Polis Daerah Bera

Polis Daerah Bera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Bera, Government Organization, IBUPEJABAT POLIS DAERAH BERA, Kampong Kerayong.

KENYATAAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH BERATANGKAPAN DI BAWAH SEK. 186 KANUN KESEKSAAN
15/09/2026

KENYATAAN MEDIA
YDH KETUA POLIS DAERAH BERA

TANGKAPAN DI BAWAH SEK. 186 KANUN KESEKSAAN

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air terus me...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia.

“Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada:
DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj Ayob
Pemangku Ketua Polis Pahang
serta Seluruh Warga PDRM Kontinjen Pahang

🇲🇾 Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.

15/09/2026

LIVE: MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KPN, PENGARAH PENGURUSAN DAN SUPM

Kini sedang berlangsungnya Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Pengarah Pengurusan serta Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang disaksikan oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.






#15092026

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERIPelantikan DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara....
14/09/2026

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI

Pelantikan DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

PUTRAJAYA, 14 September 2026 - Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa mulai 9 September 2026.

11/09/2026
PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026BERA, 10 ...
10/09/2026

PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026

BERA, 10 September 2026 – Program Town Hall Discussion Ketua Polis Pahang dan Peluncuran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Konvensyen Daerah Bera.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YDH SAC Ahmad Sukarno bin Mohd Zahari, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang yang hadir selaku wakil rasmi YDH Pemangku Ketua Polis Pahang.

Sesi Town Hall Discussion bertemakan “Bijak Digital: Bijak Sebelum Terkena” memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan modus operandi penipuan dalam talian (scammer), langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan menjadi mangsa.

Program turut menyaksikan Peluncuran Taman Angkat AMANITA, yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara PDRM, khususnya AMANITA, dengan komuniti wanita, KRT dan SRS dalam usaha pencegahan jenayah serta memperkasakan keselamatan komuniti.

Program ini menjadi platform interaksi dua hala antara PDRM dan masyarakat dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik demi mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.

Turut hadir, YB Leong Yu Man, ADUN Triang merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang; Brigedier Jeneral Dato’ Azhar bin Mustapha, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU); YDH Supt. Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera; YDH DSP Kumaran a/l Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera serta Ketua-ketua Jabatan PDRM, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, KRT/SRS dan penduduk Taman Merbau Indah.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.





10/09/2026

PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA PERINGKAT KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026

Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera

FATIG & RAPTAI SEMPENA PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA PERINGKAT KON...
09/09/2026

FATIG & RAPTAI SEMPENA PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA PERINGKAT KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026

09 September 2026 | Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera

Bera – Program Fatig Persiapan Tempat dan Raptai sempena Program Town Hall Discussion Ketua Polis Pahang dan Peluncuran Taman Angkat AMANITA Peringkat Kontinjen Pahang Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 09 September 2026, bertempat di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Program melibatkan seramai 102 orang warga IPD Bera yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Aktiviti Fatig merangkumi persiapan serta susun atur kerusi dan meja tetamu jemputan, ruang pameran agensi, hiasan pentas serta susun atur pentas utama bagi tetamu kenamaan. Raptai turut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan program yang akan berlangsung.

Program berjalan dengan baik, teratur dan lancar.






08/09/2026

Address

IBUPEJABAT POLIS DAERAH BERA
Kampong Kerayong
28200

Telephone

+6092508222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Bera:

Shortcuts

Share