Pegawai Pergigian Daerah Kampar

Pegawai Pergigian Daerah Kampar Laman rasmi bagi Pegawai Pergigian Daerah Kampar untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi

Menangkis Salah Faham: Ohโ€ฆ Kerja Admin Jer?Seringkali sumbangan mereka "ghaib" di mata kasar kerana kualiti kerja mereka...
26/03/2026

Menangkis Salah Faham: Ohโ€ฆ Kerja Admin Jer?

Seringkali sumbangan mereka "ghaib" di mata kasar kerana kualiti kerja mereka diukur melalui kelancaran. Apabila pejabat berfungsi tanpa masalah, orang lupa ada insan yang sedang berhempas-pulas memastikannya.

Sering kali, dilihat duduk di kerusi empuk, namun hakikatnya mereka memikul beban yang sangat mencabar:

Penyelesai Masalah di Belakang Tabir: Kakitangan pengurusan adalah "wira tidak didendang". Apabila sistem berjalan lancar, orang tidak nampak kerja mereka. Namun, apabila berlaku sedikit gangguan teknikal atau logistik, merekalah yang pertama mencari jalan penyelesaian agar operasi tidak terhenti.

Ketelitian yang Meletihkan Mental: Tugas menguruskan data, fail, kewangan dan jadual tugasan memerlukan fokus yang sangat tinggi. Satu kesilapan kecil dalam dokumentasi boleh memberi kesan besar kepada organisasi.

Pengurusan Emosi dan Manusia: Mereka adalah barisan hadapan yang berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi. Memerlukan kesabaran yang luar biasa untuk mengekalkan profesionalisme sambil mengimbangi keperluan staf klinikal dan kehendak orang awam.

Multitasking Tahap Tinggi: Hakikatnya, kekangan sumber menyebabkan seorang anggota pejabat tidak hanya melakukan satu kerja. Dalam satu masa, mereka mungkin sedang menyediakan laporan bulanan, menjawab panggilan telefon, memproses tuntutan atau gaji dan menguruskan stok bekalan.

Terima kasih kerana menjadi nadi yang menggerakkan organisasi ini dengan penuh kasih sayang dan integriti. Semoga segala kebaikan yang anda taburkan dibalas dengan keberkatan yang melimpah ruah. Anda semua adalah wira yang tidak didendang!

Nota:
1. Latar belakang gambar AI ๐Ÿ˜„ Pejabat kami tidak secantik itu.
2. Tiada dalam gambar - Pegawai dan Anggota Klinikal yang turut memikul tanggungjawab pengurusan. You know who you are. May the dedication you sow, be returned to you; doubled in measure.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KAMPARSukacita dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengan...
26/03/2026

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KAMPAR

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PKPD Kampar. Saya amat kagum kerana telah menerima sebanyak 29 penyertaan dengan penglibatan 30 orang anggota pelbagai kategori. ๐Ÿ’ช
Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan membanggakan bagi PTJ yang kecil ini.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta.

Sehubungan itu, dimaklumkan para pemenang bagi Pertandingan Mencipta Logo Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar:
๐Ÿฅ‡Tempat Pertama: Dr Khairunnisa binti Mohd Darus / Pn. Hazirah Asma binti Hasbullah
๐ŸฅˆTempat Kedua: Dr Wong Sok Mun
๐Ÿฅ‰Tempat Ketiga: Pn. Nur Shafawaty Zafirah binti Ahmad Tajuddin

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. ๐Ÿฅณ ๐Ÿ†

Logo yang memenangi tempat pertama (gambar) telah dijadikan lambang rasmi PKPD Kampar. ๐ŸŒน

25/03/2026
Cuaca Panas. Cegah Strok Haba.
25/03/2026

Cuaca Panas. Cegah Strok Haba.

Kuih yang enak di dalam balang,Berwarna warni tiada yang serupa;Walau beraya riang gemilang,Kesihatan mulut jangan dilup...
19/03/2026

Kuih yang enak di dalam balang,
Berwarna warni tiada yang serupa;
Walau beraya riang gemilang,
Kesihatan mulut jangan dilupa

Pergi ke pekan membeli pengat,
Kelapa dibeli untuk merendang,
Hari raya mohon lah beringat,
Kurangkan gula dalam hidangan.

โœจ๏ธSelamat Hari Raya Aidilfitri โœจ๏ธ
Maaf Zahir & Batin

11/03/2026

๐๐š๐Ÿ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ฎ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ๐š? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐ข๐ฌ๐š๐ฎ!

Ketika berpuasa, sesetengah individu mungkin mengalami masalah nafas berbau. Keadaan ini biasanya berlaku kerana mulut menjadi kering dan penghasilan air liur berkurangan, sekali gus membolehkan bakteria menghasilkan gas berbau dalam rongga mulut.

โœจ Apa yang boleh anda lakukan?
โœ”๏ธ Elakkan makanan berbau kuat seperti bawang ketika sahur
โœ”๏ธ Minum air secukupnya semasa berbuka dan sahur
โœ”๏ธ Bersihkan lidah dengan lembut semasa memberus gigi
โœ”๏ธ Dapatkan pemeriksaan doktor gigi jika masalah berterusan

Menjaga kebersihan mulut sepanjang Ramadan bukan sahaja membantu mengatasi bau mulut, malah memastikan kesihatan pergigian sentiasa terpelihara.

๐Ÿ’™ Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik sepanjang bulan Ramadan.

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก;
Dr. Nur Hanani binti Mohd Nasir
Pegawai Pergigian KP Gunung Semanggol

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kerian


04/03/2026

Lakukan pemeriksaan mulut sendiri ini sekali sebulan. Pengesanan awal kanser mulut dapat meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN?
1) Periksa mulut sendiri secara berkala

2) Lihat perubahan pada tisu mulut jika ada

3) Awasi tanda-tanda seperti berikut:
๐Ÿ”ธUlser dalam mulut yang tidak sembuh dalam masa 2 minggu
๐Ÿ”ธTompok-tompok putih atau merah
๐Ÿ”ธBengkak, benjolan atau ketumbuhan

Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala dan amalkan gaya hidup sihat.

Selamat menyambut Hari Tahun Baru Cina
16/02/2026

Selamat menyambut Hari Tahun Baru Cina

๐ŸงงSelamat Tahun Baru Cina !๐Ÿงง

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan.

Semoga tahun ini dipenuhi kegembiraan, kesihatan yang baik dan kejayaan yang berterusan.

Jangan lupa, senyuman sihat bermula dengan penjagaan gigi yang sempurna.

06/02/2026

๐Ÿšจ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ: ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐š๐ง๐๐š, ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐๐ฒ๐š๐ฐ๐š! ๐Ÿšจ

Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal jika kita peka terhadap tanda-tandanya! ๐Ÿ‘„
Jangan abaikan perubahan kecil pada mulut kerana ia mungkin petanda serius.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
๐Ÿ”ด Ulser yang tidak sembuh lebih 2 minggu
โšช Tompok putih atau merah dalam mulut
๐ŸŸ  Bengkak atau benjolan di leher

๐Ÿ“ Jika anda mengalami simptom seperti di atas, segera lakukan pemeriksaan pergigian di klinik berhampiran.

๐Ÿ’ฌ Kongsikan info ini supaya lebih ramai sedar dan bertindak awal!

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก;
Dr. Norazleen binti Zulkifli
Pegawai Pergigian KP Chenderong Balai

Pergigian Hilir Perak


SPOT THE SIGN, STOP MOUTH CANCERBulan Kesedaran Kanser Mulut 2026 disambut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tenta...
06/02/2026

SPOT THE SIGN, STOP MOUTH CANCER

Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2026 disambut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pengesanan awal dan pencegahan kanser mulut. Kempen ini menggalakkan pemeriksaan kesihatan mulut secara berkala, pengamalan gaya hidup sihat, serta kesedaran terhadap tanda-tanda awal seperti ulser yang tidak sembuh, ketumbuhan atau perubahan warna pada mulut. Dengan pengetahuan dan tindakan awal, kanser mulut boleh dikesan lebih awal dan peluang rawatan yang berkesan dapat ditingkatkan.

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan murid SK Pos Dipang, Kampar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Semoga aktiviti yang diadakan dapat meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti setempat.

Kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kampar, terima kasih atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. We battle the same risk factors.

Dan kepada team AJK saya di bawah pimpinan Dr Puteri Ummi Atilia dari PKPD Kampar. You are awesome! Terima kasih.

KOSPEN WOW (Komuniti Sihat Pembina Negara โ€“ Wellness of Workers) ialah program intervensi kesihatan tempat kerja menyelu...
23/01/2026

KOSPEN WOW (Komuniti Sihat Pembina Negara โ€“ Wellness of Workers) ialah program intervensi kesihatan tempat kerja menyeluruh yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memerangi tren peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan pekerja. Apatah lagi anggota KKM yang sepatutnya menjadi contoh gaya hidup sihat.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar juga tidak ketinggalan dalam menyahut cabaran ini. Pelbagai aktiviti KOSPEN WOW telah dianjurkan termasuk Sugar Free Days, Aktiviti Gaya Hidup Sihat dan Pertandingan CRUSH YOUR GOALS 2025. Pertandingan ini telah bermula pada 24 Januari 2025 dan berakhir pada 24 September 2025 (8 bulan).

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk mencapai BMI yang optimum melalui gaya hidup yang lebih sihat dalam kalangan warga kerja PKPD Kampar.

Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan pengurangan sekurang-kurangnya 10% daripada berat badan asal.

Para pemenang telah berjaya mengurangkan berat badan mereka sekitar 5 hingga 8 kilogram untuk mencapai BMI normal. Satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar dijadikan contoh. Penyampaian hadiah diadakan semasa Perhimpunan Bulan Januari pagi tadi.

PEMENANG CRUSH YOUR GOALS 2025 PKPD KAMPAR

1. PN.SUHANA BINTI YAHYA - PEMBANTU. PEMBEDAHAN PERGIGIAN U2(TBK)
2. โ DR. NUR FARAH IZZATI BINTI AHMAD BASERI - PEGAWAI PERGIGIAN UG10
3. PN. ADIBAH BINTI HAMID - JURUTERAPI PERGIGIAN U6(TBK)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Cabaran 2026 kepada yang lain!

Address

Aras 1, Klinik Kesihatan Kampar, Jalan Degong
Kampar
31900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pegawai Pergigian Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share