01/06/2026
Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional Ke-52
Hari ini menandakan ulang tahun ke-52 Barisan Nasional, sebuah gabungan yang dibina atas semangat perpaduan, persefahaman dan kestabilan demi kemajuan negara.
Sepanjang lebih lima dekad, Barisan Nasional telah melalui pelbagai cabaran dan perubahan. Namun, komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat serta mempertahankan keharmonian negara tetap menjadi teras perjuangan.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang terus setia mendukung perjuangan ini. Kesetiaan dan pengorbanan anda adalah kekuatan Barisan Nasional.
Dengan semangat kebersamaan dan tekad yang utuh, saya yakin Barisan Nasional akan terus relevan dan kembali meraih kepercayaan rakyat.
Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional Ke-52.
Hidup Barisan Nasional!