04/10/2024
Insyaallah satu ekspedisi akan dibuat untuk mencari menara tinjau atau kubu pertahanan Kota Bukit Meriam di atas puncak Bukit Meriam.
Mengikut maklumat yang ada kita sudah dapat kesan lokasi lokasinya. Namun ada satu lokasi saja yang dirasakan belum "diusik" orang.
Dari maklumat tersebut kita juga percaya bahan binaan dan juga teknologi binaan sama
seperti kubu pertahanan Kota Bukit Meriam yang ada di kaki Bukit Meriam.
Kubu pertahanan di kaki bukit dipercayai kubu utama yang mengawal pintu masuk ke Kota Bukit Meriam namun kubu pertahanan yang di puncak bukit ini mungkin pertahanan jarak jauh.Beza bentuk kubu kaki bukit berbentuk segi empat manakala di puncak bukit p**a kubu ini berbentuk bulat yang mempunyai pintu dan ada tingkap.
Andaian ini berdasarkan maklumat saja namun agak menarik maklumat ini mengatakan ada 2 kubu atau menara bulat ada di satu sudut puncak bukit yang pintu masuk bahagian atasnya berbentuk lengkung @ kubah.
Adakah ia menara azan Kota Bukit Meriam 1136 ? menara pertama sebelum membina lagi di Gunung Jerai yang tak sempat siap... Wallahualam....