Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan DATO' HAJI MOHD SALLEH SAIDIN
ADUN KUBANG ROTAN
EXCO PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

14/05/2026

TINJAU MANGSA KEBAKARAN DAN ZIARAH PUAN NORIZAN DI KAMPUNG TOK PASAI

Keprihatinan diteruskan buat mangsa kebakaran di Kampung Tok Pasai. Turut diziarahi Puan Norizan, seorang ibu tunggal yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan memerlukan perhatian berterusan.

Semoga sedikit sokongan ini mampu meringankan beban dan memberi kekuatan buat mereka untuk terus bangkit.

ZIARAH KEMATIANEncik Ridzuan Ramli mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin telah hadir menziarahi keluarga Allahyarham...
14/05/2026

ZIARAH KEMATIAN

Encik Ridzuan Ramli mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin telah hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah Siti Romlah Binti Mokti di Kg. Tok Sulaiman, Kubang Jawi bagi menyampaikan salam takziah serta rasa dukacita yang mendalam daripada YB Dato’ kepada waris keluarga, khususnya suami beliau En. Mohd Helmi.

Allahyarhamah yang telah berjuang melawan penyakit kanser payudara sejak tiga tahun lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Kubang Jawi pada jam 11.20 pagi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

ZIARAH PRIHATIN BANTUAN DAN SOKONGAN TERUS DIHULURKANDalam siri Ziarah Prihatin kali kedua, wakil YB Dato’ Haji Mohd Sal...
13/05/2026

ZIARAH PRIHATIN BANTUAN DAN SOKONGAN TERUS DIHULURKAN

Dalam siri Ziarah Prihatin kali kedua, wakil YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin telah mengadakan lawatan ke beberapa kediaman di kawasan bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.

Lawatan bermula di kediaman En. Yahaya Othman di Kg. Kuar Jawa yang menghadapi masalah pernafasan, di mana sebuah kerusi roda dan bantuan tunai telah disampaikan. Seterusnya di Kg. Kuala Kuar, bantuan kerusi roda dan pampers harian diberikan kepada En. Ahmad Abdullah yang terlantar akibat strok. Di lokasi yang sama, En. Ali Abdullah yang cedera di pinggang selepas jatuh turut menerima sumbangan pampers.

Lawatan diakhiri di kediaman En. Liau Hock Keng di Kg. Tepi Laut, Padang Lalang yang kediaman beliau rosak akibat ribut baru-baru ini, dengan penyampaian bantuan tunai.

Turut hadir mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin ialah Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan dan Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan PKWR.

KEBAKARAN LIBATKAN DUA RUMAH DI KAMPUNG TOK PASAI, KUALA KEDAHSatu kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampu...
13/05/2026

KEBAKARAN LIBATKAN DUA RUMAH DI KAMPUNG TOK PASAI, KUALA KEDAH

Satu kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Rumah yang terlibat adalah kediaman milik En. Sim Poh Hwa dan En. Muhammad Syakir Ismail. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Turut hadir meninjau lokasi ialah Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin. Semoga segala urusan mangsa dipermudahkan dan diberi ketabahan menghadapi dugaan ini.

MAKMAL PEMBANGUNAN & PENGELUARAN PRODUK KRAF BATIK TANAH LIAT FASA 2 PERKASA KOMUNITI KUBANG ROTANProgram Makmal Pembang...
13/05/2026

MAKMAL PEMBANGUNAN & PENGELUARAN PRODUK KRAF BATIK TANAH LIAT FASA 2 PERKASA KOMUNITI KUBANG ROTAN

Program Makmal Pembangunan & Pengeluaran Produk Kraf Batik Tanah Liat (Fasa 2) di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kubang Rotan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pantai Leman, Kuala Kedah melibatkan seramai 27 peserta.

Peserta telah mengikuti sesi penerangan dan pendedahan berkaitan kaedah penghasilan batik tanah liat yang disampaikan oleh wakil Kraftangan Malaysia iaitu Puan Azizah dari Unit Usahawan serta Puan Siti Nur Mash*tah, Timbalan Pengarah Kraftangan Cawangan Kedah.

Turut hadir mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin ialah Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan dan Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR).

YB Dato’ berharap segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf kehidupan komuniti serta memperkukuhkan industri kraf tempatan. Beliau turut berharap kerjasama erat antara Kraftangan Malaysia dan komuniti Kubang Rotan akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi melahirkan lebih ramai usahawan kraf berjaya yang mampu membawa nama Kedah ke peringkat lebih tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kraftangan Malaysia & Cawangan Kedah, tenaga pengajar, urus setia serta semua peserta atas kerjasama cemerlang sepanjang program berlangsung.

ZIARAH PRIHATINZiarah Prihatin telah diadakan di Taman Kota Nelayan bagi menyantuni Puan Shariffa Rezan Omar, 42 tahun, ...
11/05/2026

ZIARAH PRIHATIN

Ziarah Prihatin telah diadakan di Taman Kota Nelayan bagi menyantuni Puan Shariffa Rezan Omar, 42 tahun, yang sedang mengalami masalah kesihatan iaitu pendarahan dalam kepala serta penyakit jantung.

Dalam lawatan tersebut, sumbangan kerusi roda dan pampers telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan bagi membantu meringankan beban dan memudahkan urusan penjagaan harian beliau.

Lawatan ini diwakili oleh Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dan perhatian.

10/05/2026
09/05/2026

ZIARAH PRIHATIN MANGSA RIBUT KG. TEPI LAUT PADANG LALANG

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin hadir menziarahi mangsa ribut di Kg. Tepi Laut, Padang Lalang serta meninjau kerosakan yang melibatkan bumbung bengkel dan tempat simpanan jentera berat milik En. Liau Hock Keng.

09/05/2026

MAJLIS WALIMATULURUS

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Walimatulurus pasangan Nur Atiqah Binti Azizan dan Muhammad Akmal Bin Anuar di Kampung Lemping, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan rahmat berpanjangan.

ZIARAH KEMATIANEncik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin turut menyamp...
08/05/2026

ZIARAH KEMATIAN

Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin turut menyampaikan salam takziah kepada anak Allahyarhamah Selasiah Binti Hamid ketika menziarahi keluarga di Kg. Tok Sulaiman.

Allahyarhamah berumur 89 tahun, yang telah meninggal dunia pada jam 9.50 malam semalam akibat sakit strok otak. Jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid Jamek Kubang Jawi dan dikebumikan pada jam 11.00 pagi sebentar tadi.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Address

NO 1, TINGKAT 1, KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT, Jalan KUBANG ROTAN, KUALA SUNGAI, Alor Setar
Kampong Kubang Rotan
06250

Telephone

+6047307525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share