30/05/2026
【克兰芝州议员古海燕派发117份“希望粮食箱”予原住民村民】
今天,克兰芝州议员古海燕在原住民村派发117份食品援助予来自Badak Berendam、Batu Berangkai及Bukit Terang的原住民居民,以协助减轻他们的生活开销负担。
这项援助计划是金宝克兰芝国州议员服务中心持续关怀民生工作的一部分,确保有需要的弱势群体获得适时援助,不分种族、宗教与背景。
与此同时,今日活动所使用的帐篷及桌子,皆由金宝国会议员张哲敏 Chong Zhemin所赞助。YB张哲敏特别为原住民村提供一顶大型帐篷及10张桌子作为村民举办社区活动、会议及各类公益项目的公共设施,进一步提升村内活动的便利性。
古海燕表示,希望此次派发的“希望粮食箱”能够减轻受惠家庭的日常开销压力,并体现政府及议员对原住民社区的关怀与照顾。
她强调,金宝克兰芝国州议员服务中心将继续秉持服务人民的精神,积极协助有需要的群体,争取更多资源与福利,确保没有任何一个群体在发展与福利体系中被遗忘。
【YB Angeline Koo Haai Yen Mengagihkan 117 Kotak Makanan Kepada Penduduk Orang Asli】
Hari ini, Adun Keranji, YB Angeline Koo Haai Yen telah mengagihkan sebanyak 117 kotak makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Badak Berendam, Batu Berangkai dan Bukit Terang sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kampar dan Adun Keranji dalam memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
Pada masa yang sama, kemudahan yang digunakan untuk menjalankan program hari ini seperti kanopi dan meja adalah hasil sumbangan Ahli Parlimen Kampar, YB Chong Zhemin. Beliau telah menyumbangkan sebuah kanopi dan 10 buah meja kepada kampung Orang Asli bagi kegunaan penduduk setempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.
YB Angeline berharap bantuan yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga penerima serta mencerminkan keprihatinan kerajaan dan wakil rakyat terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kampar dan Adun Keranji akan terus berusaha menyalurkan bantuan serta memperjuangkan keperluan rakyat bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan dan kebajikan.
#金宝克兰芝国州议员服务团队
#金宝国会议员张哲敏
#克兰芝州议员古海燕
#踏实耕耘
#扎根金宝
#金宝火箭