Bahagian Jalan JKR Terengganu

Bahagian Jalan JKR Terengganu Page untuk makluman berkenaan bahagian jalan JKR Terengganu

08/07/2026
16/06/2026
SELAMAT MAJU JAYA IR. TS. NIK MOHD FARID BIN NIK IBRAHIMBahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu merakamkan ...
16/06/2026

SELAMAT MAJU JAYA IR. TS. NIK MOHD FARID BIN NIK IBRAHIM

Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ir. Ts. Nik Mohd Farid Bin Nik Ibrahim, Jurutera Elektrik Gred J9 yang akan meneruskan khidmat bakti di ICU Terengganu setelah berkhidmat bersama Bahagian Jalan sejak tahun 2020.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Unit Senggara Jalan Persekutuan, Ir. Ts. Nik Mohd Farid telah menunjukkan komitmen yang tinggi, semangat kerja berpasukan yang cemerlang serta sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan dan organisasi.

Kecekapan, kompetensi teknikal serta dedikasi beliau dalam melaksanakan amanah telah memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan pelbagai program dan pengurusan aset jalan persekutuan di Negeri Terengganu.

Walaupun perpisahan ini pastinya dirasai oleh seluruh warga Bahagian Jalan, kami percaya pengalaman, ilmu dan kepakaran yang dimiliki akan terus memberi manfaat di tempat baharu.

โœจ Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan.
โœจ Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang dipikul.

โ€œJauh di mata, dekat di hati. Jasamu tetap dikenang.โ€





๐Ÿšธ MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK RINTIS ZON SEKOLAH SELAMAT NEGERI TERENGGANUBahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Te...
11/06/2026

๐Ÿšธ MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK RINTIS ZON SEKOLAH SELAMAT NEGERI TERENGGANU

Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bersama JKR Kuala Nerus telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek Rintis Zon Sekolah Selamat Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Pengarah JPJ Negeri Terengganu di bawah Inisiatif Zon Sekolah Selamat oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR).

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan inisiatif Zon Sekolah Selamat bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya khususnya murid-murid sekolah, warga pendidik serta komuniti setempat di sekolah terpilih.

Kerjasama strategik antara agensi-agensi berkaitan amat penting dalam memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat, kondusif dan mesra pengguna melalui penyediaan kemudahan jalan raya, kawalan lalu lintas serta langkah-langkah keselamatan yang berkesan.

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong agenda keselamatan jalan raya di Negeri Terengganu.





AUDIT KRITERIA PENYIAPAN DAN PEMATUHAN (AKPP) ROAD OVER BRIDGE (ROB) ECRL DI DAERAH KEMAMAN๐Ÿ“… 8โ€“9 Jun 2026Bahagian Jalan,...
09/06/2026

AUDIT KRITERIA PENYIAPAN DAN PEMATUHAN (AKPP) ROAD OVER BRIDGE (ROB) ECRL DI DAERAH KEMAMAN

๐Ÿ“… 8โ€“9 Jun 2026

Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bersama JKR Daerah Kemaman telah mengadakan sesi Audit Kriteria Penyiapan dan Pematuhan (AKPP) bagi lima (5) Road Over Bridge (ROB) Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Daerah Kemaman.

Audit ini melibatkan pemeriksaan di tapak bagi memastikan setiap struktur jambatan yang terlibat telah memenuhi keperluan keselamatan, piawaian reka bentuk serta syarat-syarat penyiapan sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bermula serta serahan kepada Kerajaan Negeri dan JKR kelak.

Lima lokasi ROB yang terlibat adalah:
๐Ÿ“ ROB5 Jalan Batu Puteh T127
๐Ÿ“ ROB12 Jalan Meraga Beris - Payoh T120
๐Ÿ“ ROB13 Jalan Kampung Bujal
๐Ÿ“ ROB14A Jalan Kijal - Pondok Limau T6
๐Ÿ“ ROB18 Jalan Pengkalan Binjai T158

Lawatan pemeriksaan ini turut disertai oleh wakil daripada Malaysia Rail Link (MRL), China Communications Construction Company (CCCC), perunding projek serta pegawai-pegawai teknikal berkaitan.

Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada komitmen JKR dalam memastikan infrastruktur yang diserahkan adalah selamat, berkualiti dan mematuhi semua keperluan teknikal demi kepentingan pengguna jalan raya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen sepanjang sesi pemeriksaan dijalankan.

โ€œInfrastruktur Berkualiti, Mobiliti Terjaminโ€





TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAHBahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi uc...
09/06/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

YBhg. Datoโ€™ Ir. Ibrahim bin Esa

atas pelantikan sebagai

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

berkuat kuasa 8 Jun 2026

Semoga dengan kepimpinan dan pengalaman yang luas, JKR Malaysia akan terus melakar kecemerlangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memacu pembangunan infrastruktur negara yang berkualiti, selamat dan mampan.

Seluruh warga Bahagian Jalan JKR Negeri Terengganu mendoakan agar YBhg. Datoโ€™ dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam menerajui Jabatan Kerja Raya Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

โ€œBersama Memperkasa Infrastruktur, Mensejahtera Rakyat.โ€

Ikhlas daripada,
Warga Bahagian Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, kewibawaan serta pengalaman luas YBhg. Datoโ€™ dalam menerajui sektor kejuruteraan dan pembangunan infrastruktur negara.

Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan menzahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan YBhg. Datoโ€™, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan terus unggul sebagai peneraju pembangunan infrastruktur negara yang mampan, berinovasi dan berdaya saing.

Semoga YBhg. Datoโ€™ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta iltizam yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan kemajuan negara.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
JKR Terengganu

02/06/2026

Bahagian Jalan, JKR Terengganu dan JKR Hulu Terengganu melalui Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Terengganu Tahun 2021-2026 telah melaksanakan:-

๐Ÿ“ Kerja-kerja Pembaikian Tanah Runtuh, Longkang dan Jalan Yang Rosak Akibat Banjir serta kerja-kerja berkaitan di:

T115 Jalan Kuala Berang / Sekayu / Belukar Bukit / Simpang Felda MengkawangSeksyen 22.000 โ€“ 22.700Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

๐Ÿ“… Tarikh Mula : 27 Julai 2023
๐Ÿ“… Tarikh Tamat : 25 November 2023

๐Ÿ‘ท Kontraktor Penyelenggaraan: MS Citajaya Sdn. Bhd.

JKR Terengganu sentiasa komited dalam memastikan infrastruktur jalan negeri berada dalam keadaan selamat, berfungsi dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.





02/06/2026

๐Ÿšง Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu dan JKR Kuala Terengganu melalui Kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri Tahun 2021โ€“2026 telah melaksanakan Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan secara Regulate and Resurface di:

๐Ÿ“ T52 Jalan Sungai Rengas โ€“ Pulau Musang
๐Ÿ“ Daerah Kuala Terengganu
๐Ÿ“ Seksyen 0.0 km โ€“ 1.4 km

๐Ÿ“… Tarikh Mula : 18 Januari 2026
๐Ÿ“… Tarikh Siap : 12 Februari 2026

๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธKontraktor Penyelenggaraan: SCIB Sasoakai JV Sdn Bhd

Usaha berterusan untuk memastikan jalan yang lebih selamat, selesa dan berkualiti untuk semua pengguna.

๐Ÿšง TAHUKAH ANDA? Bukan semua jalan rosak dibaiki dengan kaedah yang sama.Setiap jenis kerosakan jalan memerlukan kaedah p...
02/06/2026

๐Ÿšง TAHUKAH ANDA? Bukan semua jalan rosak dibaiki dengan kaedah yang sama.

Setiap jenis kerosakan jalan memerlukan kaedah pembaikan yang berbeza bagi memastikan hasil yang lebih berkualiti, tahan lama dan menjimatkan kos penyelenggaraan.

Antara kaedah yang biasa digunakan ialah:

โœ… Mill and Pave โ€“ Mengisar lapisan asfalt lama dan menggantikannya dengan lapisan baharu.

โœ… Regulate & Overlay โ€“ Meratakan permukaan jalan sebelum lapisan asfalt baharu diturap.

โœ… Partial Reconstruction (Partial Recon) โ€“ Membaiki bahagian jalan yang mengalami kerosakan setempat.

โœ… Reconstruction (Recon) โ€“ Membina semula keseluruhan struktur jalan yang telah rosak teruk.

โœ… Cold In-Place Recycling (CIPR) โ€“ Mengitar semula lapisan jalan sedia ada di lokasi bagi meningkatkan kekuatan struktur serta menjimatkan penggunaan bahan baharu.

๐Ÿ“Œ Pemilihan kaedah bergantung kepada tahap kerosakan, keadaan struktur jalan, kos dan jangka hayat yang dikehendaki.

Bahagian Jalan JKR Terengganu sentiasa komited memastikan rangkaian jalan yang lebih selamat, selesa dan berkualiti untuk rakyat.


Address

Jabatan Kerja Raya Negeri
Kampong Kuala Setiu
20922

Telephone

+6096274092

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Jalan JKR Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share