Pusat Pembangunan Wanita Kelantan - PPWK Demit

Pusat Pembangunan Wanita Kelantan - PPWK Demit Pusat Aktiviti Wanita menyediakan Bengkel Jahitan, Kursus Kulinari serta kemahiran-kemahiran lain khususnya kepada wanita di Demit, Kubang Kerian

Bengkel jahitan yang dikhususkan penyertaannya kepada armalah, beliawanis dan wanita

Mesyuarat PPWK Demit 2026 berlangsung dengan penuh tertib dan kesepakatan. Semoga setiap perancangan dan perbincangan di...
10/04/2026

Mesyuarat PPWK Demit 2026 berlangsung dengan penuh tertib dan kesepakatan. Semoga setiap perancangan dan perbincangan dipermudahkan oleh Allah serta diberkati dengan hasil yang baik.

Hadir bersama penasihat, Ustazah Radin Seri Nabahah (isteri ADUN Demit) serta Pengerusi PPWK Demit, Puan Rukiah dan AJK PPWK Demit.

Moga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan ummah 🤍


02/03/2026

🌙✨ Tazkirah Ramadan | Ayat Tadarus 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan penuh keberkatan. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita mentadabbur ayat-ayat Allah, membersihkan hati dan memperbaiki diri. 🤍

Jom hadir bersama dalam majlis Tazkirah Ayat Tadarus Ramadan 1447H pada:

📅 13 Ramadan 1447H | 03 Mac 2026 (Selasa)
⏰ 9:30 pagi
📍 Masjid Terap

Bersama Ustazah Syafini, kita hayati kalam Allah, kuatkan ukhuwah dan rebut ganjaran pahala yang berlipat ganda.

“Ramadan adalah madrasah jiwa, dan Al-Quran adalah penawarnya.”

Semoga setiap langkah kita ke majlis ilmu ini menjadi asbab rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. 🤲💜

28/02/2026

✨🌙 TAZKIRAH AYAT TADARUS RAMADAN 1447H 🌙✨

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengimarahkan Ramadan dengan menghadiri Tazkirah Ayat Tadarus Ramadan bersama Ustazah Nuriza 🤍

🗓 01 Mac 2026 | 11 Ramadan 1447H
🕤 Ahad | 9:30 pagi
📍 Masjid Mukim Mentuan

Semoga pertemuan ini menjadi asbab kita lebih memahami ayat-ayat Allah, melembutkan hati dan menambah amal di bulan yang penuh keberkatan ini.

Jom hadir dan ajak keluarga serta sahabat bersama 🤲🏻

27/02/2026

SKIM BANTUAN PESAKIT KANSER PAYUDARA KELANTAN 2026

Permohonan untuk bantuan pesakit kanser payudara 2026 kini telah dibuka

🛑 Skim ini telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Skim ini sebagai tanda pihak kerajaan negeri cakna dan peka dengan ujian dan kesukaran yang dialami pesakit. Bagi tahun ini, bantuan one-off sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada pesakit.

Antara syarat kelayakan menerima Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan adalah :
- warganegara Malaysia bermastautin di Kelantan
- pesakit disahkan menghidap kanser payudara (pada mana-mana tahap) oleh pihak hospital
- masih menjalani rawatan kanser di hospital yang diperakui kerajaan
- bukan daripada penerima Skim Bantuan Khas Kanser Payudara Kelantan 2025
- pendapatan isi rumah kurang dari RM 5,000 sebulan
- wajib melampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan : salinan kad pengenalan pemohon, salinan surat pengesahan sebagai pesakit kanser payudara dari pihak hospital, salinan penyata gaji pemohon dan pasangan
- borang mestilah disahkan oleh Penghulu Mukim dan YB ADN/ Penyelia DUN

Borang Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan boleh dimuat turun di pautan:

https://go.kelantan.gov.my/W0SDm

⛔ Borang boleh dihantar ke :

Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan

🔴Tarikh tutup permohonan untuk Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan adalah pada 31 Mac 2026

Hubungi 019-9813918 untuk pertanyaan (whatsapp)

26/02/2026

✨ TAZKIRAH AYAT TADARUS RAMADAN 1447H ✨

Alhamdulillah, bersempena 09 Ramadan 1447H, kita bakal bersama dalam sesi Tazkirah Ayat Tadarus Ramadan yang akan disampaikan oleh Ustazah Mimi.

📅 27 Februari 2026 (Jumaat)
🕗 8:00 pagi
📍 Madrasah Binjai Manis

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita lebih memahami ayat-ayat Allah, menambah cinta kepada Al-Quran dan menguatkan lagi amal ibadah sepanjang Ramadan.

“Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah untuk membentuk jiwa.” 🌙🤍

Jom hadir dan sama-sama rebut keberkatan Ramadan ✨



20/02/2026

TAWASAU (SALING BERPESAN) SIRI 3️⃣0️⃣

"Seumpama Api Yang Marak Tapi Gelap Tidak Bercahaya"

Allah SWT berfirman:

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًۭا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَـٰتٍۢ لَّا يُبْصِرُونَ.

Maksudnya: "Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (Al-Baqarah: 17)

Golongan yang membeli kesesatan dengan petunjuk diumpamakan oleh Allah SWT seperti orang yang menyalakan api yang menerangi tetapi Allah biarkan mereka dalam kegelapan. Mereka langsung tidak dapat menikmati cerahnya api yang mereka nyalakan. Hiduplah mereka dalam kesesatan dan kekufuran yang mereka sendiri usahakan.

Begitulah hal keadaan kita hari ini. Boleh jadi kita hidup dalam kemewahan yang tidak terhitung nikmatnya tetapi tidak mampu memahami hakikat sebenar kehidupan. Kita lupa tentang tujuan hidup di dunia sebagai hamba Allah yang beriman lalu menjadi hamba yang bertuhankan nafsu yang tidak pernah puas. Kita leka dengan kesenangan hidup yang menjadikan kita kabur soal dosa dan pahala.

Perumpamaan ini memberikan nilai signifikan tentang pilihan yang terbentang luas untuk manusia memilih di pentas dunia ini sama ada mahu memikirkan soal keimanan atau terus menerus hanyut dalam kesesatan atau kekerasan hati. Kita masih diberikan peluang untuk menentukan baik dan buruk dalam banyak keadaan dan tidak boleh berterusan hidup dalam kejahilan. Hiduplah dengan ilmu dan kesedaran tentang hakikat kehidupan serta sentiasa memohon keampunan atas segala kesilapan.

〰️Asri eddiwanie
1 Ramadan 1447H

19/01/2026
18/01/2026

CERAMAH PERDANA ISRA’ & MI’RAJ

Insyaallah malam esok saya akan berkongsi dengan jemaah Masjid Istana (Masjid Raja Perempuan Zainab II) berkaitan Isra’ & Mikraj. Adik kakok yang tinggal berdekatan turut dijemput hadir. Ttemu Ddenu.

17/01/2026
16/01/2026

Address

Kampong Dalam Kota

Opening Hours

Monday 09:00 - 12:00
Tuesday 09:00 - 12:00
Wednesday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Wanita Kelantan - PPWK Demit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share