19/02/2026
Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Program Jejak 20 Februari 1957: Perjuangan dan Pengorbanan Rakyat Menggapai Kemerdekaan Negara Bangsa pada ketetapan berikut;
📅 Tarikh : 20 Februari 2026 (Jumaat)
📍Lokasi : Masjid Selat, Melaka
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Antara pengisian program pada tahun ini adalah Syarahan Kemerdekaan “Mensyukuri Kemerdekaan: Antara Sejarah dan Amanah Bangsa” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali, Pendakwah dan Personaliti TV Radio serta Pengasas NOBLE Malaysia, bacaan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri (1986 – 1993) dan Ketua Menteri Melaka (1959 – 1968), agihan bubur lambuk merdeka dan persembahan Nazam Kemerdekaan.
Jom semua rakyat negeri Melaka kita jumpa di Masjid Selat, Melaka bermula jam 4.00 petang !