05/05/2026
๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐น๐ฑ๐จ ๐ฒ๐ฌ๐ป๐ผ๐จ ๐บ๐ฌ๐ป๐ฐ๐จ๐ผ๐บ๐จ๐ฏ๐จ ๐ฒ๐ฌ๐ด๐ฌ๐ต๐ป๐ฌ๐น๐ฐ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ณ๐จ๐ต๐ช๐ถ๐ต๐ฎ๐จ๐ต, ๐บ๐ฌ๐ต๐ฐ ๐ซ๐จ๐ต ๐ฉ๐ผ๐ซ๐จ๐๐จ
Kuala Terengganu, 5 Mei 2026 โ Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato' Shaharuddin Abu Sohot telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Tamadun Islam bagi penyampaian Plak Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) bagi Kategori Pelancongan, Budaya dan Warisan (Gold) kepada Pengurusan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, sebagai pengiktirafan terhadap tahap kualiti perkhidmatan dan pengurusan pelancongan yang cemerlang.
Sesi lawatan diteruskan dengan lawatan tapak bagi Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) Tahun 2026 yang melibatkan beberapa kawasan fasiliti pelancongan utama, termasuk Pangkalan Jeti serta kawasan perkedaian di sekitar Taman Tamadun Islam. Lawatan ini bertujuan menilai keperluan penambahbaikan serta memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan secara lebih berstruktur, lestari dan berimpak tinggi.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Haji Abdul Hadi Alias (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT), YBrs. Puan Mazshida Ruslal (Pengarah MOTAC Terengganu) serta YBrs. Haji Mohd Fazil Wahab (Pengurus Besar TTI Management Sdn. Bhd.).