UKK HUSEL

UKK HUSEL "Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"
Platform untuk mendekati masyarakat setempat.

11/01/2025
Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Taska KEMAS Zon 1 Hulu Selangor.Pada 09 Januari 2025,bertempat di Dewan Serbaguna Makt...
11/01/2025

Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Taska KEMAS Zon 1 Hulu Selangor.

Pada 09 Januari 2025,bertempat di Dewan Serbaguna Maktab Polis Kuala Kubu Bharu telah berlangsungnya Hari Apresiasi Kanak-kanak Tabika Taska KEMAS.

Sejumlah 375 kanak-kanak telah diraikan dengan kehadiran ibubapa dan juga pemimpinan tempatan.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 8 Kuala Kubu Bharu Puan Saripah Bakar diiringi Tuan DSP OH Heng Hong Anjutan Maktab PDRM KKB. Hari Apresiasi ini juga dihadiri oleh Encik Azri a/l Satun Pegawai JAKOA Hulu Selangor dan Encik Izharuddin Pengerusi JPKKP KDM Kg. Kuala Kubu.

Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak Maktab Polis Kuala Kubu Bharu yang telah memberi keizinan untuk pihak kami menjalankan program didalam kawasan yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang.


Percalonan Pintar Botani KEMAS 2024.16 Ogos 2024 merupakan tarikh yang diberi oleh Kemas Negeri Selangor bagi Pemantauan...
05/09/2024

Percalonan Pintar Botani KEMAS 2024.

16 Ogos 2024 merupakan tarikh yang diberi oleh Kemas Negeri Selangor bagi Pemantauan Pintar Botani Peringkat Negeri.

Tabika KEMAS Raudhatul Solihin 2 yang tercalon diantara 7 buah tabika terbaik Pintar Botani sentiasa bersedia menerima kunjungan dari pihak penilaian Kemas Negeri.

Dihadiri oleh Encik Noor Azman bin Ab Rahman (Pengarah Kemas Negeri Selangor) , Cik Roslida binti Mat Zin ( Pen. Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak), Puan Dahlia (Pengawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Wakil Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Sesi penilaian yang berlansung hampir dua jam dipenuhi dengan pembentangan dan soal jawab diantara Encik Noor Azman,Cik Ros dan Puan Siti Habsah,Pendidik Masyarakat Tabika Kemas Raudhatul Solihin. Banyak input dan maklum balas positif diterima semasa sesi penilaian ini.

Terima Kasih kepada KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat kerana memberi peluang yang sangat bernilai kepada daerah kami.

Bengkel Dwi Mingguan20 Jun 2024Tabika KEMAS Raudhatul Azeeza B,Batang KaliPengisian :1) Perbincangan Potensi Parlimen2) ...
20/06/2024

Bengkel Dwi Mingguan
20 Jun 2024
Tabika KEMAS Raudhatul Azeeza B,Batang Kali

Pengisian :
1) Perbincangan Potensi Parlimen
2) Dokumentasi Pelaporan Kewangan.
3) Semakkan dan kemaskini Fail Pentadbiran A1 - A7



With KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat – I just got recognized as one of their top fans! 🎉
18/06/2024

With KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat – I just got recognized as one of their top fans! 🎉

16/06/2024

Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585)

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.

Address

Hulu
Kampong Ampang Pechah
48200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UKK HUSEL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share