Kolej Vokasional Melaka Tengah

Kolej Vokasional Melaka Tengah INSPIRING • PROFESSIONAL • PASSIONATE
“Memperkasa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Melalui Pelaksanaan Program Yang Berkualiti.”

Kolej Vokasional Melaka Tengah menyediakan pengajian vokasional dan kemahiran untuk pelajar-pelajar lepasan PT3.

KEM PEMIMPIN  GENERASI MADANI KVSMT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026🗓 09 - 11 Jun 2026📍 Terengganu Advance Technology Ins...
12/06/2026

KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI KVSMT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
🗓 09 - 11 Jun 2026
📍 Terengganu Advance Technology Institut University College (TATI UC), Kemaman, Terengganu

Kem Pemimpin Generasi Madani KVSMT Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 merupakan program pembangunan insaniah kepada para pelajar Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik.

Dalam penganjuran tahun ketiga pada tahun ini, KVMT telah diwakili oleh dua Ahli Pembimbing Rakan Sebaya
✨Muhammad Haziq bin Mohd Shaiful Bahri
✨Mezy Ameera Areej Azmeer binti Abdul Razzaq
serta diiringi oleh Cik Adh Dhamirah binti Abdul Jalil selaku Jurulatih Utama BPLTV.

Ts Zulkernai bin Fauzi, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal Vokasional (BPLTV) KPM dalam ucapatama beliau melalui Sesi Bicara Pemimpin Generasi MADANI telah mengingatkan peserta mengenai tahap resilient untuk berdepan dengan dunia TVET yang bakal menjadi pilihan kerjaya utama menjelang 2030.

KEPUTUSAN SEMASA SuKoV ZON MELAKA & NEGERI SEMBILANKedudukan semasa   kini berada di tempat ke-3 🥉Teruskan perjuangan da...
12/06/2026

KEPUTUSAN SEMASA SuKoV ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN

Kedudukan semasa kini berada di tempat ke-3 🥉

Teruskan perjuangan dan kekalkan semangat juang! Ayuh MelTVoc, kita bangkit dan kejar kejayaan yang lebih gemilang 🏆✨





PROGRAM ACE TUTOR📆 12 Jun 2026 (Jumaat)🕐 9.00 pagi – 12.00 tengah hari👥 Pelajar ACE (Pengawas Pusat Sumber ILHAM)Program...
12/06/2026

PROGRAM ACE TUTOR

📆 12 Jun 2026 (Jumaat)
🕐 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
👥 Pelajar ACE (Pengawas Pusat Sumber ILHAM)

Program ini melibatkan pelajar Semester 1 yang memerlukan bimbingan dan pengukuhan dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi Penilaian Akhir Semester 1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Melalui pelaksanaan program ini, para peserta mengikuti kelas intensif yang memberi penekanan kepada teknik menjawab bahagian karangan. Fokus utama merangkumi panduan penulisan yang berkesan, penggunaan tatabahasa yang tepat serta strategi menjawab soalan dengan lebih sistematik dan yakin.

Diharapkan program ini dapat membantu meningkatkan kemahiran penulisan serta membina keyakinan diri peserta dalam menghadapi Penilaian Akhir Bahasa Inggeris Semester 1 dengan lebih cemerlang.





🏆 TAHNIAH PESERTA KV SKILLS – BIDANG ADDITIVE MANUFACTURING (MPI) 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :AHMADDIL AD...
12/06/2026

🏆 TAHNIAH PESERTA KV SKILLS – BIDANG ADDITIVE MANUFACTURING (MPI) 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :
AHMADDIL ADAM BIN MOHD ALYASAK
atas pencapaian cemerlang apabila berjaya meraih Tempat Ke-4 dalam pertandingan Additive Manufacturing (MPI) peringkat Zon Melaka & Negeri Sembilan. 🌟

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, kemahiran teknikal yang mantap serta daya saing yang membanggakan dalam bidang teknologi pembuatan moden. 💡⚙️

Pembantu:
🤝 MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD HELMI

Pensyarah Pembimbing:
👩‍🏫 Ts Nurul Wahida binti Hanapiah
👩‍🏫 Pn Nurul Asyilah binti Zakaria

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama institusi ke peringkat yang lebih tinggi. 🚀🔥








🏆 TAHNIAH JOHAN CNC MILLING PERINGKAT ZON 🏆(Program Teknologi Pemesinan Industri)Warga KVMT merakamkan setinggi-tinggi t...
11/06/2026

🏆 TAHNIAH JOHAN CNC MILLING PERINGKAT ZON 🏆
(Program Teknologi Pemesinan Industri)

Warga KVMT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
MUHAMMAD HADIF BIN MOHD HUDA HAFIZ (2SMPI)
atas kejayaan cemerlang meraih Johan dalam pertandingan CNC Milling peringkat Zon Melaka & Negeri Sembilan.

Kejayaan ini membuktikan kecekalan, kemahiran teknikal yang tinggi serta komitmen yang padu dalam bidang pemesinan industri. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KVMT untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing:
1. EN. SYARIL BIN MUSTAPA KAMAL
2. CIK. NUR NATASHA ASYIKIN BINTI KAMAL
atas bimbingan, dedikasi dan sokongan berterusan dalam memastikan kejayaan ini direalisasikan.




🏆 KV SKILLS – PENGURUSAN PERNIAGAAN PERINGKAT ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN 🏆Tahniah kepada Muhammad Arif Zakuan bin Abdu...
11/06/2026

🏆 KV SKILLS – PENGURUSAN PERNIAGAAN PERINGKAT ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN 🏆

Tahniah kepada Muhammad Arif Zakuan bin Abdullah (2SBPP) atas pencapaian tempat ke-4 daripada 8 peserta dalam Pertandingan KV Skills. 👏✨

Pencapaian ini amat membanggakan kerana hanya 0.01 mata membezakan beliau dengan tempat ke-3. 💪📊

Semoga terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 🚀

Terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Muhammad Zakir dan Cik Shahrina atas bimbingan dan sokongan. 🙏🎓

Syabas dan teruskan kecemerlangan! 🌟




TAHNIAH JOHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW (BEREGU) KVMT – SuKoV ZON Kejayaan turut diserikan dengan pencapaian individu yang me...
10/06/2026

TAHNIAH JOHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW (BEREGU) KVMT – SuKoV ZON

Kejayaan turut diserikan dengan pencapaian individu yang membanggakan:

- Killer Terbaik
Syadafi Asheq bin Md Jisah (2SMTK)

- Feeder Terbaik
Muhammad Haiqal Iskandar bin Mohd Haelza (2SETE)

- Tekong Terbaik
Muhammad Ibad Asyraff bin Iberahim (2DMPP)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw (Beregu) Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT) atas kejayaan cemerlang merangkul gelaran Johan dalam Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Zon Melaka & Negeri Sembilan.

Kejayaan ini mencerminkan disiplin yang tinggi, kesungguhan yang berterusan serta strategi permainan yang mantap hasil semangat berpasukan yang utuh dalam kalangan atlet KVMT.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, En. Faizan, En. Razaie, En. Khairul Amzari dan En. Alif Husaini, atas bimbingan, komitmen dan sokongan berterusan dalam membentuk pasukan yang berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama KVMT ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah!

SESI TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA CALON 1SVM SEMESTER 1 KOHORT 2025📆 10 Jun 2026 (Rabu)⏰ 08:00 Pagi📍 Dewan Bunga Ra...
10/06/2026

SESI TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA CALON 1SVM SEMESTER 1 KOHORT 2025
📆 10 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 08:00 Pagi
📍 Dewan Bunga Raya, KVMT

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan yang jelas dan terperinci kepada semua calon 1SVM Semester 1, Kohort 2026 mengenai tatacara, peraturan serta panduan menghadapi Penilaian Akhir. Sesi ini juga diadakan bagi memastikan semua calon dapat membuat persiapan yang rapi dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan demi kelancaran peperiksaan.





09/06/2026

MAJLIS PENGENALAN ATLET SuKoV & PESERTA PERTANDINGAN KV SKILLS 2026

📆 09 Jun 2026 (Selasa)
📍 Dewan Bunga Raya, KVMT
🕝 2:45 Petang

Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan barisan atlet Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) serta peserta Pertandingan KV Skills 2026 yang akan mewakili kolej ke peringkat Zon Melaka & Negeri Sembilan. 💪🎯

Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan menyuntik semangat, motivasi dan keyakinan diri dalam kalangan peserta, malah menjadi wadah penghargaan atas komitmen, usaha serta dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang proses latihan dan persediaan. 🌟🏆

Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada PIBG KVMT atas sumbangan jersi kepada para atlet. Sumbangan ini amat bermakna dalam meningkatkan identiti pasukan serta menyemarakkan lagi semangat juang para atlet untuk memberikan persembahan terbaik. 🤝👕

Semoga semua atlet dan peserta yang terlibat dapat mempamerkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama kolej di persada yang lebih gemilang. 🔥👏

Kita JUARA




Address

Jalan Tun Telani
Kampong Bukit Katil
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+6062326190

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Melaka Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share