Perpustakaan Desa Kampung Bukit Jering, Jeli, Kelantan

Perpustakaan Desa Kampung Bukit Jering, Jeli, Kelantan Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Ada orang baru makan sikit, perut terus rasa penuh.Baru minum kopi, terus sendawa.Baru duduk selepas makan, rasa macam a...
29/05/2026

Ada orang baru makan sikit, perut terus rasa penuh.

Baru minum kopi, terus sendawa.

Baru duduk selepas makan, rasa macam ada “angin naik” sampai dada tak selesa.

Sebenarnya “banyak angin” bukan bermaksud badan kita penuh dengan angin misteri. Biasanya ia berlaku bila gas dalam perut dan usus terkumpul, atau perut kita terlalu sensitif terhadap gas yang sebenarnya normal.

Antara punca biasa ialah makan terlalu laju, kerap minum air bergas, kunyah gula-gula getah, merokok, sembelit, kurang bergerak, stres, atau makanan tertentu seperti susu, kekacang, bawang, kobis dan makanan bergoreng.

Kadang-kadang bukan makanan itu “jahat”, cuma badan kita tidak sesuai dengan makanan tertentu. Ada orang tidak tahan susu. Ada orang sensitif dengan makanan tinggi gula tertentu. Ada juga yang perutnya memang jenis mudah meragam bila stres.

Sebab itu kalau selalu kembung, cuba perhatikan coraknya.

Makanan apa yang dimakan?
Makan laju atau perlahan?
Ada sembelit?
Banyak duduk?
Waktu stres makin menjadi?

Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba makan perlahan, kurangkan minuman bergas, jangan terus baring selepas makan, banyakkan air, bergerak sedikit selepas makan dan rawat sembelit jika ada.

Tapi jangan anggap semua kembung itu biasa.

Jika perut kembung datang bersama sakit perut yang kuat, muntah berulang, berat badan turun, najis berdarah, susah telan, demam, atau perubahan najis yang berpanjangan, itu bukan sekadar “angin”. Dapatkan pemeriksaan.

Kadang-kadang perut bukan banyak angin.

Ia cuma sedang minta kita dengar cara kita makan, cara kita hidup, dan cara kita simpan stres.




Sumber : Public Health Malaysia

Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan un...
28/05/2026

Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.

Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengamalkan tip yang dikongsikan untuk memastikan kesihatan mental pada tahap optimum.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.



Sumber : Kementerian kesihatan Malaysia

Daging korban kita agih dengan kasih. Sisa korban kita urus dengan amanah.Setiap kali Aidiladha, ramai tangan yang beker...
28/05/2026

Daging korban kita agih dengan kasih. Sisa korban kita urus dengan amanah.

Setiap kali Aidiladha, ramai tangan yang bekerja. Ada yang menyembelih, melapah, memotong, membungkus dan mengagihkan daging kepada keluarga serta jiran tetangga.

Indahnya ibadah korban bukan hanya pada daging yang sampai kepada penerima, tetapi juga pada kebersihan yang kita tinggalkan selepas semuanya selesai.

Dalam Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang disiarkan melalui portal JAKIM, pengurusan sisa korban disebut dengan jelas

“Sisa penyembelihan ternakan korban hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran.”

Garis panduan itu turut menyatakan bahawa sisa pepejal perlu dibungkus dan dilupuskan dengan cara bersesuaian serta tidak bercanggah dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Jadi, sisa seperti perut, usus, kulit, lemak buangan, tulang kecil dan bahagian yang tidak digunakan sebaiknya diasingkan dari awal.

Masukkan ke dalam plastik tebal, ikat kemas, dan jika berair, gunakan dua lapis supaya tidak bocor dan tidak mengeluarkan bau.

Jika mahu ditanam, pilih kawasan yang sesuai. Jauhkan daripada sungai, longkang, telaga dan punca air.

Gali lubang yang cukup dalam, masukkan sisa, kemudian kambus dan padatkan tanah supaya tidak digali semula oleh haiwan.

Untuk sisa cecair seperti darah, garis panduan yang sama menyatakan ia hendaklah ditanam atau dilupuskan dengan cara bersesuaian mengikut peraturan PBT.

Korban yang terurus menjadikan kawasan lebih bersih, jiran lebih selesa dan alam sekitar lebih terpelihara. Bila ibadah dibuat dengan tertib, manfaatnya bukan hanya pada penerima daging, tetapi juga pada seluruh komuniti.

Daging korban tanda kita berkongsi rezeki.
Sisa korban tanda kita menjaga amanah.



Sumber Public Health Malaysia

Bila dapat daging korban, ramai terus fikir satu benda:“Boleh ke masak hari ni juga?”Jawapannya: boleh.Cuma kalau daging...
28/05/2026

Bila dapat daging korban, ramai terus fikir satu benda:

“Boleh ke masak hari ni juga?”

Jawapannya: boleh.

Cuma kalau daging itu baru sahaja disembelih, ada sebab kenapa sesetengah orang s**a rehatkan dulu dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman sebelum dimasak.

Daging baru sembelih masih melalui fasa otot yang “tegang”. Sebab itu kadang-kadang bila terus dimasak, teksturnya boleh jadi lebih liat, keras dan kurang juicy.

Bila daging ditoskan, diasingkan dan disejukkan dalam chiller, cecair lebihan lebih mudah turun.

Bau hamis juga boleh berkurang, dan daging lebih mudah dipotong, dibungkus serta disimpan ikut portion sekali masak.

Tapi ini penting.

Rehatkan dalam peti sejuk, bukan atas meja dapur.

Jangan biar daging mentah lama pada suhu bilik. Lagi-lagi bila cuaca panas, dapur sibuk, lalat ada, tangan ramai orang pegang, dan daging p**a masih berbungkus dalam plastik.

Kalau tiada ruang chiller, atau daging sudah lama berada di luar, lebih baik masak terus pada hari yang sama daripada dibiarkan lama-lama.

Untuk organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan perut p**a, sebaiknya urus dan masak lebih cepat kerana bahagian ini lebih mudah rosak berbanding daging pejal.
Masak hari sama boleh.
Nak lebih lembut, sejukkan dulu.
Nak simpan lama, terus bekukan.
Jangan biar lama atas meja.

Rezeki korban itu indah. Bila diurus dengan bersih, ia bukan sahaja lebih sedap dimakan, tetapi lebih selamat untuk keluarga.



Sumber : Public Health Malaysia

🚨 Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan...
28/05/2026

🚨 Elak pelaburan scam — jangan serah wang kepada skim meragukan.

Kenali tanda-tandanya lebih awal untuk lindungi kewangan daripada penipuan. 💸❌






Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Semak fakta kini lebih mudah dengan AIFA ✅WhatsApp 03-8688 7997, hantar berita untuk disemak dan terima jawapan sahih 🔍E...
27/05/2026

Semak fakta kini lebih mudah dengan AIFA ✅

WhatsApp 03-8688 7997, hantar berita untuk disemak dan terima jawapan sahih 🔍

Elak maklumat palsu — layari https://sebenarnya.my/ 🌐






Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

🦴✨ TULANG KUAT, BADAN SIHAT! ✨🦴Ramai ingat kalsium cuma ada dalam susu 🥛Tapi.. banyak lagi makanan tinggi kalsium yang b...
27/05/2026

🦴✨ TULANG KUAT, BADAN SIHAT! ✨🦴

Ramai ingat kalsium cuma ada dalam susu 🥛
Tapi.. banyak lagi makanan tinggi kalsium yang boleh bantu kuatkan tulang seperti:
🥦 Brokoli
🐟 Ikan bilis
🧀 Keju
🥣 Yogurt
🌱 Tempe

Kalsium penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan membantu mencegah osteoporosis. Keperluan kalsium harian bagi orang dewasa ialah 1000 mg sehari 💪

Tak boleh minum susu? Jangan risau! Anda masih boleh dapatkan kalsium daripada pelbagai sumber makanan lain 😉

Jom amalkan pemakanan sihat dan sayangi tulang anda dari sekarang ❤️🦴



Sumber : NutritionistKKM

Singgang Daging Kelantan Singgang Daging Versi kelantan merupakan hidangan berkuah yang ringkas, beraroma, dan menyelera...
27/05/2026

Singgang Daging Kelantan

Singgang Daging Versi kelantan merupakan hidangan berkuah yang ringkas, beraroma, dan menyelerakan.

Berikut adalah bahan-bahan utama dan langkah mudah untuk menyediakannya.

Bahan-bahan :

Daging lembu (dipotong sederhana nipis)

Lengkuas (diketuk)

Halia (diketuk)

Bawang merah (ditumbuk kasar)

Bawang putih (ditumbuk kasar)

Cili kering (dipotong atau dibiarkan sebiji)

Biji ketumbar (ditumbuk)

Asam keping

Garam secukup rasa

Air (untuk kuah)

Langkah Penyediaan Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk, halia, lengkuas, biji ketumbar, dan cili kering ke dalam air rebusan.

Masukkan kepingan daging yang telah dibersihkan. Biarkan daging empuk dan masukkan asam keping serta garam secukup rasa. Kacau sebati, biarkan mendidih seketika, dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba 😃

Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙✨Pengendalia...
27/05/2026

Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙✨

Pengendalian daging korban 🥩 yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan daging yang diagihkan sentiasa bersih dan berkualiti.

Oleh itu, pengendalian dan pengedaran daging korban perlu dikendalikan mengikut tip 👍🏻 seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman,bendasing dan sebagainya.



Sumber : Kementerian kesihatan Malaysia

Sebelum Raya Haji, ramai dah mula risau… 🤔“Eh, makan daging lembu terus naik kolesterol ke?”Sebenarnya, bukan semudah it...
27/05/2026

Sebelum Raya Haji, ramai dah mula risau… 🤔
“Eh, makan daging lembu terus naik kolesterol ke?”

Sebenarnya, bukan semudah itu 👀 Risiko lebih dipengaruhi oleh jumlah yang diambil, bahagian daging dipilih, cara memasak dan corak pemakanan keseluruhan.

Tak perlu takut makan daging korban, yang penting makan secara bijak dan bersederhana 💚

✔ Pilih bahagian kurang lemak
✔ Tambah sayur dalam pinggan
✔ Kurangkan kuah bersantan/berminyak
✔ Hadkan organ dalaman secara berlebihan

Nikmati juadah korban secara sederhana dan seimbang 😊

Team anda yang mana satu?
🍖 Rendang
🥘 Sup daging
🍛 Gulai kawah



Sumber Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan

Pembahagian Daging KorbanPembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan...
27/05/2026

Pembahagian Daging Korban

Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR

WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT

1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya

1/3 fakir dan miskin

1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM

Address

Kampong Bukit Jering
17610

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099362177

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Bukit Jering, Jeli, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category