13/09/2024
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf sepanjang hidup saya dan keluarga saya jika ada tersilap kata mahupun perbuatan semasa atau selepas pengenalan dengan sesiapa saja sebelum ini.
Saya sedar saya hanya insan biasa tetapi saya percaya Allah maha merancang dan maha mengetahui.
Justeru saya dengan penuh rasa rendah diri menjemput semua rakan, sahabat mahupun kenalan untuk bersama saya semasa penamaan calon hari esok.
Semoga kalian semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk bersama membantu saya sepanjang musim berkempen ini.
Syed Hussien Al-yahya