Perpustakaan Desa Kg. Sungai Lesong, Kampar

Perpustakaan Desa Kg. Sungai Lesong, Kampar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kg. Sungai Lesong, Kampar, Government Organization, PD Kg. Sungai Lesong, Simpang Empat Masjid Jamek Sungai Lesong, Kampar.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua☺️
06/06/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi semua☺️

📌JUMAAT | 5 JUN 2026SUMBER: Public Health Malaysia
05/06/2026

📌JUMAAT | 5 JUN 2026
SUMBER: Public Health Malaysia

Ramai ingat kerosakan hati hanya berlaku pada orang yang minum alkohol.

Hakikatnya, hati boleh rosak kerana banyak sebab. Antaranya hepatitis B atau C, hati berlemak akibat berat badan berlebihan, diabetes atau kolesterol tinggi, pengambilan alkohol berlebihan, penggunaan ubat tertentu tanpa pemantauan, paracetamol berlebihan, suplemen atau produk herba yang tidak selamat, penyakit autoimun, masalah saluran hempedu dan beberapa penyakit keturunan.

Pada peringkat awal, tandanya mungkin nampak biasa. Cepat letih, kurang selera makan, loya, sakit atau tidak selesa di bahagian kanan atas perut, air kencing gelap, atau mata dan kulit mula kekuningan. Ramai orang anggap ini cuma penat, gastrik atau kurang tidur.

Bila keadaan makin teruk, tanda menjadi lebih jelas. Mata dan kulit semakin kuning, perut mula membesar, kaki bengkak, badan mudah lebam atau berdarah, muntah darah, najis hitam, keliru atau mengantuk melampau. Ini boleh berlaku apabila hati sudah tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik.

Jangan tunggu sampai badan benar-benar “menjerit” baru mahu periksa. Jika anda ada faktor risiko seperti obesiti, diabetes, hepatitis, kerap ambil alkohol, atau mengambil ubat/suplemen tertentu dalam jangka panjang, buat pemeriksaan lebih awal.

Hati yang rosak kadang-kadang tidak banyak bunyi pada permulaannya. Tapi bila ia mula menunjukkan tanda, jangan abaikan. Mata kuning, perut membesar, muntah darah, najis hitam atau keliru adalah tanda yang perlu diperiksa segera.

📌JUMAAT | 5 JUN 2026SUMBER: Munsyi Muda Bahasa
05/06/2026

📌JUMAAT | 5 JUN 2026
SUMBER: Munsyi Muda Bahasa

Olak Bahasa Bilangan 4 Tahun 2026: Panduan penggunaan "ditemui" dan "ditemukan"
Kredit infografik: Munsyi Muda Bahasa Bernama.

Nota: ulang hantar bagi membetulkan kesilapan sebelum ini.

05/06/2026

📌JUMAAT | 5 JUN 2026
SUMBER: Kementerian Perpaduan Negara

Cakna Jawi Siri 8
05/06/2026

Cakna Jawi Siri 8




🌱 KUIZ RUKUN NEGARA🌱                5 JUN 2026Pilih jawapan yang paling tepat. Jangan lupa.. kongsikan jawapan anda di r...
05/06/2026

🌱 KUIZ RUKUN NEGARA🌱
5 JUN 2026

Pilih jawapan yang paling tepat.

Jangan lupa.. kongsikan jawapan anda di ruangan komen😊

🤗Selamat Mencuba🤗





Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat penuh keberkatan. Orang yang benar-benar hebat ialah mereka yang tetap ta...
05/06/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Salam Jumaat penuh keberkatan.

Orang yang benar-benar hebat ialah mereka yang tetap tabah menghadapi ujian, walaupun kelihatan tenang di mata orang lain. Semoga hari Jumaat ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, memperbanyak doa dan saling mendoakan kebaikan.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan hati sentiasa diberi ketenangan.






📌KHAMIS | 4 JUN 2026SUMBER: Public Health Malaysia
04/06/2026

📌KHAMIS | 4 JUN 2026
SUMBER: Public Health Malaysia

Buah pinggang tugasnya macam penapis. Setiap hari, ia menapis darah dan membuang sisa melalui air kencing. Salah satu sisa itu ialah urea, iaitu bahan buangan hasil pemecahan protein dalam badan.

Bila buah pinggang mula gagal berfungsi, urea dan bahan toksik lain tidak dapat dibuang dengan baik. Ia berkumpul dalam darah. Keadaan ini dipanggil uraemia.

Dalam bahasa mudah, darah sudah mula dipenuhi sisa yang sepatutnya keluar melalui air kencing. Uraemia berlaku apabila fungsi buah pinggang merosot dan boleh menyebabkan gangguan cecair, garam mineral, asid badan dan fungsi organ lain.

Antara gejala yang boleh berlaku ialah badan terlalu letih, hilang selera makan, loya, muntah, mulut rasa pahit atau berbau seperti ammonia, kulit kering dan gatal, kaki atau muka bengkak, kurang kencing, susah fokus, mengantuk melampau, keliru, sesak nafas atau tekanan darah makin tinggi.

Penyakit buah pinggang juga boleh senyap lama, dan ramai orang hanya mula sedar bila sudah sampai tahap lebih serius.

Sebab itu jangan anggap orang tua yang tiba-tiba lemah, tak lalu makan, muntah-muntah atau semakin mengantuk sebagai “biasa sebab umur”.

Kadang-kadang tubuh mereka sedang memberi isyarat bahawa buah pinggang sudah tidak mampu menapis darah seperti dulu.

Lebih membimbangkan, uraemia yang tidak dirawat boleh menjadi keadaan yang serius dan mengancam nyawa.

Rawatan bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang, termasuk rawatan punca, pembetulan garam mineral, kawalan cecair, dialisis atau pemindahan buah pinggang dalam kes tertentu.

Kalau ada gejala seperti keliru, sawan, sesak nafas, dada sakit, bengkak teruk, muntah berterusan, kurang kencing atau terlalu mengantuk, jangan tunggu.

Bawa segera untuk pemeriksaan. Ujian darah seperti urea, kreatinin, eGFR dan elektrolit boleh membantu menilai keadaan buah pinggang.

04/06/2026

📌KHAMIS | 4 JUN 2026
SUMBER: Kementerian Perpaduan Negara

📌KHAMIS | 4 JUN 2026SUMBER: Jabatan Penerangan Malaysia
04/06/2026

📌KHAMIS | 4 JUN 2026
SUMBER: Jabatan Penerangan Malaysia

🛡️ Mulai 1 Jun 2026, hanya individu berumur 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar akaun media sosial selaras dengan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC). 👧💻

Langkah ini memperkukuh keselamatan digital, memastikan akses platform bersesuaian dengan umur serta melindungi kanak-kanak dalam talian melalui tanggungjawab bersama semua pihak. 🤝✨




Address

PD Kg. Sungai Lesong, Simpang Empat Masjid Jamek Sungai Lesong
Kampar
31920

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg. Sungai Lesong, Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share