26/01/2023
26 JANUARI 2023 - Seramai 13 orang pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu (JIMNT) dan 7 pegawai dan anggota KPDN Negeri Terengganu - Laman Rasmi telah menjalankan OPS BERSEPADU di tapak festival makanan di daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
Pihak Imigresen telah melakukan pemeriksaan terhadap 54 orang warganegara Thailand dan seorang warganegara tempatan serta berjaya menahan seramai 19 orang PATI dalam operasi tersebut. Kompaun juga dikeluarkan oleh penguatkuasa KPDNKSH bagi peniaga yang melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Kesemua PATI yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 39(b) Akta Imigresen Imigresen 1959/63. Kesemua PATI tersebut telah direman di bawah seksyen 51(5)(b) dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasa JIMNT melalui saluran-saluran berikut:
1. Telefon : 096223425
2. Fax : 096223571
3. Email : [email protected]
4. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di pautan : https://imi.spab.gov.my
5. Hadir sendiri ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa JIMNT
Facebook: Jabatan Imigresen Negeri Terengganu
https://www.facebook.com/JIMTerengganu
Instagram: jimterengganu
https://www.instagram.com/jimterengganu
Twitter:
https://twitter.com/jim_tganu