26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ / ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2026 / 1447 HIJRAH
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan Inayah-Nya jua, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1447 Hijrah bersamaan 27 Mei 2026 Masihi.
Ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, mengajar kita erti ketakwaan, keikhlasan dan kesabaran. Nilai inilah yang perlu dihayati oleh setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memikul amanah menegakkan undang-undang, demi memelihara kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara. Semoga kita dapat mencontohi sifat-sifat terpuji Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S terutamanya dalam aspek ketaatan mutlak kepada Sang Pencipta serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita seharian.
Hari Raya Aidiladha merupakan sambutan bercirikan Rabbani yang mengajar kita untuk saling berkongsi dan meringankan kesusahan agar kegembiraan dapat dirasai bersama.
Kepada Tetamu Allah khususnya warga PDRM yang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini, didoakan semoga para duyufurrahman dikurniakan kesihatan yang baik serta dianugerahkan haji yang mabrur.
Pada kesempatan ini, saya turut mengingatkan kepada masyarakat yang akan pulang ke kampung halaman agar memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan rumah, merancang perjalanan sebaiknya serta mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Akhirul kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga PDRM. Semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT dan beroleh keberkatan-Nya.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
(DATOโ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL)
IG Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia