Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu FB Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu Jalan Pasir Panjang 21100, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6222344 Faks : 09-6236596

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut
Kompleks Rakan Muda Daerah Besut,22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu
Tel : 09-6956362 Fax : 09-6858287

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun
Jkr 140, Jalan Besar, 23000 Dungun Terengganu
Tel : 09-8423121 Fax : 09-8423

120

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Terengganu
Kompeks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, 20200 Kuala Terengganu
Tel : 09-6227010 Fax : 09-6240255

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Marang
No 13, Bangunan Kedai Mara, 21600 Marang, Terengganu
Tel : 09-6182827 Fax : 09-6182120

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-6811237 Fax : 09-6811687

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman
Kompleks Belia dan Sukan Daerah Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8683030 Fax : 09-8686007

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu
Lot No.Pt 743, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu Terengganu
Tel : 09-6099334 Fax : 09-6099338

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447HSemoga ibadah korban mengajar erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.Selamat ...
26/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H

Semoga ibadah korban mengajar erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga segala amal ibadah diterima dan diberkati Allah SWT. 🀍✨

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Arafah 1447HRebutlah peluang pada hari yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa, is...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H

Rebutlah peluang pada hari yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan amal soleh. Semoga Allah SWT menerima segala amalan serta mengurniakan keampunan dan rahmat buat kita semua.

Sesi Latihan Kecergasan Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 202623 Mei 2026 (Sabtu) Kuala Terengganu - Tel...
24/05/2026

Sesi Latihan Kecergasan Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026

23 Mei 2026 (Sabtu) Kuala Terengganu - Telah berlangsung sesi latihan kecergasan melibatkan peserta Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk bermula jam 7.30 pagi.

Aktiviti ini dianjurkan bagi menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti fizikal secara santai serta berkumpulan. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas sebelum para peserta memulakan aktiviti Brisk Walk di trek larian Pantai Batu Burok.

Para peserta memberikan kerjasama yang amat baik serta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Suasana program turut berjalan dengan meriah, ceria dan penuh semangat.

Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu peserta mengekalkan momentum kecergasan di samping meningkatkan motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

SESI PENILAIAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU20 Mei 2026 (Rabu) – Penilaian ak...
20/05/2026

SESI PENILAIAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

20 Mei 2026 (Rabu) – Penilaian akhir hari pertama Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung melibatkan dua buah persatuan belia yang melaksanakan projek pertanian dan penternakan.

Persatuan pertama ialah Kelab Belia Tebing Tembah, Dungun yang melaksanakan projek penternakan ikan tilapia, manakala persatuan kedua ialah Kelab Permata Seberang Takir, Kuala Nerus yang melaksanakan projek perusahaan cendawan tiram mutiara.

Alhamdulillah, kedua-dua persatuan menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang pelaksanaan projek di samping mewujudkan persaingan yang sihat dalam memperkasakan sektor agrobelia di negeri Terengganu.

Sesi penilaian turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Penilaian bagi projek-projek yang dipertandingkan telah dilaksanakan oleh wakil daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

πŸ“Œ TAKLIMAT PANEL PENILAIAN AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026Telah berlangsung sesi Taklimat Panel Penilaian Agrobelia...
18/05/2026

πŸ“Œ TAKLIMAT PANEL PENILAIAN AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026

Telah berlangsung sesi Taklimat Panel Penilaian Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu pada 12 Mei 2026 (Selasa) melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu serta Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur.

Sebanyak 9 penyertaan telah diterima dan hanya 4 persatuan terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya. 🌱✨



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

πŸŽ‰ Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026!Belia pemangkin masa depan negara ✨Terus maju, kreatif dan berani mencipta pe...
15/05/2026

πŸŽ‰ Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026!

Belia pemangkin masa depan negara ✨
Terus maju, kreatif dan berani mencipta perubahan demi komuniti serta negara tercinta πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMenggerak Belia Madani” πŸ’ͺ πŸŽ‰



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

6 PERTUBUHAN BELIA TERENGGANU BERENTAP DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANUKUALA TERENGGANU, 13 Mei 202...
14/05/2026

6 PERTUBUHAN BELIA TERENGGANU BERENTAP DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori pertubuhan belia telah berlangsung dengan jayanya bermula 11 hingga 13 Mei 2026 melibatkan penyertaan enam pertubuhan belia aktif dari seluruh negeri Terengganu.

Pelaksanaan penilaian ini dianjurkan sebagai platform bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan pertubuhan belia yang aktif dalam memperkasa pembangunan komuniti, melahirkan generasi belia berkualiti serta menyokong agenda pembangunan belia negeri dan negara secara menyeluruh.

Sepanjang sesi penilaian berlangsung, setiap pertubuhan dinilai secara menyeluruh berdasarkan beberapa kriteria utama termasuk aspek pengurusan organisasi, kepimpinan, tadbir urus, pelaksanaan program, penglibatan komuniti, pengurusan kewangan serta impak aktiviti yang dijalankan terhadap pembangunan belia setempat.

Enam pertubuhan belia yang terlibat telah melalui proses penilaian yang merangkumi saringan dokumentasi, pembentangan organisasi, sesi temuduga serta lawatan tapak di lokasi pertubuhan masing-masing. Pendekatan penilaian ini bertujuan memastikan setiap pertubuhan dinilai secara telus, adil dan berintegriti berdasarkan pencapaian serta keberkesanan program yang dilaksanakan.

Selain itu, sesi lawatan turut memberi peluang kepada panel penilai untuk melihat secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti akar umbi, tahap penglibatan ahli serta inisiatif kreatif yang dilaksanakan oleh pertubuhan dalam mendepani cabaran semasa belia.

Penganjuran APBN dilihat terus menjadi medium penting dalam mencungkil potensi serta mengangkat pertubuhan belia yang aktif, progresif dan berdaya saing agar dapat dijadikan contoh kepada organisasi belia lain di negeri ini.

Pihak jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua panel penilai yang diketuai oleh Tuan Haji Ngah bin Bidin bersama Puan Rohana binti Abdullah dan Encik Anas Hazizul bin Muhamad atas komitmen dan profesionalisme yang diberikan sepanjang sesi penilaian berlangsung. Penghargaan juga diberikan kepada semua pertubuhan belia iaitu Kelab Belia Padang Baloh (Besut), Kelab Belia Padang Jejawi (Setiu), Kelab Anak Muda Kg. Tokku (Kuala Terengganu), Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Mutiara Duyong (Kuala Nerus), Kelab Belia Teluk Kalong (Kemaman) dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau, (Dungun) yang telah menunjukkan komitmen tinggi, kerjasama yang baik serta persediaan rapi dalam memastikan proses penilaian berjalan lancar dan teratur sepanjang tiga hari pelaksanaan program tersebut.

Diharapkan penyertaan dalam APBN ini akan terus menjadi pemangkin kepada pertubuhan belia untuk memperkukuh peranan masing-masing dalam melahirkan masyarakat belia yang aktif, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Terengganu pada masa hadapan.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

BELIA HEBAT TERENGGANU TERSERLAH DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ⚑✨KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 –...
14/05/2026

BELIA HEBAT TERENGGANU TERSERLAH DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ⚑✨

KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 Mei 2026 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program ini bertujuan untuk menilai dan mengiktiraf sumbangan, pencapaian serta penglibatan aktif golongan belia dalam bidang pembangunan masyarakat, kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan dan inovasi.

Seramai 14 calon lelaki dan 14 calon wanita telah hadir menyertai sesi penilaian tersebut. Kesemua calon dinilai secara telus dan profesional oleh barisan panel penilai yang berpengalaman dalam bidang pembangunan belia, diketuai oleh Dr. Siti Hajar binti Kamaruddin bersama Encik Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman dan Encik Mohd Shahril bin Mazuki.

Tahniah dan penghargaan turut diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD), Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Majlis Belia Daerah (MBD), rakan strategik belia serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada calon-calon yang bertanding.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

12/05/2026

πŸ‘ RANGKUMAN PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 πŸ‘

9 Mei 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta

Jangan lupa follow, like dan share media sosial kami untuk mendapatkan info terkini serta menyertai pelbagai aktiviti dan program menarik anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT). πŸ“²βœ¨



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

πŸ‘ PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 πŸ‘9 Mei 2026 telah mencatat satu lagi langka...
09/05/2026

πŸ‘ PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 πŸ‘

9 Mei 2026 telah mencatat satu lagi langkah positif dalam usaha memperkasakan pembangunan sukan di Negeri Terengganu apabila berlangsungnya Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program ini berjaya menghimpunkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada 16 wanita dan 24 lelaki dengan semangat dan minat yang tinggi untuk mengenali serta mempelajari sukan floorball yang kini semakin berkembang di Malaysia. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan sukan baharu kepada masyarakat khususnya golongan belia, malah menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan asas permainan, teknik pengendalian kayu dan bola, peraturan permainan serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada Persatuan Floorball Malaysia (MFA). Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah En. Mohd Hafidz bin Zainalabidin selaku Timbalan Presiden MFA, En. Taqiuddin Izzat bin Md Zin, En. Ahmad Fakhrullah bin Mohamad dan Sharvin a/l Muniady. Kehadiran mereka banyak membantu memberi pendedahan secara profesional dan meningkatkan keyakinan peserta untuk mendalami sukan ini dengan lebih serius.

Majlis perasmian program turut disempurnakan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat iaitu YBrs. Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Encik Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kehadiran para pegawai ini jelas menunjukkan komitmen berterusan pihak kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperluaskan pembangunan sukan baharu serta menyediakan lebih banyak peluang penyertaan kepada belia dan komuniti setempat.

Diharapkan program seumpama ini dapat menjadi titik permulaan kepada perkembangan sukan floorball di Negeri Terengganu dan seterusnya melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Selain membentuk gaya hidup sihat, penglibatan dalam sukan juga mampu memupuk disiplin, semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan generasi muda.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, tenaga pengajar, urus setia serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan yang lebih cemerlang di Negeri Terengganu.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Address

Kampong Kuala Setiu

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6096222344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share