ICU JPM Wilayah Persekutuan

ICU JPM Wilayah Persekutuan ICU JPM Wilayah Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„ππˆπ€π†π€ πŠπ„π‚πˆπ‹Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu pe...
31/08/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„ππˆπ€π†π€ πŠπ„π‚πˆπ‹

Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu peniaga kecil mendapatkan kelengkapan dan keperluan perniagaan, termasuk ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah, penjaja serta peniaga pasar malam.

Selain itu, RM1 bilion tambahan bagi pembiayaan perniagaan mikro menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion pada tahun 2026, bagi memperluas akses kepada pembiayaan dan membantu lebih ramai usahawan kecil mengembangkan perniagaan.

Inisiatif ini memberi ruang kepada peniaga kecil untuk meningkatkan kapasiti perniagaan, menambah pendapatan serta memperkukuh sumber ekonomi keluarga, sekali gus menyokong kelangsungan dan pertumbuhan ekonomi masyarakat.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM





𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekol...
31/08/2026

𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah pada tahun 2027, meningkat berbanding tahun sebelumnya, termasuk tambahan RM500 juta bagi memastikan kemudahan pendidikan berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif.

Peruntukan ini meliputi semua jenis sekolah, dengan kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula Januari 2027 bagi memastikan kemudahan sekolah dapat diselenggara dan ditambah baik secara berterusan.

Inisiatif ini memberi manfaat kepada murid daripada pelbagai latar belakang dan bangsa dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif, demi menyokong pendidikan serta membentuk generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing dan sejahtera.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM





Subsidi bersasar, manfaat diperluas. 🌏Kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 kepa...
30/08/2026

Subsidi bersasar, manfaat diperluas. 🌏

Kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 kepada 300 liter sebulan. Kelayakan BUDI Diesel bagi lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak p**a ditingkatkan daripada 300 kepada 400 liter sebulan.

Berkuat kuasa seawal 1 September 2026, penambahbaikan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 ini bakal memanfaatkan lebih 16 juta pengguna BUDI95, ikhtiar Kerajaan MADANI yang diterjemahkan kepada manfaat langsung untuk rakyat.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM




π—˜π—‘π—”π—  π—œπ—žπ—›π—§π—œπ—”π—₯, 𝗠𝗔𝗑𝗙𝗔𝗔𝗧 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§Enam ikhtiar ini bukan sekadar angka dan peruntukan. Di sebaliknya ada rakyat yang ber...
30/08/2026

π—˜π—‘π—”π—  π—œπ—žπ—›π—§π—œπ—”π—₯, 𝗠𝗔𝗑𝗙𝗔𝗔𝗧 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§

Enam ikhtiar ini bukan sekadar angka dan peruntukan. Di sebaliknya ada rakyat yang bergantung pada kenderaan untuk mencari rezeki, sekolah yang menunggu pembaikan, pesakit yang mengharapkan perkhidmatan lebih cekap, anak muda yang mahu meneroka teknologi serta peniaga kecil yang mahu terus bertahan.

ICU JPM mendukung tekad ini agar setiap ikhtiar tidak terhenti pada pengumuman, sebaliknya diterjemahkan kepada pelaksanaan dan manfaat yang benar-benar dirasai rakyat.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM


π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ, π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 hari ini membawa mesej jelas: pembangunan bukan sekadar ...
30/08/2026

π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ, π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§

Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 hari ini membawa mesej jelas: pembangunan bukan sekadar dirancang, tetapi mesti sampai dan dirasai rakyat. Peningkatan peruntukan negeri, projek berdasarkan keutamaan sebenar serta pelbagai inisiatif MADANI mencerminkan tekad Kerajaan memastikan tiada negeri atau rakyat tercicir.

ICU JPM komited memperkukuh penyelarasan dan pemantauan agar setiap peruntukan diterjemahkan kepada hasil serta setiap projek membawa manfaat.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM


30/08/2026
29/08/2026
PROJEK PEMBINAAN SURAU AL-ITTIFAQIYYAH DI PRESINT 8, PUTRAJAYA.KENYATAAN TENDER PPNWP/T/001/2026Dokumen Tender yang diis...
27/08/2026

PROJEK PEMBINAAN SURAU AL-ITTIFAQIYYAH DI PRESINT 8, PUTRAJAYA.

KENYATAAN TENDER PPNWP/T/001/2026

Dokumen Tender yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandakan dengan tajuk projek di sebelah atas bahagian kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada tarikh dan tempat berikut:

Tarikh Tutup Tender: 24 September 2026 (Khamis) sebelum / pada 12.00 Tengah Hari

Tempat: Peti Tender di Unit Tawaran Pusat, Bahagian Kewangan & Akaun, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi melalui pautan ini: https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=cawang&type=wp&list=ep

LAWATAN PROGRAM SEJAHTERA MADANI: KEBAJIKAN DI PARLIMEN SETIAWANGSA17 Ogos 2026 – Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Wila...
21/08/2026

LAWATAN PROGRAM SEJAHTERA MADANI: KEBAJIKAN DI PARLIMEN SETIAWANGSA

17 Ogos 2026 – Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan dan menyantuni keluarga penerima di sekitar kawasan Parlimen Setiawangsa di bawah Program Sejahtera MADANI: Kebajikan – Bantuan Pembiayaan Tunggakan Sewa Rumah dan Utiliti.

Sumbangan ini disalurkan kepada keluarga miskin dan miskin tegar yang berdepan kekangan kewangan serta tunggakan sewa rumah dan utiliti, khususnya keluarga yang mempunyai tanggungan ramai, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), pesakit terlantar serta keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Dato’ Afdlin Shauki Aksan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Zon Setiawangsa, yang bersama-sama menyantuni keluarga penerima dan meninjau sendiri keadaan serta keperluan mereka.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan melalui ICU JPM Wilayah Persekutuan dalam memastikan bantuan disampaikan secara bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.





20 Ogos 2026 | Parlimen Setiawangsa, Kuala LumpurMajlis Penyerahan Projek Siap Kerja-Kerja Naiktaraf Pentas dan Kerja-Ke...
21/08/2026

20 Ogos 2026 | Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur

Majlis Penyerahan Projek Siap Kerja-Kerja Naiktaraf Pentas dan Kerja-Kerja Berkaitan di Dataran Pentas Awam PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan, Kuala Lumpur telah disempurnakan dengan jayanya bertempat di PPR Kampung Baru Air Panas, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Projek yang diluluskan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) Tahun 2026 dan dilaksanakan oleh ICU JPM Wilayah Persekutuan ini telah berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh siap asal, iaitu pada 8 Ogos 2026, berbanding tarikh siap asal yang ditetapkan pada 9 September 2026. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan rakyat dapat disempurnakan dengan cekap, berkualiti dan menepati keperluan setempat.

Kemudahan yang telah dinaik taraf ini diharapkan dapat dimanfaatkan secara optimum oleh penduduk PPR Kampung Baru Air Panas sebagai ruang komuniti bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, termasuk program kebajikan, sukan, belia serta aktiviti sosial yang dapat memperkukuh hubungan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik PMX, YBhg. Dato’ Afdlin Shauki, Pengerusi MPP Wilayah Persekutuan Zon Setiawangsa, YBrs. Tuan Megat Azlani Megat Ramli, Pengarah ICU JPM Wilayah Persekutuan, serta wakil Persatuan Penduduk PPR Kampung Baru Air Panas.





Address

Kampong Dollah
50350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share