dibuat https://bit.ly/AgihanPelajarPondok mulai 16 November sehingga 30 November 2025.

📢 Maklumat lanjut sila hubungi :

Divisyen Pendidikan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
📞 1800-88-1740 ( EXT. 520 )
🌐 Email : [email protected]
📲 Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

▶️ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf di Negeri Kedah




➖➖➖➖➖➖➖
Jom Kira dan Bayar Zakat Anda Di Sini 👇
https://jom.zakatkedah.com.my/

23/11/2025
Kredit to Page Dato' Ustazah Ashah Hj Ghazali Sumbangan Daging Korban Untuk MKK Kg Guar Lobak & Kg SentosaSaya sempat be...
14/06/2025

Kredit to Page Dato' Ustazah Ashah Hj Ghazali Sumbangan Daging Korban Untuk MKK Kg Guar Lobak & Kg Sentosa

Saya sempat bersama-sama menjayakan Program Qurban Perdana DUN Merbau Pulas di Maahad Ibnu Umar baru-baru ini. Suasana gotong-royong yang penuh semangat silaturahim benar-benar terasa, dari awal proses penyembelihan sehingga pengagihan daging qurban kepada golongan yang memerlukan.

Program ini bukan sahaja berjaya menyempurnakan ibadah qurban, malah menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sesama penduduk dan sukarelawan. Melihat senyuman penerima daging qurban adalah kepuasan yang tidak ternilai. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diterima Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk jawatankuasa penganjur, sukarelawan, dan para penyumbang. Penglibatan anda semua menjadikan program ini satu kejayaan.

Semoga semangat kerjasama ini terus subur di Merbau Pulas dan kita dapat terus berbakti kepada masyarakat.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"



**assejahtera

PENGHARGAAN KECEMERLANGAN SPM, STPM & STAM 2024 DUN MERBAU PULASPusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas ingin...
03/06/2025

PENGHARGAAN KECEMERLANGAN SPM, STPM & STAM 2024 DUN MERBAU PULAS

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas ingin merakamkan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM Tahun 2024.

📌 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- Pemohon mestilah BERMASTAUTIN TETAP di DUN Merbau Pulas

- Kelayakan pelajar yang LAYAK mendapat penghargaan ini adalah seperti berikut :
- SPM ( 7A keatas)
- STPM( 3.8 keatas)
- STAM (Jaid Jiddan keatas)

🗂️ DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
📌Salinan Slip Keputusan SPM / STPM / STAM 2024
📌Salinan Kad Pengenalan pelajar
📌 Salinan Kad Pengenalan ibu & bapa

Tarkh tutup : 5 JUN 2025
📱Sila semak imbas QR gambar diatas atau klik pautan di bawah :

https://forms.gle/3y2gaBtuVUBpxwdt8

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung:
📞 016-5617433 (Shahirah)

PROGRAM BACK TO SCHOOL DUN MERBAU PULASSukacita dimaklumkan bahawa Program Back to School akan diadakan bagi membantu pe...
12/02/2025

PROGRAM BACK TO SCHOOL DUN MERBAU PULAS

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Back to School akan diadakan bagi membantu pelajar membuat persediaan kembali ke sekolah.

Program ini dianjurkan oleh Kedah Sejahtera dengan kerjasama Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan akan disempurnakan oleh YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Binti Haji Ghazali, DSDK., AMK.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi - 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Prospek Sidam Kanan, Kg. Guar Lobak, Padang Serai

Dianggarkan 400 orang penerima melibatkan 36 kawasan Majlis Ketua Kampung dalam DUN Merbau Pulas!!!



Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB DUN Merbau Pulas akan Bermuda ESOKAntara masjid kariah yang akan berentap: 1. Ma...
01/02/2025

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB DUN Merbau Pulas akan Bermuda ESOK

Antara masjid kariah yang akan berentap:

1. Masjid Mujahidin Batu Putih FC (Kariah Batu Putih)
2. ⁠Darul Ulum FC (Kariah Pekan Merbau Pulas)
3. ⁠As-Shahidin FC (Kariah Terat Batu)
4. ⁠MAHKL FC (Kariah Kelang Lama)
5. ⁠Darul Aman A (Kariah Guar Lobak)
6. ⁠Darul Aman B (Kariah Guar Lobak)
7. ⁠ KGM FC (Kariah Sg. Karangan)
8. ⁠ KPC FC (Kampung Padang Cina)
9. ⁠ Al-Furqan FC (Kariah Sg. Ular)
10. ⁠An-Najah Rovers (Kariah AnNajah Padang Serai)
11. ⁠ An-Najah B (Kariah AnNajah Padang Serai)



**as

Jualan Daging Lembu Segar Peringkat DUN Merbau PulasTarikh: 02 Februari 2025 (Ahad)Masa: 9.00 pagi hingga habisTempat: D...
31/01/2025

Jualan Daging Lembu Segar Peringkat DUN Merbau Pulas

Tarikh: 02 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga habis
Tempat: Dewan Dato’ Seri Kampung Sidam Kanan, Padang Serai
Harga : RM25/kg

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”



**as

Address

D/a Balai Islam Kampung Kg Guar Lobak
Kampong Nega Lilit
09400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MKK Kg Guar Lobak & Kg Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MKK Kg Guar Lobak & Kg Sentosa:

Share