JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pages Jkr WP Kuala Lumpur Pejabat baru ini terletak di Jalan Chan Sow Lin.

JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1975 berikutan dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974. Ia ditubuhkan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab kerja raya am dikawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripadaJabatan Kerja Raya Selangor. Pengurusan jabatan ini adalah sama seperti Jabatan Kerja Raya di peringkat negeri dengan perbezaan nyata bahawa ianya dibiayai oleh Peruntukan Persekutuan. Semasa penubuhan JKR Wilayah Persekutuan, jabatan ini telah ditempatkan di Bangunan JKR 26 Jalan Sultan Hishamuddin berkongsi dengan JKR Daerah Gombak. Pada bulan April 1976, Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah ke pejabat sementara di Jalan Tun Ismail berhampiran dengan Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada bulan Januari 1996, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah pejabat sekali lagi, kini ke sebuah pejabat yang tetap, indah dari segi rekabentuknya dan selesa dari segi keluasannya.

Tahniah & Syabas! 💐​​Setinggi-tinggi ucapan tahniah ditujukan khas kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Suhaili bin Mansor, Pengar...
06/09/2026

Tahniah & Syabas! 💐

​Setinggi-tinggi ucapan tahniah ditujukan khas kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) JKR atas penganugerahan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’.

​Pengiktirafan ini dikurniakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-64 DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

​Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi buat kita semua untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi kemajuan nusa dan bangsa.

​Tulus ikhlas daripada:

Ir. Hj. Mazlan bin Hj. Mustapha
Pengarah
serta seluruh Warga Kerja JKR WPKL.

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal





05/09/2026

🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1448H / 2026M 🌙
📅 5 September 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Alhamdulillah, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung pada hari ini.

Majlis turut diserikan dengan perarakan Maulidur Rasul, yang disertai oleh kontinjen JKR WPKL sebagai tanda kecintaan dan penghormatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir bersama ialah Pengarah JKR WPKL, Ir. Hj. Mazlan bin Hj. Mustapha, serta barisan kontinjen JKR WPKL yang bersama-sama memeriahkan sambutan penuh bermakna ini.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita terus meneladani akhlak, kepimpinan dan sunnah Rasulullah SAW dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“Wadah Kecintaan, Sunnah Dijadikan Panduan.” ❤️‍🩹




🇲🇾 SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH – UNIT SENGGARA TENTERA JKR WPKL 🇲🇾3 September 2026 | Bilik Mesyuarat JKR Kem Kement...
04/09/2026

🇲🇾 SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH – UNIT SENGGARA TENTERA JKR WPKL 🇲🇾

3 September 2026 | Bilik Mesyuarat JKR Kem Kementah

Pada 3 September 2026, telah berlangsung Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah melibatkan Unit Senggara Tentera, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Kem Kementah.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Hj. Mazlan bin Hj. Mustapha, Pengarah JKR WPKL, dan turut dihadiri oleh Puan Sarini binti Abdullah, Ketua Bahagian Senggara; Ir. Fadzlida binti Fadzil, Ketua Bahagian Elektrik; serta Ir. Mohd Faizal bin Mohamad, Ketua Unit Senggara Tentera, bersama-sama seluruh warga Unit Senggara Tentera.

Perjumpaan ini melibatkan kakitangan yang bertugas di Kem Kementah, Kem Kentonmen dan Kem Wardieburn, sebagai platform bagi memperkukuh komunikasi, memperkemas penyelarasan kerja serta mendapatkan pandangan dan maklum balas secara terus daripada warga kerja di lapangan.

Sesi seumpama ini turut menjadi wadah penting dalam memperkasakan aspek pengurusan senggaraan, penyampaian perkhidmatan, pemantauan prestasi serta penyelesaian isu secara lebih strategik dan berkesan, selaras dengan aspirasi JKR WPKL untuk memastikan fasiliti dan aset kerajaan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Unit Senggara Tentera JKR WPKL atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan senggaraan.





03/09/2026

🏆🎮 KEJOHANAN PIALA PENGARAH E-SPORT MLBB JKR WPKL 2026 🎮🏆

3 September 2026 | Dewan Serbaguna, Tingkat 19, JKR WPKL
Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR WPKL telah menganjurkan Kejohanan Piala Pengarah E-Sport Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) JKR WPKL 2026 yang berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan.

Majlis pembukaan kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR WPKL, Pn. Sarini binti Abdullah.

Sebanyak empat (4) pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, iaitu:
⚔️ Team KS (Bahagian FM)
⚔️ Jacket Potato (Bahagian Pembangunan)
⚔️ Infinity X (Bahagian Senggara Am)
⚔️ Tiada Nama (Bahagian Pembangunan)

Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja JKR WPKL di samping memupuk semangat kerja berpasukan, komunikasi dan persaingan sihat melalui platform e-sukan.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjuarai kejohanan dan membawa pulang Piala Pengarah JKR WPKL. Syabas juga kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.




NOTIS SEBUTHARGA KERJAJKR(WP/KL)NO:A70/2026
03/09/2026

NOTIS SEBUTHARGA KERJA
JKR(WP/KL)NO:A70/2026







NOTIS SEBUTHARGA KERJAJKR(WP/KL)NO:A71/2026
03/09/2026

NOTIS SEBUTHARGA KERJA
JKR(WP/KL)NO:A71/2026







NOTIS SEBUTHARGA KERJAJKR(WP/KL)NO:E55/2026
03/09/2026

NOTIS SEBUTHARGA KERJA
JKR(WP/KL)NO:E55/2026







NOTIS SEBUTHARGA KERJAJKR(WP/KL)NO:E54/2026
03/09/2026

NOTIS SEBUTHARGA KERJA
JKR(WP/KL)NO:E54/2026







01/09/2026
🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026! 🇲🇾“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh pe...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026! 🇲🇾

“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta terus berusaha membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta kekal teguh sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan berdaya saing.”

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

🇲🇾 Ikhlas daripada

YBrs. Ir. Hj. Mazlan bin Hj. Mustapha
Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur
serta seluruh warga kerja JKR WPKL






Address

Kampong Dollah

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392064400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share