09/05/2026
Yer selamat ke tak yer ni❓
Ramai orang nampak glove, syringe, vial, terus rasa macam “wah, professional”.
Tapi mari cakap terus terang.
Produk yang dijual itu belum mendapat kelulusan yang jelas. Itu point paling besar.
Bila sesuatu produk suntikan belum diluluskan, kita sendiri pun tak pasti apa kandungan sebenar, tahap kualiti, keselamatan, dos yang betul, cara penyimpanan, dan risiko kesan sampingannya. Ini bukan benda kecil. Ini benda yang masuk terus ke dalam badan.
Yang buat lagi membimbangkan, cara suntikan dan penyediaan p**a langsung tidak meyakinkan dari sudut keselamatan.
Ubat ditarik keluar, disusun banyak-banyak dalam plastik, diberi kepada orang lain seolah-olah itu perkara biasa.
Matron kawalan infeksi pun boleh tepuk dahi tengok cara macam ini.
Sebab isunya bukan sekadar “nak kurus” atau “seller nampak pandai”. Isunya ialah produk belum lulus, prosedur keselamatan tak jelas, teknik pengendalian meragukan, dan risiko pencemaran atau jangkitan memang wujud.
Jangan terpedaya dengan visual glove biru dan gaya ala klinikal. Glove bukan bukti bersih. Gaya yakin bukan bukti selamat. Kalau produk belum lulus dan prosedur pun tak ikut langkah keselamatan sepatutnya, itu bukan rawatan.
Itu bahaya yang dibungkus nampak professional.