Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Government Organisation

SEKITAR PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK 2026YBhg. Datuk Bandar MBKT, Tuan Haji Lizan Che Mat telah dibawa k...
14/06/2026

SEKITAR PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK 2026

YBhg. Datuk Bandar MBKT, Tuan Haji Lizan Che Mat telah dibawa ke padang untuk sesi pengenalan pemain sebelum sepak mula perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MAKSAK 2026 yang menemukan pasukan MAKSAK Terengganu dan MAKSAK Pulau Pinang.

Sesi pengenalan pemain ini memberi peluang kepada semua pemain untuk diperkenalkan secara rasmi sebelum aksi kemuncak kejohanan bermula, sekali gus menyemarakkan lagi suasana perlawanan akhir yang penuh berprestij dan semangat kesukanan.

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS MBKTAhli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengangkat su...
14/06/2026

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS MBKT

Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengangkat sumpah menerima jawatan di hadapan YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, aras 29, Menara MBKT pada 14 Jun 2026.

YBhg. Datuk Bandar mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Majlis MBKT dan berharap agar mereka akan dapat sama-sama berganding bahu dalam memperkasakan perkhidmatan MBKT.

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MAKSAK TERENGGANU! βš½πŸ†Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu atas kejay...
13/06/2026

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MAKSAK TERENGGANU! βš½πŸ†

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu atas kejayaan menjuarai Kejohanan Bola Sepak MAKSAK 2026 Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, semangat juang dan kerjasama berpasukan yang cemerlang. Semoga terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Negeri Terengganu.

Syabas dan tahniah, juara! πŸŽ‰πŸ†

KEJAYAAN KAKITANGAN MBKT DALAM KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026Tahniah diucapkan kepada kakitangan...
12/06/2026

KEJAYAAN KAKITANGAN MBKT DALAM KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang telah mengharumkan nama MBKT dalam Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Negeri Terengganu 2026.

Cik Nur Saadah binti Zamri dari Jabatan Bangunan dan Elektrikal telah berjaya meraih gelaran Johan serta tempat ketiga dalam kategori yang dipertandingkan. Manakala Encik Mohd Zulhafizi bin Ariffin p**a telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan merangkul gelaran Naib Johan bagi kategori lelaki.

Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, komitmen dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh warga MBKT, bukan sahaja dalam melaksanakan tugas harian, malah dalam bidang sukan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MBKT untuk terus mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama organisasi pada masa hadapan. πŸ†πŸŽ³πŸ‘

KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Negeri Terengganu 2026 telah melab...
12/06/2026

KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026

Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Negeri Terengganu 2026 telah melabuhkan tirainya pada 11 Jun 2026 (Khamis) setelah berlangsung selama tiga hari bermula dari 9 hingga 11 Jun 2026 di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu.

Kejohanan ini telah disertai oleh kakitangan kerajaan dari seluruh daerah di Negeri Terengganu serta pasukan jemputan. Sebanyak 293 penyertaan telah direkodkan bagi kategori lelaki dan wanita, sekali gus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sejurus tamat Blok 6 pada 11 Jun 2026. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Pasukan Tenpin Bowling MBKT, Encik Zamri bin Abd. Rahman.

Bagi kategori lelaki, gelaran johan telah dimenangi oleh Encik Hanafi bin Ibrahim dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Manakala bagi kategori wanita, gelaran johan telah menjadi milik Cik Nur Saadah binti Zamri. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang membanggakan ini.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selaku pengelola kejohanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, pegawai, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. MBKT juga memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung dan berharap agar kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

SEKITAR HARI KE-3 KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU
11/06/2026

SEKITAR HARI KE-3 KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN BOLA SEPAK MAKSAK TERENGGANU 2026 YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majl...
10/06/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN BOLA SEPAK MAKSAK TERENGGANU 2026

YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selaku Ketua Kontinjen, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu 2026 yang berlangsung di Menara MBKT.

MBKT selaku Pengerusi Sukan dan pengurus Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu akan menggalas tanggungjawab mengurus penyertaan pasukan negeri dalam Karnival Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2026.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha MBKT; Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan; Encik Mohd Zahiruddin bin Zakaria, Pengurus Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu; serta para pengarah MBKT yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada para pemain.

Karnival Sukan Bola Sepak MAKSAK 2026 akan berlangsung pada 10 hingga 14 Jun 2026 di Gong Badak, Terengganu.

Selamat maju jaya kepada Pasukan Bola Sepak MAKSAK Terengganu. Semoga berjaya mengharumkan nama negeri dan membawa p**ang kejayaan.

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT SPRNT KE MBKTYBhg.Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (M...
10/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT SPRNT KE MBKT

YBhg.Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menerima kunjungan hormat dari Encik Mohd Sarif bin Hassan, Pengarah Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu (SPRNT) dan Encik Mohd Salahuddin bin Salleh, Timbalan Pengarah SPRNT pada 9 Jun 2026 di Bilik Kunjung Hormat, aras 28, Menara MBKT.

Selain sesi perkenalan, tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kerjasama strategik antara MBKT dan Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu bagi meningkatkan perkhidmatan jabatan kepada rakyat.

Turut hadir dari pihak MBKT adalah Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha, Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan, Encik Wan Marahakim bin Wan Salleh, Pengarah Undang- Undang, Encik Mohd Saiful. Bahari bin Ramli, Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti serta Tuan Hj. Mohd Azmi bin Talib, Pengarah Penguatkuasaan.

KENYATAAN TAWARAN :MENAIK TARAF NURSERI SEDIA ADA DI GONG BADAK, KUALA NERUS, TERENGGANU.(MBKT SH 76/2026)Tarikh Tutup :...
10/06/2026

KENYATAAN TAWARAN :

MENAIK TARAF NURSERI SEDIA ADA DI GONG BADAK, KUALA NERUS, TERENGGANU.
(MBKT SH 76/2026)

Tarikh Tutup : 25 Jun 2026

SEKITAR HARI KEDUA KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026
10/06/2026

SEKITAR HARI KEDUA KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSAK NEGERI TERENGGANU 2026

Address

Kampong Kuala Setiu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Kuala Terengganu:

Share